Monday, March 6, 2017

Tips Interview Untuk adik-adik Lepasan SPM

Assalamualaikum, yaw. Dah lama tak berblogging ni. Tetiba ja nak tulis pasal tips-tips bagai ni, macam lah aku ni si expert padahal aku ni sipi-sipi ja nak masuk degree. Kah kah kah.

So, musim ambik result dah nak sampai. Tinggal berapa hari ja lagi. Mesti la juniors aku kat sekolah dulu dah ‘tergedik-gedik’ nak ambik result. Haha, jauh beza betul masa aku nak ambik dulu. Aku dulu, selenga ja pi ambik, siap cek terus ikut sms takpayah tunggu orang announce sebabnya abah aku takkan cakap dengan aku dalam kereta sepanjang perjalanan nak gi sekolah selagi dia taktau result aku. Apa-apa pun Alhamdulillah result aku cemerlang, walaupun aku tak dapat bursary kpm (sayangggg gilaaa sipi jaaa!!!) Cewaaaahhh, aku yang dah ‘tua’ ni mana nak layak dah tayang result spm aku yang dah lapuk tu.

            So… so… so… untuk adik-adik yang bakal menerima result spm tak berapa lama lagi, mesti dah terbayang nak study tempat best-best (overseas, I mean), nak dapat scholarships pau pauuu… haa for the sake of future la kiranya. Mesti semua dah pakat-pakat survey scholarships yang dah bukak untuk application.

            Best kalau dapat scholarships yang hebat-hebat contoh macam bnm, uem, maybank or pnb, sebab duit masyukkk. Tapi hebat jugak jpa mara bagai tu. Haaa, nak dapat biasiswa tak mudah yaw (bagi aku la), sebab sekarang ni aku still under scholar mama abah. Nak dapat biasiswa ni, kena lepas stages yang teramatlah kritikal (bagi aku la). Terutama sekali part interview!!!

            Hewww, aku bukannya yang jenis cakap banyak dengan stranger. Aku consider panel interview semua tu are the worst strangers among strangers! Memang lah orang kata interview ni sebab nak tengok kualiti ‘that particular person’ tu, but how can I go for an ‘agree’ since I hate being with judgemental guys (the panels). Tapi sebab aku ni adalah seorang PEMOHON biasiswa pada waktu itu, perlulah aku ikutkan kerenah pihak yang tawarkan penajaan.

For adik-adik, aku boleh ja nak kongsi pengalaman interview aku lepas spm dulu, buat hampa nak ambik pengajaran boleh la. Sebab aku punya iv tu, haha, macam hapa lagi. Entahlah nak habaq. Dulu, elok-elok lepas aku dapat result, aku isi macam-macam, sampai dah tak kisahkan kos apa. Sebab aku fikir takpa ja, mintak dulu kemudian fikir nanti nak ambik ke tak. So yang paling awal sekali aku kena panggil pergi iv, ialah iv MARA. Dia ada tiga biasiswa badan berkanun ni, MARA, JPA-MARA, JPA. Haaa, boleh pilih satu ja. Sebabnya… aku pun taktau. Aku pilih mara pun sebab aku terpengaruh rooftop rant-hlovate and sebab abang aku pun budak ib dulu (for overseas preparation la).

Aku apply ja kos applied sciences untuk preparation IB (International Baccalaureate). Sebab aku tau kos tu luas pengajian dia. Nanti nak ambik degree meluas ja skop kos yang nak dipilih.

            Then, I started doing researches, finding the right way to handle myself in front of panel in the interview. Aku baca banyak sangat blog-blog orang yang pernah pergi iv JPA or MARA or JPA-MARA. Semua aku baca. Commonly, semua akan start off dengan :-



1.       BE CONFIDENT

Haaaa hat ni memang lah wajib. Be yourself ja la. Tapi kalau kau tu memang jenis selenga dan blur, cover-cover la sikit. Tunjuk la kata kita berminat. Paling penting sekali, pemakaian tuuu… kena lah kemas. But in my case kat iv Mara, diorang suruh pakai sports attire, motif…? Aku pun taktau. Sebab aku ni bukannya sports lady, mama pun barulah belikan aku kasut sukan baru just for that iv! Dan aku ni sangatlah tak ngam dengan fesyen sukan, membuatkan aku nampak SELEKEH gila waktu iv tu. Tapi aku still sengih yaw. Kira first impression untuk aku memang dah masuk underground.



2.      CARI KAWAN YANG ‘NGAM’

Alah, cari yang takat-takat nak buat sembang buat hilang nervous sementara nak tunggu masuk bilik iv. Kalau boleh cari yang se ‘level’ ja. Tak payah sibuk nak cari kawan pandai, satgi kau hilang konfiden. Pastu rasa diri tu tak layak nak be on par dengan bebudak yang ‘the all mighty’ sangat tu. Aku dulu dalam group iv, diam ja. Bila try nak sembang, mamat sebelah aku tu macam bajet pulak sebab dia tu jaguh sukan and berlatarbelakangkan sekolah yang sangat hebat. Eleh, aku pun sbp jugak lah! Itulah yang aku cakap dalam hati waktu tu takat nak sejukkan qalbu yang tengah panas tu. Boleh katakan yang aku agak malang duduk dalam group yang semuaaaanya memang bebudak yang excellent mauttttt. Semua speaking English macam diorang tu native speaker. Hew. Aku ni dah la tak suka bercakap. Apatah lagi cakap bahasa selain loghat kedah aku. Memang rasa merudum ja di tengah-tengah kehebatan makhluk-makhluk lain. Boleh pulak aku tau, yang majoriti budak group iv aku tu debaters. Haha. Rock hit my face. Sebab aku dulu senyap dalam kelas dan bermain di asrama sahaja. So tersangatlah penting untuk cari kawan yang se ‘level’ dengan kita yaaa. Supaya kita maintain composure. Tapi kalau uolls prefer dengan someone yang lagi ‘up’ gitu, no hal. Silakan. Asalkan composure maintain yaw.



3.      BE HUMBLE

Aku rasa yang ni lah kut paling penting. Yang lain penting jugak. Cumanya ini value yang aku sendiri rasa, kalau aku jadi panel, aku nak tengok value ni ada kat budak yang aku nak bagi biasiswa. Sebab bila nak bagi biasiswa ni, kiranya macam dah pilih bakal pelajar yang nak ditanggung dengan duit rakyat, nak hantar belajar supaya bila dia balik nanti, berkat duit rakyat tu berbalas lah balik dengan bakti yang pelajar tu nak curahkan dengan ilmu yang dia dah belajar selama ni. Jadi takkanlah nak pilih orang yang snobbish and cranky masa iv for the sake of our country’s future? Haha. Sebabnya masa iv Mara dulu aku rasa aku humble secara tak sengajanya. Sampai hampir semua ahli kumpulan aku pandang rendah kat aku. Kah kah kah. Ingat aku tak tau, diorang rate aku last sekali kut sebagai teammate diorang masa akhir iv tu, padahal aku rate diorang semua power ja! Sebab aku nampak kertas mamat sebelah aku tu siap rank aku bawah sekali. Sadis betul. Tapi jangan tertipu, pendapat aku la, sebabnya panel suruh kitaorang rate teammates adalah disebabkan nak tengok unsur-unsur ‘judging’ antara satu sama lain. Kalau kami semua adalah teammates yang bagus pada waktu itu, nescaya kami semua akan rate masing-masing full mark! Sebabnya kami masing-masing perlu menerima kekurangan teammates sepanjang aktiviti berkumpulan. Kiranya aku kena tikam belakang. Sadis betul.
Ingat, jangan pernah buat teammates korang macam tu. Tak baik. Nanti Allah balas balik.



4.      BE CONSIDERATE

Penting yaw. Aku ada baca kat blog mana entah, ada lah jugak cakap yang kita kena act like a leader and lead the team. Aku rasa, in my case, semua ahli kumpulan aku baca blog yang aku rujuk tu, and semua tetiba nak act like a leader. Kah kah. So, guess what happened? Berserabut. Semua nak bercakap. Siap ada aura nak debat lagi. Aku diam ja. Sebabnya, aku memang malas nak menyampuk, dan keduanya, sebab aku ni memang blur nak menjawab soalan terbuka pasal isu semasa tu. Haha. Sampailah aku kena pointed out sendiri dengan salah seorang panel. Aku pun jawablah macam budak dungu, then panel tu pun nampak muka dia macam annoyed ja dengan jawapan aku. Kira macam kena psiko la, tapi aku still sengih walaupun hati dah berdarah-darah.



5.      TAWAKKAL & DOA


Ini yang paling paling paling penting. Super important. Sebabnya memang sebagai hamba, kebergantungan kita pada Allah. Nak dapat biasiswa ke tak, itu semua ketentuan Allah. Hebat macam mana pun kau dalam iv, kalau Allah kata tak dapat, tak dapat jugak. Haha. In my case, walaupun aku berdungu ja dalam iv room tu, aku dikejutkan dengan keputusan yang aku ACCEPTED FOR OVERSEAS PREPARATION PROGRAMME (IB) kat Kolej Mara Seremban. Alhamdulillah sangat. Pilihan pertama pulak tu! Kira UK-bound dah la. Tapi aku tak pergi. Kenapa? Atas alasan peribadi dan keluarga. Kah kah.
            Aku ada fikir jugak, macam mana lah aku boleh dapat? Padahal scholars mara diorang ambik sikit. Tapi itulah namanya ketentuan. Apa yang aku nak cakap, if in any case that your iv doesn’t go too well with you expectations, then don’t lose hope. Well, in my case, aku memang dah lost hopes dulunya. Sampai rasa menyampah nak pergi iv takut kena masuk group yang terdiri dari budak-budak yang macam iv mara. Haha.
            Melepas iv petronas, uem, pnb, and taylor yang gigih aku mintak dulu. Tapi bila orang dah panggil, aku tak pergi. Sebabnya dah menyampah nak kena interview. Haha, waktu tu aku memang tunggu upu ja. Memang tak larat fikir. Sekarang baru menyesal. Tapi, benda tu ada jugak hikmahnya. Tak sangka aku yang agak takut darah sekarang ni memang on the stream nak ambik dental surgery. Hihi. Tak taulah boleh dapat ke tidak. Doakan. Peluang ni lah yang tak mungkin aku dapat kalau hati aku berkeras nak pergi KMS dulu. Aku bahagia ja jadi budak pre-dental. Walaupun terkadang mental breakdown tu perkara biasa. Apa-apa pun, doa lah yang paling penting sekali. Sebab yang mengatur sebaik-baik ketentuan tu, Allah ‘azza Wajalla.


            Jangan fikir banyak, jangan rasa cari scholarships tu beban. Haha, walaupun hakikatnya kau memang rasa terbeban. Sebabnya duit mak ayah habis kalau tak dapat sponsor. Yang penting pilih kos yang kau minat, lepas tu baru lah tengok scholarships apa yang boleh taja kos tu. Bukan main mintak taram ja semua. Lepas tu mental breakdown sebab taktau memilih. Kah kah kah.

Aku menulis ni berdasarkan apa yang aku hadapi dulu. Pengalaman memang lah untuk dikongsi, kan? Aku stay dalam negara, walaupun impian aku masa sekolah dulu melangit nak sambung study luar. Memang aku teringin gila-gila nak study kat UK dulu. Naif jugak lah aku dulu heh. Tapi ada baiknya aku duduk dekat ja dengan mama abah aku sebabnya aku ni cepat homesick yaw.

            So, aku doakan adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke alam ipt, supaya Allah jaga kalian semua. Supaya kekalkan niat nak belajar kerana Allah, agama, dan untuk berbakti kepada negara. Jihad ilmu bukan untuk main-main (walaupun aku pun berfoya-foya jugak) kroh kroh. Aku doakan kalian dapat apa yang kalian impikan. Aku minta maaf andai dah ‘meruntuh’ sedikit semangat kalian nak berperang merebut scholarships, sebab aku cerita pengalaman sadis aku ni. Kah kah. Tapi kisah kegagalan selalunya menjadi pemangkin semangat baru untuk terus survive.

            Aku cerita pasal iv mara ni sebabnya ni lah satu-satunya iv yang paling meninggalkan kesan mendalam dalam hidup aku yaw. Sebab aku rasa aku jadi lagi matang kut, lepas aku balik iv tu. Kah kah.

            Aku share pengalaman biar kalian nampak realiti sebenar dalam iv tu. Kira macam baru nak bukak lembaran baru for korang yang baru nak celik mata tengok dunia. Sebab dunia ipt ni lain yaw. Nak cari kawan pun susah. Allah sayang aku lagi, sebab aku still ada bestfriends aku yang menempek dari sekolah… sampai masuk uni. Buat peneman suka duka gitu.

            Panjang nau aku tulis. Aku mintak maaf andai tersalah kata, bahasa, dan salah tatabahasa, tak kira lagi salah kosa kata. Heh. Then, I wish all of you the best futures! May be blessed. No matter what circumstances prefaced.


            Fate is the string lies within our lives,
            With a single snap, fate then will no longer fare us well.
            We struggle to relief the tension of entangled strap,
            Rather than letting our fates, intertwined.


           
Takdir tu Allah yang jaga.

May Allah bless.

Saturday, December 17, 2016

Miracles (I)

                                   How I wish for miracles,                                                               
Yet, they never come.
I don’t even know that it’s hurt to believe,
Well, I keep in faith.
Hence, miseries still dance in place,
Killing hope that I possess.


STEP 1



SEVERE INJURED.”

            Bibir terus memucat. Tangan terasa dingin meskipun peluh terasa mengalir laju. Lutut juga terasa longgar.

            “Especially around pubic area. She’d suffered with bone fracture.

            Hampir saja air matanya mengalir.

            Serentak itu tangan kanan doktor pakar itu menepuk bahunya. Sentuhannya amat lembut tetapi tegas meyakinkan. Di balik kaca mata doktor itu, anak matanya tampak yakin, meskipun hatinya turut sama berdebar.

            “Don’t worry, Mr. Farez. We will save your daughter.”

            Lemah dia mengangguk.

            “And may God protect her.”

            “In sha Allah…”


……….


3 Bulan kemudian.


“Naufal, pergilah jenguk tunang kamu tu. Kamu pun tak pernah jumpa dia kan?” suara mamanya tenggelam timbul. Naufal buat tak layan. Mamanya dah mengeluh panjang. Laju peha anak muda itu ditepuk kuat.

            “Naufal dengar tak mama cakap ni???”

            Naufal sedikit terlompat. Pedih wehhh.

            “Ma… selama ni Naufal tak jumpa dia tak de hal pun…” tangan laju menyelak muka surat The Tales of Two Cities karya Charles Dickens. Mata laju membaca baris-baris stanza padahal otak tak boleh cerna dah ayat klasik pakcik Charles tu.

            “Dia sakit tu… Baru discharged minggu lepas. Pergilah jenguk dia. Nanti apa pulak pakcik Farez cakap kan…” suara mama dah separuh merayu.

            Naufal diam aje. Tak membalas.

            “Dah tu, Naufal tak ada lah sibuk pun sekarang ni. Dua minggu lagi baru nak masuk kerja, kan? Itu pun kerja dengan pakcik Farez jugak. Tak pasal-pasal dia terasa hati dengan Naufal pulak…”

            Erghhh… mama dah memang nekad memujuk.

            Naufal tersandar ke kepala katil. Dia mengeluh panjang.

            “Hmm, tengoklah kalau rajin. Nanti Naufal pergi.”

            Wajah mamanya terus bertukar ceria. “Haaa! Kalau macam tu, Naufal pergilah siap! Petang ni Naufal pergi ya? Mama cakap kat pakcik, okay?”

            Membulat matanya. “Petang ni???”

            “Iyelah. Nak tunggu esok lusa memang tidak lahhh Naufal nak pergi kan? Esok-esok buat lupa aje apa mama cakap kan? Haa, pergi petang ni.”

            Dia dah garu kepala. Eyyy, kena jumpak pulak dah. Dah lah aku kekok bab-bab perempuan. Segan lah pulak. Jumpak pun tak pernah. Ini tiba-tiba nak lawat dia sakit pulak? Tak pasal budak tu pun terkejut tengok aku. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, memang dia dah bertunang nak dekat dua tahun. Lama lah jugak kalau nak ikutkan tunang tu orang kata tak elok lama-lama. Masa dia masih lagi sibuk nak final second-year Architecture kat Aussie dulu, tetiba aje mama contact cakap yang mama dah jumpak calon untuk dia. Berkenan sangat… lawa katanya. Siap kirim gambar. Dia tengok, boleh laaa. Takat nak penuhi typie mama. So, yang boleh setuju nak tunang tu sebab memang dah serabut nak fikir final exam. Itu kalau bantah, ada pulak nak gaduh dengan mama. Dah jadi tak berkat ilmu belajar pulak, melawan cakap mak. Hentam setuju ajelah. Balik Malaysia baru fikir nak putus ke apa. Tapi bertahan jugak sampai dua tahun. Itu pun result exam pass flying colour masa 2nd year tu. Masa tu ajelah flying colour. Haaa, berkat dengar cakap mak tu!

            Bertunang dua tahun lepas. Dia tak balik Malaysia pun. Cukuplah mama papa aje pergi berombongan dengan sedara-mara. Budak perempuan tu muda empat tahun dari dia. Masa tu dia 22 tahun, maknanya budak tu baru 18. Hewww, kesiannya kau, dik. Baru habis SPM, dah kena hentam bertunang. Dah malas belajar lah kut.

            Naufal mengeluh lagi. Terus dia bangun dari katil. Menuju bilik air.

            “Hmm, nama dia apa entah, ma?”

            Puan Masliha membuntangkan mata. Ey, budak ni. Memang dah banyak kali ulang, sepatutnya nama tunang sendiri tu dah patut ingat!

            “Nama dia, Nafisatul Haya binti Farez Abdullah. Ingat ya!!!”

            Naufal mencebik. Nama kemain lagi… “Tengoklah kalau ada ruang kat dalam cerebrum otak ni nak mengingat nama dia yang payah nak sebut tu.”


……….


“MACAM tu lah, pak cik. Jadi freeloader je sejak balik dari Aussie…” sengih palsu tertampal. Ey, malas betul nak berlakon baik depan bakal father-in-law. Nasib baik pak cik Farez ni jenis selamba aje.

            Encik Farez hanya ketawa.

            “Tak apa, elok Naufal lapor diri aje dekat firm pakcik, you’ll start building your majestic career.”

            Dia sengih lagi. Itu satu lagi hal nak settle. Ikutkan hati memang nak cari kerja sendiri. Tapi pak cik dengan baik hati open interview untuk post arkitek dalam company dia. Mama pun bukan main happy suruh dia terima, kata mama kalau cari sendiri payah nak jumpak post elok-elok sebab majority owner architecture company semuanya Chinese. Kalau nak kerja dengan papa, memang jauh menyimpang dari bidang yang dia belajar sebab papa own Italian Restaurant kat Wista Hotel. Nak pegang pisau potong bawang pun payah, memang tak lah.

            Mereka berborak sambil mengambil angin petang di taman rumah agam itu. Rumah agam bercirikan old-English. Sekali pandang seram. Macam rumah chucky. Dua kali pandang, lawa jugak. Tambah-tambah lepas tengok taman herba dalam glasshouse tepi court basketball, berdekatan laman rumah. Memang menarik senibina rumah agam ni. Tapi kalau duduk sorang-sorang memang tak berani!

            “Eh, Naufal. Duduk lah dulu. Pak cik ada mintak Seri sediakan minum petang tadi. Tapi tak datang-datang pulak dia.”

            Naufal hanya mengangguk. Dari tadi pak cik Farez takde sebut pulak pasal satu-satunya anak perempuan dia yang katanya sakit tu. Sakit apa pun dia tak pernah nak tanya. Mama pun cakap suruh jenguk aje. Sekarang ni, nampak bayang pun tidak. Memanglah mama dah banyak kali tunjuk gambar. Tapi memang tak adanya dia nak ingat. Tak cukup lawa nak buat aku spellbounded. Haa, statement ni jahat.

            Dan bayang pak cik Farez hilang. Naufal pandang keliling ruang laman. Rumah agam dua tingkat yang teramat luas. Ini mesti ada bilik rahsia macam cerita-cerita mat saleh. Naufal tak jadi duduk di kerusi batu. Dia mengatur langkah ke arah belakang laman.

            Padang rumput laman ni rasanya dah boleh buat kandang kuda. Luas aje. Macam ala-ala nak shooting Pride&Prejudice aje. Old-English.

            Tiba-tiba kertas putih yang direnyuk jatuh di atas kepalanya, kemudian jatuh ke atas rumput. Naufal pandang atas. Dari balkoni bilik atas. Balkoni cantik berhias morning glory dan poppy. Primrose pun ada sekali. Pintu balkoni terbuka luas.

            Naufal alih pandang pada kertas di atas rumput. Perlahan tangannya mencapai. Laju membuka renyukan.


            Hopes were torn apart,
            People did see me breathing,
            Yet I was dead inside,
            Just tell me…
            How can I live again?


            Dahi memang dah berkerut. Ini aku dah rasa macam dapat surat patah hati zaman sekolah aje. Ayat kemain lagi. Puitis boleh tahan.

            Dan dia tergerak hati untuk memandang ke balkoni atas.

            Dan dia terkedu.

            Seorang perempuan. Berjubah tidur putih lengan panjang. Wajahnya basah dengan air mata. Rambut panjang paras punggung itu sedikit mengerbang ditiup angin. Wajahnya separuh tertutup dengan rambut.

            Mengucap panjang Naufal. Sekali pandang memang dah ingat hantu, weh. Dua kali pandang, manusia rupa macam hantu!

            Ini orang gaji pak cik Farez ke apa?

            Agaknya kertas tadi datang dari budak tu lah ya? Patah hati ke apa? Budak perempuan tu masih tak sedar yang Naufal kat bawah, tengah tengok dia. Naufal kerut dahi. Apalah yang dia nak buat tu? Berhadapan balkoni, budak perempuan tu selamba memijak kerusi tinggi. Tangan kanannya memegang tali. Selamba tangannya bergerak laju mengikat tali pada kekisi atas pintu balkoni.

            Serentak itu mata Naufal membulat. Berdegup laju jantungnya. Tanpa pertimbangan yang waras, Naufal memijak laju pada susunan meninggi pasu besar yang masih kosong tak berisi. Kemudian laju berpaut pada tempat penghadang di balkoni. Naufal memanjat masuk. Serentak itu tubuh kecil itu dipaut jatuh dari kerusi. Jauh dari tali yang tergantung itu.

            Mereka berdua serentak jatuh ke lantai bilik. Dia berada di dalam pangkuan Naufal.

            “Gila ke apa? Committing suicide???”

            Budak perempuan tu angkat muka. Mata bertentang.

            Mereka sama terkedu.


……….


DON’T YOU EVER TOUCH ME!!!” jeritan itu bagai memanggil seluruh isi rumah. Boleh katakan semua maid siap dengan tukang kebun lagi berkumpul di hadapan bilik di tingkat dua ini.

            Naufal hanya terkedu sambil berdiri di tengah bilik. Macam pesalah. Peluh dingin merenik. Maunya tak cuak! Sekarang dah kira menceroboh bilik perempuan!

            Budak perempuan itu pula siap lari ke penjuru bilik di tepi almari, duduk memeluk lutut sambil menangis, habis semua barang dilempar ke arahnya.

            “Aya!” serentak itu suara pak cik Farez bergema di ruangan itu. Semua mata tertumpu ke arahnya. Termasuklah perempuan yang meraung tadi. Serentak itu dia bangun, berlari ke arah pak cik Farez, kemudian tubuh lelaki tua itu dipeluk kuat.

            “Daddy, he touched me! Aya tak sukaaa! Aya benci dia! Aya jijik dengan dia!” dia mengongoi. Tersedu-sedan dia mengadu.

            Perlahan pakcik Farez mengusap belakang kepala perempuan itu.

            Mata kemudian terarah pada Naufal. Hampir terlompat dia gara-gara terkejut.

            “Naufal?”

            “No, pakcik. I didn’t even mean to. She’s trying to hang herself!”

            Mengucap panjang orang tua itu.

            “Aya, you did that?”

            Sepasang mata itu beranak sungai. Laju dia menggeleng.

            “No, daddy. I didn’t. He’s just pulling an act.

            Ewahhh, budak ni. Pandai pulak dia mengadu domba kat bapak dia. Siap menuduh aku lagi tu.

            “So what’s about that rope, huh? Just a decoration?” semua mata terarah pada tali yang tergantung di pintu balkoni.

            “Aya…” dalam suara daddynya.

            Mata gadis itu beranak sungai lagi. Suaranya perlahan, hampir tak kedengaran. “But, daddy… dia sentuh Aya. Aya jijik. Aya benci. Aya takut…”

            Ternganga Naufal. Gila apa budak ni! Mengada betul. Mental ke apa! Aku tak tau pulak yang pak cik Farez ada anak sakit jiwa.

            Pak cik Farez hanya melayan saja anak gadisnya itu. Dia tenang dalam pelukan daddynya. Kemudian dipujuk untuk berbaring di atas katil. Tranquilizer diberi mengikut dos. Tenang dia terbaring lena. Semua bersurai menyambung kerja. Naufal pula bagai terkaku di situ. Terkejut pun ada. First time jumpak suicide trial.

            “Terima kasih, Naufal,” pak cik Farez bersuara dari sisi puterinya yang nyenyak tidur.

            Naufal angkat kening.

            “And… I’m really sorry. I know your acceptance is hard, knowing your fiancée would be like this.”

            Dan… dia termangu seketika.

            “Fiancée?”

            Pak cik Farez hanya angkat kening.

            Otak Naufal baru mencerna sesuatu. Sel-sel otak baru nak berhubung gamaknya.

            Anak pak cik Farez. Satu aje perempuan. Nama dia Nafisatul Haya. Aya? Tunang aku?

            Aya???!!!

            Sungguh rasa nak pengsan.



……….


NAUFAL masih lagi mencelikkan mata. Bilik hanya diterangi cahaya lampu tidur yang malap. Apa yang berlaku siang tadi memang tak boleh nak diterima. Memang tak boleh nak masuk akal langsung weh!

            Mana lah nak sangka perempuan yang serupa hantu tu rupanya tunang sendiri. Lagipun, selama ni yang mama tunjukkan gambar si Nafisatul Haya pada dia, semuanya yang bertudung litup walaupun baju santai aje siap dengan jeans dan sneakers. Tapi si Nafisatul Haya yang tadi, dengan rambut mengerbang, jubah putih, muka pun boleh tahan sememeh. Memang jauh benar dari gambar!

            Macam itu mama boleh setuju jadi calon bini aku?

            Selalu orang kata pilihan mak ayah ni memang yang paling tip top. Aku rasa mama papa aku rabun teruk dah ni.

            Dan tadi dia balik dari rumah agam itu tanpa bertanya banyak. Keadaan tegang tadi. Tak selesa pulak nak bertanya. Akhirnya balik tanya mama sendiri.

            “Ma, si Aya tu sebenarnya sakit apa?”

            “Ahh, dia accident katanya. Tapi masa mama pergi melawat dia, mesti Aya tengah tidur. Tak sempat mama nak sembang langsung. Mama pun busy jugak nak melawat selalu.”

            “Ma tak rasa ke dia tu macam tak betul sikit?”

            “Naufal pergi masa dia berjaga ke? Apa yang tak betulnya. Bakal bapa mertua kamu tak cakap apa pun. Sihat aje tu, tak payah nak mengarut.”

            Rupanya mama sendiri tak tahu yang menantu pilihan dia tu sakit jiwa. Macam tekanan perasaan pun ada. Seriau aku tengok.

            Tapi kan… kalau dah kata accident, kenapa macam pelik aje perangai dia. Ke memang takut dengan stranger. Dia tak boleh skin contact. Tapi dengan bapak dia okey aje. Sebelum ni waktu tunang mama dah siap sarung cincin bagai takde pulak kompelin dia tu tak betul. Maknanya perangai dia yang tak betul tu kira post-event trauma lah kan? Kalau nak kata accident yang buat dia macam tu… accident apa? Takkan vehicles accident pun boleh buat dia jadi macam tu sekali?

            Accident that leaves a deep scar.


……….


“AYA…”

            Panggilan itu dia buat tak tahu.

            “Sampai bila nak jadi macam ni?”

            Dia mencebik. “Sampai mati.”

            Dan daddynya mengucap panjang lagi.

            “Aya, you still have a great journey ahead, hon.”

            “My journey has ended, daddy. Since that day. Since that moment. I hate that.

            Lutut dipeluk. Rambut mengurai jatuh menutup separuh wajah.

            “Jangan lah macam ni, hon. How can I keep my promise to your mummy? To make you happy… daddy akan cari orang tu! Kes ni tak selesai lagi!”

            Air mata mengalir lagi. Wajah daddy tak dipandang. “Then, you shouldn’t have to promise back then. Daddy yang silap. Aya nak ikut mummy. I don’t have my life anymore.

            Allahu.

            “Mengucap, hon. Aya sanggup nak tinggal daddy? Ini bukan kali pertama Aya buat macam ni tau.” Balutan di kedua-dua tangan puterinya hanya dipandang. Membalut luka kesan kelaran.

            “Aya suffered bone fracture tau. Mana nak completely heal lagi! Jangan lah buat benda-benda bahaya macam ni…”

            Dia senyap.

            “Daddy sayang Aya. Aya tak sayang daddy?” dia senyap lagi.

            “I love you, hon. Daddy akan cari orang yang buat Aya macam ni.”

            Dan masih tiada balasan.


……….


SELEPAS TIGA HARI, dia ke rumah agam itu lagi. Entah apa yang buat dia rasa begitu nak tahu tentang penyakit mental si Aya tu. Naufal habiskan masa tiga hari lepas dengan buat research psychology. Tentang post-event trauma. Tanda-tandanya macam Aya. Tapi tak cukup meyakinkan. Nak tanya pak cik Farez, dia macam tak nak bercakap tentang penyakit Aya. Mungkin bukan masa yang sesuai kut.

            Sekarang dia duduk di ruang tamu rumah agam itu. Tenang. Sunyi. Menakutkan. Dia mengalih pandang pada anak muda di hadapannya. Seorang lelaki berusia lewat dua puluh-an. Kemas pemakaiannya. Masih berkemeja rapi walaupun baru balik dari tempat kerja. Muka pun boleh tahan. Kulit bersih dan cerah. Memang ada iras Aya.

            Abang Aya. Firash Aiman. Profesion, seorang doktor MO di hospital swasta.

            Kekok pulak nak menyembang dengan bakal abang ipar. Itu tak lagi kalau si abang ni tahu yang aku memang tak boleh nak terima sangat perangai gila adik dia tu! Naufal menggeleng sendiri.

            “Thanks, sebab datang lawat Aya. Dia sakit dah tiga bulan. Memang dia tak terima orang datang melawat dia. Dia takut. Dengan stranger. Even with me…” ada tawa hambar di hujung katanya.

            Naufal kerut dahi.

            “Dulu dia tak macam ni. She was a happy person. A really happy one. Now, like all of us has lost her smile.”

            Naufal diam sebentar. “Aya… dia sakit…”

            Belum sempat dia habis bertanya, tingkat atas rumah agam itu riuh. Kecoh dengan jeritan perempuan. Cepat saja Aiman dan Naufal bangun dari sofa, berlari ke tingkat atas, melalui tangga marmar.

            Kekecohan dari bilik Aya. Aya buat perangai. Habis semua almari dia selongkar. Baju-baju dan barang-barang berselerakan. Dicari sambil mengamuk-ngamuk. Entah apa yang dia cari pun tak tahu.

            Takut-takut bibik cuba menahan Aya. Tapi selamba aje dia tolak semua orang.

            “Mana??? Aya tanya kat mana, kan? Kenapa semua pekak ke? Atau dah bisu sangat tak boleh jawab?! Where’s mummy’s photo??? It’s mine!!! Who told you to move it from this cupboard, huh?”

            Ini kali kedua Naufal jumpa dia. Masih dengan penampilan yang sama. Jubah hantu dan rambut hantu. Naufal berdiri di tepi pintu.

            “Along yang ambik, Aya.”

            Dan minah hantu tu diam sekejap. Sebelum kembali naik hantu.

            Habis semua barang dilempar pada abangnya.

            “You’re such a jerk! Kenapa ambik hah?!”

            Serentak itu Aiman mendekati dan pantas menahan tangan Aya.

            “Please, sis. Along bagi nanti, okay?”

            “No!!!” meronta-ronta Aya dipegang Aiman. Terkedu Naufal.

            “Don’t touch me, idiot!!! Aku geli…! Aku benci!!!”

            “Bik, cepat pass me the syringe!” dan tranquilizer disuntik.

            Dan Nafisatul Haya kembali ke alam mimpi. Tubuhnya diangkat, diletakkan perlahan di atas katil. Naufal hanya memerhati. Reaksi tadi. Sama macam apa yang Aya cakap bila dia pegang Aya hari tu. Beza pula bila Aya dengan pak cik Farez.

            Aiman ajak Naufal keluar dari bilik Aya setelah memastikan yang Aya betul-betul dah terlena.

            “I’m so sorry, that you’ve to witness this scene.

            “Naa, takpe. Dah okay.” Bohong. Okay lah sangat!

            “I have to take that photo. Dia asyik tenung gambar mummy hari-hari sambil cakap sorang-sorang. Dia asyik cakap nak ikut mummy setiap kali pandang gambar tu.” Aiman tarik nafas panjang. Entahlah, dia juga pening nak buat apa lagi. Sebagai seorang doktor, dan juga seorang abang.

            “Aya hates me.”

            “No, she doesn’t. She’s sick, remember?”

            Perlahan Aiman mengangguk. Lemah bila fikir soal adik sendiri.

            “Sebenarnya, Aya…”

            “… dia sakit apa?”

            Mata Aiman sedikit membulat.

            “Daddy tak bagi tau?”

            Naufal menggeleng. Sebab dia pun tak bertanya.

            Aiman mengeluh panjang.

            “I’m afraid that you’ll be hard to accept her. Dia serba kekurangan.”

            “So do I…” entah kenapa, itu yang keluar dari mulutnya. Rasa ingin tahu terlalu membuak-buak. Aya takut dengan lelaki muda.

            Aiman menarik nafas panjang.

            “Raped.”

            Dan itu cukup untuk buat Naufal terkelu tanpa balasan.


……….