Daisy

bismillah , 

aku post ni , sebab dah ramai yang minta (bajet femes) . so , aku tukar banyak jugak cerita dia . hampir 90% . tapi watak aku kekalkan . yang novel dulu tu (korang tahukan novel apa) , aku tulis suka2 saja . ini yang aku serius . walhal aku tak serius sangat pun , jadi kerja masa lapang . aku ni kan kuat berangan ! so , idea itu kita curah masuk dalam ni saja , ya ? tatau la best ka dak , hampa la yang jadi tukang komen . komen naehhh ? please - please *buatmukacomel+gediks* 
kenapa dandelion ? sebab aku suka . dah aku penulisnya . . . hak2 . aku suka dandelion . walau aku tak pernah jumpa bunga tu . masa pi UK dulu pun aku tak 'kelebett' pun rumput2 kat sana . main jalan saja . so , harap suka . 




SINOPSIS

                DANDELION. Entah kenapalah dia suka sangat bunga tu? sampai aku pun dia panggil ‘dandelion’. Dia kata dandelion itu cantik, menenangkan, memberi inspirasi. Jadi, apakah aku ini inspirasinya?

                “My dandelion…” itu yang dia panggil kalau dia suka. Kalau dia marah, entah dia panggil aku, anak dara pemalas yang tak tahu jaga hati orang. Dia ini, sukar dijangka tindakannya.

                Aku kenal dia sejak aku sekolah menengah. Budak lelaki tingkatan enam yang aku tak kenal, suka duduk di meja aku pada waktu petang dan conteng habis meja aku. Sejak itu aku baru mula kenal dia. lelaki yang dikatakan orang, pendiam amat! Tapi, kenapa dengan aku mulutnya riuh amat, mengusik!

                Sampailah satu masa, dia menjadi tunang aku pada usia aku tujuh belas tahun. Memang aku susah nak terima. Tapi aku ikut saja rentak dia yang tenang. Saat aku mahu terbang ke bumi England, dia pula ke mana… pun aku tak tahu. Jadi aku hanya terbang tanpa memberitahu dia. dia juga seolah inginkan aku pergi jauh daripada dia. ibaratkan dia yang meniup aku, ‘dandelion’nya agar terbang jauh dibawa angin.

                Bila aku bersua-muka semula dengan dia, semuanya jadi kekok. Tiada lagi usikan dari bibirnya buat aku. hanya ada perasaan yang dingin beku. Hakikatnya aku masih lagi tunangnya, tapi dia juga tidak memberi kata putus soal hubungan kami. Bayangkan, lapan tahun aku jadi tunang orang?

                Bila kami masing-masing memutuskan untuk mengakhiri pertunangan ini… dengan sebuah ikatan yang lebih kukuh, semuanya menjadi sukar sekali buat kami. Apa memang kami tidak berjodoh, ya?

                “You’re not a dandelion. Just like a thorny rose. Make others bleeding. Even if you’re a dandelion, I’ll blow you away… so, we’re done.” - Dia




PROLOG

Kepalaku pusing. Langkah kaki tak berdaya lagi untuk mengejar dia. nak memanggil namanya sahaja, aku tak berdaya. Air mata merembes keluar. Tidak aku hiraukan mata orang lain yang memandang aku yang lemah longlai melangkah. Aku terpekik terlolong dengan tangisan sahaja. Hanya menjerit-jerit sambil menangis. Menjerit kemudian jatuh terjelepok.

                Langkah kakinya terhenti. Tetapi pandangannya tetap ke hadapan. Apa dia tidak mahu menatap wajahku? 

                “Please… take care of yourself.” Seolah kata selamat tinggal. Tangisan aku semakin kuat. Aku berusaha untuk bangun. Tak berdaya. Aku gagahkan juga. Mahu bilang pada dia,  tolong jangan tinggalkan aku. cukup aku yang tinggalkan dia dulu. Cukup aku yang kecewakan dia dulu… dejavu yang mengerikan.

                Aku berjaya berdiri, tetapi langkah aku longlai menuju pada dia.

                “You’re my dandelion. The flower that represents three celestial bodies of the sun, the moon and the stars. Your yellow flower resembles the sun, your puff ball resembles the moon and the dispersing seeds resembles the stars. You knew, the sun, the moon, and the stars are my world. You’re my world.  You opens to greet the morning and closes in the evening to go to sleep. So beautiful…

                Kemudian terdengar tawa sinis. Dari bibir yang sama.

                “Nahhh…! That’s my idiot thought… about you. You’re not a dandelion. Just like a thorny rose. Make others bleeding. Even if you’re a dandelion, I’ll blow you away… so, we’re done.

                Menangis lagi. Dia baru hendak menyeberang jalan, aku laju menerpa. Mahu menghalang dia pergi. Malang sekali, kaki aku terpelecok kerana memakai sepasang tumit tinggi. Baru niat ingin menarik dia, tanpa sengaja aku tertolak dia. dia terdorong ke hadapan kemudian jatuh tersungkur di tengah jalan. Dia nampak terkejut dengan tindakan aku yang tak disengajakan itu.

                Kemudian silau lampu kenderaan yang tiba-tiba memecut di jalan yang sama, mengejutkan aku. dia tak sempat berganjak. Masih berada di tempat yang sama.

                Pinnnnn!

                “Noooo!”

                Dia… dah tak ada… .



:. kalau nak sambungannya , klik page 'FELLAH' dekat atas tu (kalau nak laaa) . sambungan bab nya ya . jangan lupa komentar !  . 



GADIS CENGENG

No comments:

Post a Comment