Lily

bismillah ,

sambungannya ya ? awat hampa tak komen ?! bila habes baca komen laa . . . nak tau jugak pendapat ampa . . . ni tau baca jaa . pastu sengap centu jaa . tau la blog org tak femes . sampai hati u all buat i cemni tau . tak sambung novel baru tau , hah ! tambah2 cek kak HAIFAA tu ! yang suka duk kejan2 orang !!!




BAB 11

“JALAN elok-elok tu…” aku angguk lagi. Kereta api dah nak bergerak. Takut kena tinggal, aku cepat-cepat masuk dalam selepas menyalam tangan tokwan. Dari tempat duduk aku, aku melihat ke luar tingkap. Nampak tokwan yang sedang melambai tangan pada aku. Huhu… sedihnya muka tokwan. Aku lambai balik. Kereta api mula bergerak perlahan.

                Aku letakkan beg galas aku di tempat sebelah yang kosong. Tak ada orang lah kut. Tiba-tiba saja beg aku dialihkan dan ada orang duduk di sebelah aku. Aku ambil beg aku semula. Pandangan aku alihkan pada orang yang duduk sebelah aku.

                DIA…?

                “Eh, buat apa kat sini?!” aku rasa macam nak marah.

                Muka dia kelihatan berkerut. “Errr… saya kenal cik ke? Ini seat saya.”

                Hah? Dia tak kenal aku? memanglah anak teruna tak laku! Takkan dia tak kenal aku? mesti dia buat-buat ni… apalah yang malang nasib aku jumpa dia kat sini? Takkan aku nak duduk sebelah dia sampai key el?!

                “Cik?” suara dia macam lain sikit. Aku gelengkan kepala. Pejam mata tiga saat kemudian buka luas-luas. Eh, dia pergi mana? Kenapa orang lain pula di sebelah aku? tadi aku tengok Irfan yang ada di sebelah aku?

                Baru aku perasan, aku berkhayal. Apalah, semua muka orang aku nampak muka dia. Penyakit apa pula yang datang ni. Membadai jiwa aku saja. Malu dengan lelaki yang duduk di sebelah aku. Muka dia ada iras-iras Irfan. Putih. Mungkin sebab tu aku nampak muka Irfan dekat dia. Gila malu tahap beruk dah!

                “Sorry…” dia angguk. Kemudian senyum. Lepas tu dia gelak seorang.

                Aku dengar dia cakap perlahan. “Gadis pelik…”

                Warghh! Lagi bertambah malu aku!!! aku mengesot rapat ke dinding kereta api. Beg galas aku buat tutup muka sikit. Buat-buat tidur. Aku malu sangat ni… macam manalah kalau Irfan tahu yang aku boleh nampak muka dia dekat orang lain? Mesti aku jadi bahan ketawa saja. Lelaki sebelah aku ni pun dah mula pejamkan mata. Dia buat biasa saja. Aku yang malu lebih. Ahhh… baik aku tidur saja! Perjalanan aku jauh lagi.

               
SAMPAI saja di bilik aku baring melentang di atas katil. Penat. Sakit belakang…

                Aku kembali jugak ke Shah Alam. Elok aje sampai rumah, rasa boring tu lagi hebat daripada aku berada di rumah tokwan. Boring gila. Ayah masih tak balik kerja. Dari stesen kereta api, aku naik teksi ke rumah.

                Perut lapar. Aku keluar dari bilik. Turun ke tingkat bawah. Ke dapur untuk mencari makanan. Jam dinding di ruang tamu berdenting kuat. Pukul lima petang.

                Aku taip mesej pada ayah. Menyatakan yang aku selamat sampai rumah. Peti sejuk aku buka luas. Tak ada apa. Kena pergi beli barang dapur. Semua dah nak habis. Kalau tak nak makan apa malam ni? Mujur shawl labuh di kepala memang aku tak buka. Aku berlari naik ke atas, mengambil beg dompet. Pasar raya mini dekat sahaja. Aku berjalan kaki saja, lebih kurang sepuluh minit. Lokasinya hanya di depan taman perumahan saja.

                Pintu gril rumah aku buka. Selesai menyarung kasut, aku mengunci semula pintu rumah. Kuncinya aku letakkan di dalam pasu bunga di tepi rak kasut. Agak-agak orang tak boleh nampak kunci tu. Elok aje aku tutup semula pagar depan, aku melihat ada seorang lelaki berdiri sambil bersandar pada pintu keretanya di seberang jalan, bertentangan dengan rumah aku. Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki yang agak berusia, memakai kemeja putih lengan pendek. Pemandunya mungkin? Keretanya pula… pergh! Nampak sangat kereta mahal.

                Matanya tepat memandang aku. mahu datang ke rumah aku kah? Tetapi kenapa tidak memanggil aku? hanya berdiri di situ sahaja. Aku perhatikan wajahnya betul-betul.

                HAH!!! Penyakit yang sama waktu di atas kereta api tadi. Aku nampak muka anak teruna yang tak laku tu pula pada orang yang bersandar elok pada kereta itu. Hah, kali ni aku tak mahu malu lagi! Cukuplah aku malu di atas kereta api saja tadi. Tak mungkin pula mamat tu berada di depan rumah aku! lagipun dia masih di kampung. Aku tahu tu…

                Aku pejam mata. Buka balik. Nampak muka dia jugak. Tapi, teknik ni aku buat dekat atas kereta api tadi, menjadi! Tapi kali ni, tak menjadi jugak. Buka tutup mata, nampak dia juga. Aku buat tak kenal. Apa itu orang jahat? Tapi… ini di siang hari. Dalam kawasan perumahan pula tu. Berisiko tinggi lagi, kerana taman perumahan ini dilindungi pengawal keselamatan.

                Hah, aku buat bodoh. Mungkin orang yang aku nampak macam Irfan tu, tapi sebenarnya tidak… tengah tunggu orang lain? Kebetulan saja dia berhenti di depan rumah aku.

                Selamba aku berjalan ke pasar raya. Malam ni nak masak apa, ya? Tomyam pun sedap jugak. Sebaik masuk ke dalam pasar raya, aku mula memilih barang yang hendak dibeli. Aku ni dah macam suri rumah pula, orang mesti tak percaya yang aku ni budak berumur tujuh belas tahun. Iyalah, umur macam aku ni… semua fikir nak SPM lah, enjoy zaman remaja lah, rancang nak masuk universiti mana lah… aku pula, tak pernah lagi tau keluar hangout dengan kawan-kawan di tempat-tempat yang selalu remaja-remaja lepak. Ayah melarang keras sama sekali. Katanya nanti aku terikut-ikut perangai orang yang tak senonoh. Tapi kalau melepak di rumah kawan-kawan tu… pernahlah… banyak kali.

                “Semuanya RM40.90…” aku keluarkan not lima puluh. Bayar guna duit elaun yang ayah beri tiap-tiap bulan.

                Banyak juga barang yang aku kena angkut. Waktu beli tadi, bukan main aku sumbat semua dalam bakul. Tapi, berjimat jugaklah sebab selalunya kalau aku pergi beli apa-apa dengan ayah, harga semuanya mesti beratus-ratus.

                Aku jalan terkekeh-kekeh balik rumah. Beratnya…

                “Aik? Ada lagi orang dekat depan tu?” dari jauh. Aku nampak masih ada orang yang aku tak nampak lagi ‘rupa sebenarnya’. Kenapa tak balik ya? Balik pasar raya pun aku masih nampak muka Irfan dekat muka orang tu. Apa kena dengan aku ni? Macam tak betul aje. Mungkin aku penat kut…

                Aku berjalan. Mendekati pagar rumah aku. nak buat bodoh jugak. Masuk dalam, kunci pintu rapat-rapat, masak makan malam.

                “Moyang…!” aku… tak salah dengar?

                Suara… suara itu? Aku pusing belakang. Nampak muka dia dengan gaya yang sama sejak aku keluar rumah tadi. Aku pusing depan balik. Menghadap pagar rumah yang belum aku buka. Hampir-hampir saja segala plastik barangan yang aku beli terlepas jatuh. Okey Jannah… kau penat sahaja. Telinga kau salah dengar.

                “Daydreaming, moyang…” sedar-sedar lelaki itu berada di sebelah aku. mata aku membulat besar. Mulut sedikit ternganga. Gila… aku sudah gila? Apa ini memang betul dia? Panggilan moyang itu seperti keluar dari mmulutnya yang betul! Aduh… siapalah depan aku ni?
                Aku masih dengan muka terkejut. Seriously, aku terkejut gila! “Tutuplah mulut tu…”

                Aku baru sedar. Kiranya yang depan aku ni, memang betul-betul dia? hah, apa yang dia buat dekat sini? Buang tabiat agaknya. Spontan keluar dari mulut aku, “ehhh! Buat apa dekat sini? Bukan dia ada kat kampung? Bila balik Selangor? Tahu mana orang tinggal sini? Jangan buat benda yang tak berfaedah. Balik cepat…! Nanti ayah orang balik, tahu? Kalau ayah nampak, nanti orang kena marah. Tolonglah balik, Irfan!” marah campur terkejut. Gila… petang ni saja, sudah berapa kali aku sebut perkataan ‘gila’.

                Dia senyum sinis. “orang jalan-jalan saja dekat sini…”

                Senangnya dia bagi jawapan. Jalan-jalan, ya? Lepas tu… nak cakap yang dia jumpa rumah aku pun secara kebetulan saja? Wah… hebat you! Sebelum aku pergi stesen kereta api tadi, aku nampak dia baru keluar dari rumah Chek Na dengan muka tak mandi! Sekarang dia dah terpacak depan aku? magis, ya?

                “Bukan… bukan tadi dia ada dekat kampung?” aku soal pada diri aku sendiri.

                “Orang balik naik flight… sejam saja. Bukan macam naik train.” Aku tak sangka yang dia dengar. Habis tu, mesti dia baru sampai jugak… apa yang dia buang tebiat sangat depan rumah aku ni???!!!

                Aku tengok driver dia yang berdiri di hadapan kereta dah pandang kami semacam. Mesti dia ingat aku ni makwe bos dia, kan? Bertengkar macam pasangan kekasih pulak.

                Aku buat muka marah. “Hesy… pergi balik…”

                “Ada pulak tetamu datang… tuan rumah halau!” dush!         
       
                “Sepatutnya tetamu dibukakan pintu… diajak masuk… dilayan baik…” dush! dush!

                “Bukannya ajak bertekak depan rumah…” dush! dush! dush!

                Sejak bila semua ni bermula? Sejak bila dia buat macam dia rapat sangat dengan aku? “Ehhh, dia ni kenapa? Orang tak pernah rapat dengan dia… tiba-tiba terpacak depan rumah orang. Eh, kalau bukan sebab dia tu budak form six sama sekolah dengan orang, sebab dia conteng meja orang, sebab dia kacau orang dengan panggilan yang pelik-pelik, sebab dia buat orang malu dekat kafeteria, sebab dia tu cucu jiran tokwan orang… orang tak pernah kenal dia pun!Kenapa tiba-tiba dia nak buat orang ni macam rapat pulak dengan dia. siap datang rumah orang lagi. Alamat rumah orang ambil mana? Tolonglah… buat lah macam dia tak pernah kenal orang.”

                Hah… keluar habis…

                Dia hanya buat muka selanga. “Oh ya? Tak pernah kisah pun… siapa nak rapat dengan dia? dah selalu sangat kita terjumpa… semuanya secara kebetulan, ataupun suratan. Ingat orang nak sangat rapat dengan dia… perasan.” Tanpa nada dia berkata. Aku pula rasa macam nak seret muka dia dekat jalan tar. Sakit hati. Kalau bukan sebab nak rapat, apa fasal yang terpacak depan rumah orang?

                Pinnn! Pinnn!

                Ohmaiii…! Ayah dah balik…!


BAB 12

“KAWAN?” serius ayah bertanya. Aku telan liur pahit. Tapi Irfan pula dengan muka selamba, dia senyum manis pada ayah. Kemudian mengangguk. Lalu dia mencapai tangan ayah, mencium hormat. Ternganga aku dibuatnya. Berbeza 360 darjah dengan perangai yang sebelum ni dia suka buat depan aku.

                Seumur hidup aku, ini kali pertama lelaki datang rumah aku dan mengaku yang dia kawan aku.

                Muka serius ayah buat aku terdiam. Lebih baik diam daripada aku keruhkan keadaan. Mata ayah tajam memandang dia atas dan bawah. Aku rasa sekarang aku dah tak boleh telan air liur, kesat amat! Tangan aku terketar-ketar. Dalam hidup aku, aku hanya rapat dengan empat orang lelaki sahaja. Ayah. Abang. Tokwan… dan Faris. Dia, lelaki yang baru saja aku kenal… sudah mula buat onar depan ayah aku!

                Ayah diam juga. Tak bercakap apa. Matanya tetap tajam. Senyuman manis tak lekang dari bibir Irfan. Kau ingat ayah aku ni jenis yang luntur dengan senyuman gula melaka kau tu? Tak mungkin lah…

                “Jannah…”

                Lagi aku gugup bila mendengar ayah menyebut namaku. Matanya tidak pula memandang aku. tetap lekat pada Irfan. Aku pegang plastik barang kuat sikit. Takut terlepas.

                “Siapkan makan malam cepat. Malam ni, dia makan sini, ya?” melurut rahang aku ke bawah. Gila… aku tak percaya. Memang betul-betul tak percaya. Ini ayah atau orang lain? Rasa macam nak pergi tekap tangan aku dekat dahi ayah. Mungkin tak sihat. Haishh… kalau ayah halau dia tadi, memang aku sokong seratus peratus! Ini pula, dijemput makan malam sekali pula? Gila…

                Ayah berdeham. “Tercegat apa? Pergi sediakan bahan masak. Petang sikit baru mula masak. Habis maghrib kita makan.” Tegas. Aku hanya tahu mengangguk. Ayah membuka pintu pagar. Lalu dia masuk ke dalam kereta Toyota Rush nya yang dibiar tadi. Memarkir kereta di garaj rumah.

                Irfan angkat kening pada aku. apa motif dia buat semua ni?!

                “Jemput masuk.” Macam arahan pula kedengarannya, bukan macam pelawaan pula.

                Kecut perut jadinya. Irfan pula dengan muka selamba, masuk ke dalam. Aku gosok sedikit perut aku yang sedikit memulas sebab takut sangat. Aduh… bala apa yang datang rumah aku sekarang ni?!


BERSIAP untuk solat maghrib. Irfan tadinya diberi ruang untuk diri sendiri di bilik abang. Kemudian ayah mengajak kami solat maghrib berjemaah. Aku tak pernah tengok Irfan solat. Bukannya aku nak cakap yang dia tu tak solat. Cuma aku tak pernah tengok solatnya di depan mata aku.

                “Imamkan.” Pendek arahan ayah. Hah, aku nak gelak. Tengok muka dia. macam cuak semacam aje. Tapi, muka dia kembali tenang. Senang dia mengangguk. Pemandu keretanya, pak cik Soleh pun ikut serta dengan kami. Hanya aku seorang makmum perempuan. Ayah melafazkan iqamat. Kemudian Irfan bergerak ke depan. Takbir diangkat. Kami solat berjemaah. Rasa tersentuh juga mendengar alunan bacaan solatnya. Walaupun biasa sahaja, tidak semerdu sheikh-sheikh arab… tetapi alunannya mendamaikan. Tak ada kesalahan tajwid. Sehinggalah salam diberi. Kami berwirid selepas solat.

                Baru aku tahu, sebelum ni aku pandang dia sebelah mata. Nampak macam budak bandar yang selekeh dengan rambut serabai. Dengan perangai kurang ajarnya, selamba dan suka buat benda pelik-pelik. Tapi, melihat dia yang sekarang mengenakan baju Melayu, kain pelikat dan lebai milik abang… nampak berseri wajahnya. Langsung aku lupa dengan perangainya yang sebelum ini. Dalam pada aku berangan, baru aku sedar yang doa telah diaminkan. Hah, berangan lagi!!! Aku pun raup wajah aku. segera beristighfar. Aku boleh pula leka semasa beribadah.

                “jannah…” ayah panggil. Dia hulurkan tangan. Aku cium tangan ayah. Kemudian ayah bangun, bergerak ke biliknya sebentar selepas melipat sejadah.

                Sekarang aku pula yang duduk di situ. Kenapalah aku blur sangat, aku pergi hulurkan tangan pada dia yang baru hendak berdiri. tanda nak salam. Dia tengok aku dengan mata yang membulat. Aku jadi hairan, sebab aku masih tak sedar dengan apa yang aku buat. Aku pula tayang muka hairan pada dia.

                Dia buka lebai di kepalanya. Dilipat dua. Kemudian lebai itu ditekup pada muka aku. Hah, masa ni baru sedar! Lebai di muka aku ambil dan baling pada dia. Aku tutup muka dengan tangan yang berada di dalam kain telekung. Malunya… nak menangis. Aku bangun cepat-cepat meninggalkan ruang solat dan berlari masuk ke bilik aku di tingkat atas. Ayah yang baru keluar dari biliknya, pelik melihat aku yang terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik bersama muka merah. Dengan kain pakai pula meleret… aku jatuh tersembam di hadapan pintu. Mujur jatuh di depan ayah sahaja. Aku lari masuk dan tutup pintu bilik cepat-cepat. Ayah menggelengkan kepalanya. Kemudian turun ke bawah.

                “Gila apa nak salam orang bukan mahram?!” aku marah diri aku sendiri. Tapi tadi aku tak sedar, rasa macam aku nak salam abang… sebab itu aku bodoh sangat pergi sua tangan pada dia. Mesti dia gelakkan aku. Sudahlah dia tenyeh lebai abang pada muka aku!!!

                Bila dengan dia, semua benda jadi kelam kabut. Semua jadi memalukan amat.



MASAKAN aku pun ala kadar. Tapi, pak cik Soleh memujinya. Ayam masak merah, ikan goreng celup tepung dan tomyam putih. Selalunya aku makan dengan ayah, mesti makan satu jenis lauk saja. Ini dah tetamu ada, masak lebih sikit…

                “Tambah lagi.” Ayah berkata pada Irfan. Macam mengarah saja. Aku tengok muka Irfan masih tersenyum manis. Gila berlakon mamat ni. Memang susah nak teka apa motif dia datang rumah aku. takkan dia nak buang tabiat datang jumpa ayah aku? lelaki psycho…

                Irfan tambah lagi tomyam putih ke dalam pinggan dia. nampak berselera dia…

                “Kamu…anak Tuan Haikal?” tiba-tiba ayah bertanya pada Irfan selepas kami semua selesai makan. Siapa pulak dah Tuan Haikal? Ayah Irfan? Takkan ayah kenal kut…? Aku yang berada di dapur sambil mencuci pinggan mangkuk, mencuri-curi dengar.

                Perlahan Irfan mengangguk. Hah, nampaknya ayah kenal dengan Tuan Haikal tu. Ayah kemudian dengan pandangan tajam, menyoal Irfan lagi. “Hmm… ayah kamu sihat?”

                “Alhamdulillah… sihat.” Pergh! Pijak semut pun tak mati… silap-silap semut yang pijak dia. pandainya dia berlakon baik depan ayah. Depan aku, perangai macam hantu! Agaknya, kalau aku beritahu ayah fasal perangai sebenar dia, agaknya ayah percaya tak? Aku rasa macam tak… sudah budaknya baik di depan mata. Kalau orang mengata, pasti tak dipercaya!

                “Hmmm… tak apalah, nanti kamu kirim salam pada ayah kamu,” Irfan angguk lagi. Hari ni dia banyak senyum. Senyum palsu. Nampak sangat muka jambu kau tu, budak lawa! Kalau aku bagi dia pakai tudung… mesti cun eh?

                Habis cuci pinggan, aku duduk lagi di dapur… sakit otak fikir motif dia. takkanlah dia saja-saja nak datang rumah aku? alamat pun entah dia kutip dekat mana. Susah aku nak agak, apa yang ada dalam fikiran dia tu. Sakit otak betul dengan dia. Apa masalahnya, ya? masalahnya dia tu budak form six yang baru aku kenal… tiba-tiba saja nak buat rapat dengan aku! walaupun dia cakap yang dia tak hingin langsung rapat dengan aku. habis tu, kau datang rumah aku kenapa?! Buat ajelah macam kita tak pernah kenal, idiot!!!

                Aku tersedar semula ketika ayah memanggil aku. mengatakan yang mereka mahu pulang. Hah, masa yang ditunggu telah tiba. Dia pun salam dan cium tangan ayah. Nampak ayah macam suka saja. Susah nak tengok ayah senyum, nampak sikit ayah senyum tu. Walaupun tak berapa nampak sebab misai ayah yang menakutkan tu.


               
BAB 13

SEKOLAH? Seperti biasa. Aku dah balik ke asrama. Bila baru habis cuti panjang sikit, adalah berbakul-bakul cerita. Pergi itulah… pergi inilah… seronoklah… tak seronoklah… gosip fasal orang itulah… inilah… aishh!!! Macam-macamlah…

                Orang semua semangat lepas cuti. Aku pula dah jadi lemau semacam. Cuti pun tak berapa best sangat. Semua sebab anak teruna dengan perangai sia-sia dia tu! Yang buat aku lagi lemau, aku selesema dan demam. Demam ringan sahaja. Entah bila bangun pagi tadi, kepala rasa berat sangat. Tiba-tiba sahaja.

                “jannah? Tak nak keluar rehat?” aku geleng kepala. Kemudian aku letakkan kepala atas meja. Asmi angguk kemudian dia berjalan keluar dengan Damia. Sakit kepala…! Nak menangis pula. Gila manja kau ni, Jannah!

                Mujur si Irfan tu budak form six, sebab kelas mereka kan sesi petang. Kalau tak, menambah sakit kepala aku! lepas dia datang rumah aku, memang aku tak jumpa dia dah. Fuhh… memang aman dunia. Sekolah dah mula tiga hari, memang aku elakkan diri keluar dari asrama waktu petang. Sebab mungkin dia tengah merayap dekat sekolah, kelas dia kan baru habis masa tu…

                Aku mahu tidur. Sementara waktu rehat… perut lapar jugak. Tapi tak larat pula nak pergi beli makanan. Tidur ajelah… nanti rasa lapar tu hilanglah sikit.

                Tok! Tok!

                Terdengar bunyi tingkap di tepi meja aku diketuk. Memanglah meja aku di tepi dinding tingkap, tapi tak pernah pula orang main ketuk-ketuk tingkap sebelah aku ni. Aku malas nak angkat muka. Aku buat bodoh. Waktu rehat selalunya orang tak duduk kelas sangat. Ramai  pergi cari makanan…

                Tok! Tok!

                Diketuk lagi. Aku buat bodoh juga. Aku sakit kepala ni…

                “Oit! Moyang!”

                Terbuka luas mata aku yang sebelumnya terpejam rapat. Terus laju aku angkat kepala. Tengok ke sebelah. Dia sedang berdiri di tepi tingkap dari sebelah luar. Aku di dalam, dia di luar kelas. Dia senyum sinis. Apa yang dia buat kat sini? Bukan ke kelas dia sesi petang? Siap dengan baju sekolah lagi, kemeja putih tangan panjang yang disenteng hingga ke siku, tali leher yang tidak kemas terikat… lagi satu, dia ni setahu aku memang tak duduk asrama. Datang sekolah, balik sekolah naik motor saja.

                “Hah, panggil moyang baru nak bangun!” aku mencebik. Aku sakit macam ni pun, nak mengata aku lagi. Tapi, bukannya dia tahu aku sakit pun.

                “Hesy, apa dia buat kat sini? Dia kan sesi petang? Kacau orang betul…” aku kata dengan nada sedikit marah. Suara pun dah sengau sikit.

                Dia gelak sikit. “Heh, orang memang selalu datang sekolah pagi sampai petang. Boring duduk rumah…” aku baru teringat. Hari tu aku ada dengar budak-budak perempuan bersembang fasal dia. dia akan datang sekolah waktu pagi, sama macam budak sekolah lain. Tapi dia  akan duduk di perpustakaan pada sesi pagi. Tidurlah kut. Sebab perpustakaan sekolah kan ada aircond. Seronoklah nak tidur… bila petang baru dia masuk kelas.

                “tak rehat?” dia tanya.

                “Malas.”

                Pap! Dia ketuk perlahan kepala aku dengan sesuatu. Aku tengok tangan dia yang masuk melalui tingkap yang terbuka.

                Dia beri aku sebungkus roti gardenia berinti jagung. Kemudian dia letak pula air susu kotak coklat di atas meja aku. Aku blur lagi…

                “Buat apa ni…?”

                Dia gelak lagi, “idiot…!”

                Dia panggil aku idiot pula? Geram aku… tapi, takkanlah dia beri aku roti dengan air coklat ni? “Bye…” dia blah macam tu aje? Roti dan air coklat dalam genggaman aku. Maknanya dia bagi akulah, ya? hmm… apa pula motif dia? Apa?! Aku rasa macam nak kejar pula langkah dia yang selamba berjalan menuju ke perpustakaan di tingkat atas. Nak kejar dia, peluk kaki dia… merayu. Tolonglah beritahu apa pula motif kau buat baik dengan aku? sudahlah minggu lepas datang rumah aku pun aku tak tahu motif dia…!

                Aku tak larat dan lapar. Akhirnya aku buka bungkusan roti itu. Agak tak selera, tapi kena makan juga sebab lapar sangat… dah dia bagi kat aku, nak suruh aku makanlah kut!

                “Jannah…” suara Mizan. Dia berdiri di tempat Irfan berdiri tadi. Di tepi tingkap sebelah aku. Aku blur… datang mana pula dia ni? Malu pula dengan Mizan. suka-suka saja aku mainkan perasaan orang. Nasiblah, siapa suruh dia perasan sangat?!

                Dia hulurkan aku sebungkus roti… Aku pelik.

                “Tadi saya lalu sebelah kelas awak… nampak awak tidur. Awak nampak macam tak sihat, saya pergi koperasi sekolah. Belikan awak roti ni… tapi, bila saya datang awak dah makan pula…” memang aku tengah makan roti yang Irfan beri baru sekejap tadi. Aku telan liur. Dia ni pula, apesal nak belikan aku roti jugak?

                “Err… tadi…”

                “Saya tahu… Irfan form six tu yang beri awak, kan? Saya nampak…” nampaknya dia tahu. Aku memohon maaf. Tetapi aku ambil juga rotinya. Kasihan, dia bersusah payah pula nak belikan aku roti. Aish… apesal yang mereka menyibuk nak beri aku makan?

                Aku jadi serba salah pula… “Mizan, saya betul-betul minta maaf. Buat susah awak saja.”

                Dia tersenyum manis. Aku ada nampak kelibat orang yang lalu-lalang di koridor. Masa rehat tinggal lima minit lagi. Terasa ada yang memerhati, aku mengalihkan mata memandang orang yang berjalan di belakang Mizan. Jalannya perlahan saja, seolah dia sengaja perlahan jalan. Mukanya kelat.

                Marsha hangitlah… mata dia tajam memandang aku. nampak sangat yang dia ni minatkan Mizan. Mata dia dah semacam pandang aku…

                “Tak apalah, saya nak masuk kelas dulu…” Mizan meminta diri. Aku mengangguk. Kemudian dia berlalu. Hai laa… macam-macam.

                Tiba-tiba ada orang lain pula mendekati tempat yang Irfan dan Mizan berdiri tadi. Dah serupa tempat janji temu pula! Tapi kali ni… Marsha! Matanya tajam memandang aku. seolah aku ni buat salah besar dengan dia. Okey, bukan salah aku ya… Mizan yang datang. Dia yang belikan aku roti ni. Aku tak minta pun… aduh, kepala aku makin sakit dibuatnya.

                “Seronoklah ya? dua orang lelaki care fasal kau… aku perhati kau dari tadi… nampaknya kali ni kau betul-betul dah cabar kesabaran aku. kau jangan pandang aku sebelah mata. Sebab kalau aku tak dapat Mizan, siapa pun tak boleh dapat dia…”

                Aku? aku hampir tergelak besar. Mereng agaknya perempuan ni. Ingat aku takut dengan ugutan tak berasas kau tu? Lawak betul… cinta sangat lah kononnya dekat Mizan tu? Otak kau tak matang… macam obsesi saja otak minah ni. Orang sekarang nak kalut fasal SPM. Dia pula, kalut fasal cinta jebon yang entah nanti akan hanyut ke mana! Kemudian dia pergi macam tu saja… tak berkata apa sudah kerana aku sudah tergelak besar. Tak boleh tahan!

                Tapi muka dia nampak macam marah gila dekat aku. muka dia yang tak berapa putih tu, tambah merah, nampak muka dia macam berkilat sikit! Haha, lawak gila muka dia… aku rasa kalau Asmi ada, memang dia gelak dari awal lagi! Aku rasa jahat jugaklah, sebab tak jaga perasaan orang. Tapi… gila gamoknya, perempuan tu!

                Asmi pula yang muncul, duduk sebelah aku di dalam kelas. Dia tengok aku dengan muka pelik. Tapi dia lebih fokus kepada dua bungkusan roti di tangan aku.

                “Bila kau keluar kelas?” dia tanya.

                “tak keluar pun,” aku jawab. Dia buat muka lagi pelik. Nampak dia mahu bertanya tetapi tak jadi sebab cikgu dah masuk kelas. Aku buat muka biasa saja. Malas mahu fikir.



HABIS SESI sekolah. Kepala aku dah  tak sakit. Badan pun tak berapa panas dah. Cuma selesema tak lega-lega lagi. Aku cuti solat. Aku biarkan Asmi dan Damia ke surau untuk solat zuhur dulu. Aku beritahu mereka yang aku akan menyusul kemudian setelah mereka selesai solat. Aku pula kaki tanpa sedar, melencong ke sebelah kiri. Perlahan aku menaiki tangga ke tingkat atas sekali. Kawasan sekolah nampak sedikit sunyi. Hanya ada beberapa orang saja yang berjalan di koridor.

                Baru aku sedar, aku sudah terpacak di hadapan pintu perpustakaan yang tertutup rapat. Apa yang aku buat ni? Tak sedar pula kaki yang membawa aku ke sini.

                Kata orang, dia di sini dari pagi. Aku tak tahu sama ada sekarang, dia ada di dalam atau tidak. Tangan memegang tombol pintu.

                “Apa masalah kau, Jannah?!” aku lepaskan tombol. Kemudian berpaling, berjalan meninggalkan pintu perpustakaan. Kenapa tiba-tiba aku nak datang sini, nak tengok dia pula? Pula tu, aku sendiri tak sedar yang aku datang sini. Apa dah jadi dengan aku? ikut perangai Irfan pula. Nak jadi penyibuk hal orang pula…!

                Langkah kaki yang baru saja berjalan mahu meninggalkan pintu perpustakaan, terhenti. Aku pusing balik. Cepat sahaja aku buka pintu perpustakaan. Aku sendiri tak tahu kenapa aku buat begini…

                Sebaik aku buka pintu, aku dapati perpustakaan kosong. Tak ada orang. Hanya lampu dan aircond sahaja yang berfungsi. Pengawas perpustakaan pun tak ada. Aku melangkah setapak masuk ke dalam perpustakaan. Baru aku nampak yang Irfan tengah duduk seorang diri di antara rak buku kelima dan keenam. Headphone melekap di kepalanya, dengan lambut serabai yang menutup dahinya, nampak sepasang mata yang terpejam. Dia bersandar pada kerusi duduknya, sebelah kaki kanan diletakkan di atas peha sebelah kiri. Tangannya disilang ke dada. Tidur rupanya… tidur sambil dengar lagu!

                Tak pergi solat zuhur ke?

                Aku ingin keluar dari perpustakaan. Apalah yang dia buang tebiat dekat sini sorang-sorang? Hari-hari pulak tu…

                “Buat apa dekat sini?”

                Erk?!

                Aku pusing belakang. Dia masih dengan gaya duduk yang tak berubah. Matanya terpejam sahaja. Mulutnya bersuara…

                “Dah sihat?” dia tanya aku. aku blank. Mata aku dibesarkan sedikit. Buat muka tanda tak faham. Dia buka mata dia yang terpejam tadi. Headphone ditarik ke bawah, dibiar tergantung di lehernya. Dia bangun dari duduknya. Berjalan mendekati aku yang berdiri di pintu.

                “Dah okey, demam tu?” dia tanya lagi. Baru aku faham. Tadi tak faham…

                “Tahu mana orang demam?” aku tanya balik.

                “Tengok muka dia, hidung merah tadi… suara pun sengau…” tak tahu pula dia perhatikan muka aku.

                Dia sekarang betul-betul di depan aku. “Lain kali jaga diri elok-elok, dandelion!” wah… the master of nicknames! Kalau tidak panggil aku ‘dia’, ‘moyang’, ‘anak dara pemalas’… sekarang panggil dandelion pulak? Apa fasal kaitan bunga dandelion pula…

                “Nama orang Jannah… kalau tidak dia suka sangat panggil orang moyang …  datang mana pulak dandelion tu?”

                Dia buat muka selanga. “Ikut suka oranglah… mulut orang nak panggil apa pun.”

                Karang aku tempek muka kau dekat mesin fotostat yang ada dekat kaunter perpustakaan tu! Biar mesin tu copy muka jambu kau tu banyak-banyak! Dia kemudian berjalan mendekati aku yang berdiri betul-betul di hadapan pintu. Hesy, dia nak buat apa ni? Aku tergerak sedikit ke belakang. Gugup sikit. Kemudian dia yang sedikit tinggi memandang ke bawah.

                “Hesy, tepilah sikit. Orang nak keluar. Nak pergi solat. Bukan macam dia, tak reti nak pergi solat!” habis kena sembur, aku bergerak ke tepi sedikit. Huh, aku fikir dia nak buat apa tadi… memang patut dia ni aku sumbat terus dalam mesin fotostat!!!



BAB 14

PEJAM celik dah dua minggu aku di asrama. Sekarang aku cuti dua hari di rumah. Hari ahad aku kembali ke sekolah. Sekarang aku berada di hadapan pintu masuk the Store. Baru habis beli barang sikit. Aku keluarkan handphone. Mesti ayah kerja sekarang ni, jadi baik aku pulang ke rumah dengan teksi sahaja. Aku bergerak ke depan, aku berpaling ke tepi. Aku nampak seseorang yang aku kenal. Baru keluar dari kedai gambar yang sederet dengan tempat yang aku berdiri.

                Dia tak nampak aku. lebih fokus pada beg gambar yang dia pegang. Dia mengeluarkan beberapa gambar dari beg itu. Aku hanya berdiri memerhati. Dia kemudian tersenyum dengan gambar-gambar yang berada di tangannya. Aku rasa nak tahu sangat, gambar apa yang dia cuci di kedai gambar itu, sampai membuatkan dia tersenyum lebar. Kemudian dia berjalan pergi ke arah yang bertentangan dengan aku.

                Ahhh… biarlah… .


PAGInya, aku bangun. Tidur lepas subuh tadi, bagus betul… ikut perangai siapalah. Aku cuci muka di bilik air kemudian menyarung sweater berwarna kuning cair yang berhood. Aku tak pakai tudung. Hanya pakaikan hood di kepala, kemudian aku tarik dua talinya biar lebih ketat, agar tak nampak leher. Aku keluar rumah siram pokok. Ayah cuti hari ni. Sambil aku siram pokok, aku perhatikan ayah yang baru keluar dari rumah. Menuju ke peti surat, dibuka peti surat besi itu lalu diambil semua isinya. Ayah memebelek satu persatu surat itu. Semua sampul berwarna putih. Hanya ada satu yang berwarna coklat. Itu pun dari sisi aku berdiri, aku tak nampak ada setem pun di sampul coklat itu…

                Ayah masuk. Aku buat tak tahu saja.

                Nokia Asha aku berbunyi di dalam poket depan sweater. Aku selupkan tangan ke dalam poket. Handphone pula bising menyanyikan lagu A Thousand Years.

                “Asmi rupanya…” apahal dia telefon aku pagi-pagi macam ni?

                Aku letakkan di telinga setelah aku tekan butang hijau. “Helo…?”

                “Assalamualaikum! Jannah…!!!” adoi… pekak telinga aku!

                Aku jauhkan telefon sedikit daripada telinga. “Waalaikumussalam… nak apa? Buat hidup orang kacau saja…” baru nak aman, pagi-pagi macam ni!

                Kemudian suara dia bertukar sedih. Macam suara nak menangis saja. Aku jadi hairan… takkanlah aku cakap yang dia buat hidup aku kacau pun, dah nak menangis? Kenapa yang jadi sensitif lebih daripada biasa ni? Sebelum ni pun dah sensitif amat… ini aku rasa bertambah lagi darjah sensitifnya…!

                “Jannah…” suaranya merengek. Kemudian dengar bunyi esakan pula. Hah, sudah!

                “Aku salah cakap ke?” bodoh aku bertanya. Kut-kutlah memang dia nak menangis sebab apa yang aku cakap tadi…

                Tangisnya semakin menjadi-jadi. Kuat pula tu… aku berjalan ke pili air. Aku pulas pili air itu. Bersembang dengan dia ni karang, habis membazir saja air yang keluar…

                Tak habis meraung lagi. Aku biar dia bunyi dulu. Nanti bila dia dah habis baru aku cakap dengan dia. semakin lama semakin menjadi-jadi… mengada-ngada pula. Aku pun tadah z`ajelah telinga aku. aku duduk di bangku yang ada di halaman rumahku. Bangku yang berada di tepi kolam ikan kecil.

                “dah habis?” aku tanya bila dah tak dengar bunyi. Kemudian dengar bunyi dia tersedu-sedan. Menangis teruk jugak ni, apa cerita?

                “Huuuu… aku kena marah…”

                “Dengan siapa?”

                “Mama aku…” aik? Mak cik Aina marah Asmi?

                “Sebab apa…?”

                Dia diam sebentar. Kemudian jawab, “sebab aku bagi pecah kapal kaca hiasan yang ada dekat ruang tamu tu… bukannya aku sengaja…” masalah tu aje ke? Alah, macam aku ni tak biasa kena marah dengan ayah? Banyak kali sangat kena marah… nak-nak pula ayah tu garang amat! Mahu kecut perut aku kena tempik sekali…

                “Lepas tu, Anith tak guna tu mengata dekat aku. aku geram, aku ambil handphone dia. lepas tu aku baling masuk swimming pool belakang rumah. Sesedap aje dia tarik rambut aku lepas tu…!” masalah dengan adik lelaki dia pulak!

                Aku tergelak. Dengar suara dia menjerit marah pula…

                “Kau gelak? Sakit, tahu? Ingat dia tarik lembut ke? Aku rasa macam nak tercabut kepala aku…”

                “kau menangis sebab tu aje ke?” aku tanya.

                “Apa yang ‘sebab tu je ke’… ini masalah sakit hati!” suara dia macam dah jauh hati. Kalau dia merajuk dengan aku lagi…

                Aku gelak lagi. Merajuklah… lama-lama kau mesti baik balik dengan aku. dengar pergaduhan adik-beradik ni, aku teringat pada abang. Ariff. Rindu sangat dekat dia… agaknya macam mana dia dekat sana? Mesti kurus sikit kan… sebab tak cukup makanlah kut. Dia tu bukannya reti masak sendiri. Di negara orang, kena pandai jaga duit. Duduk dekat sini pun, makan pakai dia aku yang jaga. Mesti dia jadi serabai… aku rasa rambut pun tak kemas macam selalu. Alahai, abangku… bila nak balik?

                “Helo? Helo?! Hesy… aku cakap dengan kau ni…! Malas lah macam ni!!!” dengar suara Asmi mengamuk. Kemudian talian diputuskan. Aiyark… merajuklah tu.

                Aku tengok skrin telefon. Terpampang wallpaper. Aku senyum sendiri. Rindu juga kepada abang aku yang seorang lagi ni, sudah sebulan di sana. Alahai, Faris. Nampak macam dah lupa aku saja? Eleh… baru pergi sebulan aku dah bising macam-macam. Baru sebulan aje. Kalau tak sebelum ni tiga tahun dia tak muncul depan aku. Ahhh… fokus SPM lah sekarang ni. Aku tak ada banyak masa sangat dah. Hujung tahun dah nak exam… aku sibuk fikir hal lain pula.

                Handphone berbunyi lagi. Ingatkan Asmi. Tadi dia merajuk, sekarang mesti telefon sebab nak mengadu macam-macam balik. Aku tersengih. Handphone yang baru tadi aku masukkan ke dalam poket sweater aku keluarkan semula.

                Bukan Asmi… hanya nombor yang tidak dikenali. Aku tak jawab panggilan sebarangan. Kalau benda penting pun, aku anggap tak penting saja… Lagipun orang tak ramai yang tahu nombor aku ni. Hanya kawan-kawan terdekat saja yang tahu.

                Aku tekan butang merah. Masukkan kembali ke dalam poket. Aku tarik paip getah yang panjang ke tepi kolam. Kemudian terdengar bunyi pintu gril besi rumah dibuka. Ayah bergegas keluar. Tanpa memandang aku, dia membolos masuk ke dalam kereta. Muka ayah kelat. Pagi ini juga dia nampak kalut. Sewaktu dia keluar ambil surat tadi, biasa sahaja mukanya.

                Kereta ayah yang sudah jauh meninggalkan garaj rumah aku pandang begitu saja. Ada kerjalah tu… itu yang nampak kalut semacam.

                Handphone berbunyi lagi. Nombor yang sama. Nombor tak dikenali tadi.

                Malas nak jawab, tapi kalau tak jawab nanti mesti dia telefon lagi, kan? Siapalah yang terdesak sangat nak telefon aku ni? Butang hijau aku tekan malas. Telefon aku bawa ke telinga. Mulut nak menguap tapi aku tahan. Tak kiralah siapa yang telefon aku, serius aku malas nak bercakap sekarang ni.

                “Maaf ya… silap nom…” baru saja aku nak habiskan ayat, terdengar suara di hujung talian. Buat aku terdiam.

                “Jannah?” orang yang telefon ni kenal aku ke?

                “Siapa ni?”

                “jannah? Okey tak ada masa se…” belum sempat dia habis cakap aku dah cantas.

                “Eh, ni siapa? Kenal saya ke?” aku bertanya jengkel.

                “Hah, tak ada masa lah seka…”

                Aku cantas lagi. “ini siapa, ya?!” geram pula dengan orang di hujung talian. Dengar suara macam lelaki. Aku tanya, dia siapa. Itu saja… tak reti nak jawab ke?!

                Dengar suara di hujung talian merengus kasar.

                “Moyang…! Dengar dulu apa orang nak cakap boleh tak?!!!”

                MAH?!




BAB 15

AKU tercengang. Apa aku tak salah dengar perkataan ‘moyang’ tu? Okey, dalam dunia ni… aku ulang ya, memang ada seorang saja manusia yang panggil aku moyang. Jadi, takkanlah dia yang berada di hujung talian ni? Aku rasa memang dia, sebab dia saja yang panggil aku moyang, kan… Macam mana dia dapat nombor telefon aku ni? Setakat nombor telefon saja… alamat rumah aku pun, aku tak tahu dia ambil dekat mana! Mana habis dia tahu maklumat peribadi aku ni?!!!

                “Sekarang ni tak ada masa nak terangkan… dia tahu tak fasal apa yang dah jadi?” suara di hujung talian bertanya. Aku tak ambil kisah pun soalan dia. yang aku kisah sekarang, MANA KAU DAPAT NOMBOR TELEFON AKU?

                “Eh, mana dapat nombor telefon orang? Ambil dekat siapa? Asmi yang bagi, ya? hesy, memang dah agak dah… ni, kenapa yang dia suka sangat masuk campur hal hidup orang? Seumur hidup orang, orang tak pernah lagi main syok-syok sembang telefon dengan lelaki asing, tau? Kalau ayah orang tahu, nanti ayah marah. Yang dia ni, tak habis kacau orang dekat sekolah, kacau dekat rumah… dekat telefon pun nak kacau ke?! Hesy… tak faham betul dengan orang kepala biul macam dia ni…!” aku dah mula membebel.

                Dengar dia macam serabut saja dekat hujung talian.

                “Moyang!!! Dengar dulu orang nak cakap, boleh?!” aku kena tempik.

                Darjah kemarahan aku naik sikit. “Ewah! Sedapnya dia nak marah orang? Ikut suka oranglah nak dengar ke, tak! Dasar anak teruna tak laku!!!” aku marah balik.

                “… my dandelionplease, listen…” dia berlembut. Ewah! Nak cakap omputih pulak?

                “Tak ada maknanya!!! You, go die!” geram. Aku tekan terus butang merah. Huh, serabut kepala saja cakap telefon dengan dia! meluat aku… my dandelion konon! Selang beberapa saat kemudian, telefon bergetar… berbunyi lagi. Nombor tadi juga… nombor encik Irfan anak teruna tak laku. Aku geram. Aku tak jawab. Dalam dua tiga kali juga dia telefon. Tapi aku biar saja telefon berbunyi. Entah apa yang dia nak cakap sangat dengan aku?

                Bila sampai empat kali dia telefon aku tak jawab juga, akhirnya mesej masuk.

                Jmpa dkt tmn tsik shah alam, ptg ni pkul 5. Hal ni pnting… brsngkutan kta brdua!

                Aku tercengang. Apa sangat masalah yang bersangkutan kami berdua? Ikut suka dia saja nak mengarah aku… cukup buat aku geram!

                “ada-ada saja dia ni… annoying!” menyampah, okey?!

                Selang beberapa minit, handphone bergetar. Ada lagi mesej masuk. Dari dia juga… sebelum tu, aku save dulu nombor dia. aku ni bukannya yang jenis ingat nombor orang. Kalau dia telefon lagi, senanglah aku tak payah jawab. Dah tahu dah pemanggilnya siapa. Simpan di dalam phone book. ‘SENGAL’. Cantik nama tu! memang sesuai dengan perangai sengal dia tu!

                Aku buka mesej.

                Dtg tau! Org tnggu dia…!

                “Eleh… tunggulah sangat…” benda apa yang penting sangat? Aku rasa, tak ada apa yang penting berkaitan kami berdua. Apa yang dia nak kecoh sangat?

                Aku taip balasan.

                Ikut ska org lah…!


               
“ASSALAMUALAIKUM, budak busuk!”

                Hah? Aku jadi happy gila sekarang ni… “ waalaikumussalam…! ABANG!!!”

                Dengar suara ketawa abang di hujung talian. “adoi… pekak telinga abang. Adik abang ni apa khabarnyaaa…?”

                Aku lekapkan telefon pada telinga. “Hah, khabar baik saja. Abang tu, dah lama tak telefon bukannya nak rindu dekat orang! Bagi alasan saja, sibuk itulah sibuk inilah… padahal sibuk mengurat awek! Menyampah abang ni…”

                “Eh… ini orang telefon sebab rindu lah… memang betul pun abang sibuk! Dah tak lama lagi nak final exam. Takkanlah hari-hari nak call budak busuk ni?” okey, fine…


                Seronok aku bersembang dengan abang, ada dalam satu jam bergayut. Kesianlah dekat abang. Kena charge duit prepaid mahal! 




BAB 16

                Mengantuk pula petang-petang ni… habis solat asar, aku pejamkan mata sekejap. Berbaring di atas tikar sejadah dengan berselubung kain telekung. Penat kemas rumah tadi. Aku tak sempat nak rehat. Tak sempat lagi nak baca buku!

                Siapalah yang ajar perangai tidur petang ni dekat aku. memang tak bagus betul perangai ni! Lama-lama boleh jadi tak betul otak aku… sepatutnya aku baca al-Quran sehelai dua muka surat, tapi dah penat… syaitan pula dah membisik supaya pejamkan mata. Mengantuk sangat… tidurlah, tidurlah, tidur… lah…

                Zzzz

                Ting! Ting! Ting!

                Aku bangun secara mengejut. Terkejut sebab bunyi jam dinding berdenting di ruang tamu. Terus aku bangun. Bila bangun saja, terus terasa seperti kepala aku dicengkam kuat. Adehhh, sakit kepala pula. Penangan tidur lepas asar, ya? mohon jangan ikut perangai aku. elakkan sama sekali!

                Ruang rumah senyap sunyi. Garaj pula kosong. Tandanya ayah masih tak balik lagi… ayah yang keluar dari pagi tadi. Sampai petang pun tak balik lagi. Pergi ke mana, ya? lamanya urusan kerja… ayah hanya seorang pensyarah. Takkanlah lewat petang macam ni pun tak habis kelas lagi?

                Aku capai handphone di atas katil. Melihat jam di skrin handphone. Ahh… dah pukul enam suku petang. Lama jugak aku membuta.

                Ada mesej dari nombor yang tak dikenali juga. Baru masuk pukul enam tadi.

                TAHNIAH! Anda berjaya memenangi hadiah misteri daripada syarikat XXX. Hadiah misteri yang hanya diberikan kepada pengguna panggilan yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0123456789 atau anda boleh layari www.lukenatipu.com . jangan lepaskan peluang anda!!!

                Tak guna punya mesej. Pantas sahaja aku buang mesej itu ke dalam tong sampah. Mesej cap penipu! Tanpa aku sengaja kemudiannya, tangan aku tertekan inbox. Aku lihat semula mesej yang ada.

                Mesej dari ‘SENGAL’? ada lagi mesej yang aku tak baca? Baru masuk pukul lima setengah tadi. Masa aku sedap tidur…

                Dia dkt mna? Org tnggu ni…

                Hah? Maknanya memang dia suruh aku pergi betul lah, ya? aku menepuk dahi. Jam sudah menunjukkan jam enam dua puluh minit petang. Gila, maknanya aku dah lewat satu jam dua puluh minit. Mesti dia dah balik, kan?

                Tapi… aku rasa tak sedap hati pula. Aku terus bangun ke bilik air. Membasuh muka dan menggosok gigi. Selesai mengelap muka, aku pantas membuka almari. Menyalin baju yang lebih sesuai. T-shirt lengan pendek aku tanggalkan. Menyalin dengan t-shirt lengan panjang dan seluar palazzo. Tudung pula aku main hentam saja, ariani warna coklat. Aku ambil handphone dan dompet.

                Cepat-cepat aku kunci pintu selepas keluar rumah. Aku jalan keluar dari taman perumahan dengan tergesa-gesa. Elok sampai dekat depan jalan besar utama, aku tahan teksi.

                “Taman tasik, pak cik.”

                Tak pernah aku bersiap secepat ni. Aku bersiap lima minit saja, okey? Rekod. Selalunya aku memang bersiap lama. Nak dekat setengah jam. Ini pun sebab aku nak cepat sangat, aku main hentam pakai saja. Rasa macam sememeh pula muka aku.

                Sampai saja di taman tasik Shah Alam, aku tengok jam sudah pukul 6.30 petang. Gila lambat kut… aku rasa macam dia dah balik, tapi entah aku rasa macam tak sedap hati pula. Mata aku melilau. Mencari kelibat si ‘SENGAL’. Tak ada pun… dia dah balik kut…

                Mata aku melilau lagi. Kemudian aku terpandangkan seseorang yang sedang duduk di bangku berhadapan dengan tasik. Dari belakang, aku tahu… itu Irfan!

                Dengan muka tak bersalah, aku berjalan menghampiri dia… kiranya dia tunggu dari pukul lima tadi lah, ya? sanggup pula dia tunggu. Kalau aku, memang dah lama aku blah dulu. Tak ada masa nak tunggu orang lambat. Tapi sekarang… aku yang lambat! Bukannya dia… aku kesian pula pada dia. dia tunggu sampai satu jam setengah. Mesti dia marah gila dekat aku. bukannya aku lambat seminit dua… sejam setengah kut! Lama tu…

                Nak cakap apa, ya? apa-apa pun aku kena minta maaf dulu… dahlah aku lambat. Lepas tu nak sergah dengan soalan terus.

                “Sorry,  lambat!” aku cakap sebaik aku berdiri di belakangnya yang sedang duduk. Dia tak berpaling ke belakang. Tak memandang aku. matanya tetap ke hadapan. Memandang tasik. Uishh… nampak macam marah, mek! Kecut perut pula.

                Aku duduk di sebelah dia. Ada ruang antara kami. Cukup untuk seorang lagi duduk di celah antara kami. Dia diam lama. Aik? Tak nak cakap pula hal apa yang pentingnya dia nak jumpa aku? boleh dia diam saja… sudahlah aku penat bersiap tadi. Muka pula sememeh.

                “Nak cakap apa? Apa hal yang berkaitan kita berdua?” aku tanya.

                Dia tetap tak memandang aku. Elok aje dia nak membuka mulut, aku tanya dia dengan muka blur dan ekspresi yang agak bodoh, aku rasa…

                “Mana dapat nombor telefon orang?”

                Nampak macam dia nak buka mulut lagi, aku cantas…

                “Cepat cakap… dah lewat petang!”

                Dia nampak macam duk tahan geram dekat aku.

                “Macam mana nak cakap… kalau dia asyik memotong apa yang orang nak cakap?” oh… aku diam. Lebih baik aku zipkan mulut aku sebelum dia ni naik angin. Aku tengok muka dia pun macam tak berapa elok aje anginnya…

                “Hmm… cakaplah…” aku gigit hujung jari.

                Dia hembuskan nafas kasar. “dia dah tahu fasal apa yang jadi?”

`               Fasal apa? Aku jadi blank. Aku buat muka keliru depan dia. kemudian dia angguk. Dia tahu lah kut, ekspresi muka aku ni bermakna yang aku tak tahu dan tak faham fasal apa yang dia cakap ni… jam sudah menunjukkan jam enam tiga puluh lima minit. Aduh… lewat petang sangat ni…

                “ayah dia datang rumah orang pagi tadi…” hah? Aku tercengang. Okey, pelik. Kenapa ayah pergi rumah dia? buat apa? Pagi tadi, memang aku nampak yang ayah keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Takkanlah ke rumah dia terus?

                “Buat apa?!” membulat mata aku apabila soalan itu keluar. Terkejut? Yes… memang aku terkejut dan tak faham!

                “bincang fasal kita…” pulak dah?! Apa kaitan pula fasal kita?!!!

                Aku merengus kasar. “Hah, ini mesti fasal yang dia datang makan malam dekat rumah orang hari tu, kan? Eh, tau tak… orang tak pernah lagi jemput kawan lelaki datang rumah, tahu? Mesti lah ayah pelik… entah-entah ayah ingat yang dia tu boyfriend orang!”

                Dia nampak macam sentap. “Eh, lain kali dengar dulu orang nak cakap bagi habis! Main terjah aje… semua ni fasal gambar tu lah…!”

                Aku tayang muka bingung. “Gambar apa?”

                “Gambar yang dihantar pada rumah kita lah… ayah dia pun ada dapat gambar tu… parents orang yang panggil ayah dia ajak bincang. Orang dah explain dekat diorang. Diorang faham. Tapi…”

                Pening. Okey, serius aku pening.

                Tiba-tiba handphone berbunyi. Aku suruh dia berhenti cakap sekejap.

                Ayah telefon. Bilangnya yang dia tak bawa kunci rumah. Aku baru perasan pada gugusan kunci yang ada dalam poket aku. Aku menepuk dahi. Kenapalah aku tak tinggalkan dalam pasu saja, tadi? Aku terus lupa akan apa yang Irfan nak sampaikan. Aku bangun dan berlari tergesa-gesa. Terdengar suara Irfan memanggil aku. aku buat tak endah.

                Kemudian aku berpaling. “Ayah nak masuk rumah tak boleh sebab tak ada kunci! Lain kali lah kita cakap… call orang malam ni, tau!” aku buat isyarat telefon pada tangan. Aku pun main hentam caka saja. Bergegas ke jalan utama. Menahan teksi dan menuju ke rumah. Adehhh… jalan jammed pula.



BAB 17


AKU DIAM. Menunduk. Takut? Ya… memang aku takut. Tak pernah ayah memandang aku seserius ini. Aku rasa macam nak menangis saja bila ayah menunjukkan sampul surat berwarna coklat yang diambil dari peti surat rumah pagi tadi. Sampul yang aku lihat tidak bersetem. Hanya ditulis nama ayah, ‘EN. AFIZUDDIN’.

                Aku memang yakin. Itulah gambar yang Irfan maksudkan. Sekarang baru aku faham… apa yang terjadi antara kami. Padanlah dia beria-ia mahu berbincang. Aku pula, tinggalkan dia… kesian pula ingatkan dia… mesti waktu ayah ke rumahnya untuk berjumpa ibu bapanya pagi tadi, dia bersusah payah menerangkan semuanya.

                Gambar aku dan Irfan terbaring di semak. Irfan berada di atas aku. ini sewaktu aku tak sengaja langgar dia dengan basikal, di kampung hari tu!

                “Ayah tahu semuanya… Irfan dah terangkan. Ayah tahu itu salah faham. Kalau boleh memang ayah tak nak panjangkan hal ni. Semua tu berlaku secara tak sengaja semasa Jannah balik kampung hari tu, kan? Ayah yakin yang Jannah tak buat semua tu. dah cukup didikan agama yang ayah bagi pada Jannah… memang ayah tak percaya dengan gambar yang dah di-‘super imposed’kan. Tapi… ayah fikir balik soal orang yang menangkap gambar ini. Pastinya dia ada agenda tersendiri. Seolah dia sengaja buat semua ni…”

                Baru aku teringat, ada kelibat orang yang mencurigakan sewaktu kejadian. Pasti orang itu yang menangkap semua gambar ini. Sebabnya, mana ada orang lain lagi di situ! Hanya kelibat orang aneh itu sahaja… cuma aku tak pasti itu siapa!

                “Ayah dah bincang. Memang keputusan ini dibuat untuk pelihara maruah keluarga kita, keluarga Irfan… dan paling penting maruah Jannah. Maruah seorang anak gadis…”

                Serius, sekarang aku rasa… macam aku ni murah sangat!

                Ayah keluarkan sesuatu dari poketnya. Kotak cincin.

                “Tunang.”

                Melurut rahang aku ke bawah. Gila… tunang dengan siapa? Irfan Muaz?

                Melihatkan muka bingung aku, ayah bersuara. “ini sebagai tanda yang mak ayah Irfan serius fasal hal ni. Ini bukan fasal hal main-main. Ini soal nak ikat anak gadis dengan seorang lelaki. Untuk Irfan dan Jannah… usia kamu tak boleh lagi bernikah. Terlalu muda. Sebaiknya ditunangkan dahulu. Selepas selesai belajar, kamu kahwin dengan tunang kamu…”

                Bukan setakat melurut ke bawah, aku rasa macam rahang aku ni nak gugur terus dari muka aku ni!

                “Ayah dah setujukan bagi pihak Jannah. Ingat, ayah ambil keputusan ni untuk pelihara maruah kamu. Tak kira siapa pun yang ambil gambar ni, kita tolak ke tepi dulu… sekarang ni fikir fasal maruah. Waktu ayah berbincang pagi tadi, cukup hanya ada ayah, Tuan Haikal, Puan Ain dan Irfan. Kami berbincang fasal hal kamu berdua… awalnya memang kami salah faham. Tapi setelah berfikir balik fasal gambar tu… soal siapa yang mengambilnya, yang menghantarnya ke peti surat rumah kita… pasti orang itu punya agendanya sendiri. Kalau tak, dia takkan buat semua tu…”

                Betul cakap ayah… tapi, aku masih tak setuju fasal hal tunang tu!

                “Sekarang, memang kamu dah terikat dengan tali pertunangan. Jaga hubungan dan batas pergaulan tu. maruah keluarga perlu dijaga. Ayah serius bila ayah ikatkan kamu dengan Irfan. Dari pandangan mata ayah, sewaktu dia datang makan malam di sini hari tu… memang ayah tahu dia budak baik. Sebab tu ayah tak teragak-agak dengan keputusan ni…”

                “Ayah harap soal hal ni… tak ada sesiapa yang tahu. Cukup antara kita saja yang tahu. Lagi satu… haraplah kejadian ni tak jejaskan akademik kamu.”

                Gambar tu sampai rumah pagi tadi… elok malam aku dah jadi tunang orang!!!

                “sudahlah… pergi masuk tidur… dah lewat malam sekarang ni.” Tegas. Aku cepat-cepat memanjat tangga. Masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Rasa macam tak percaya dengan apa yang ayah katakan tadi. Maknanya sekarang ni… aku memang tunang orang?! Tunang Irfan Muaz?! Gila… ini semua gila…

                Aku tengok kotak baldu merah yang berada dalam genggaman aku. kiranya cincin tunang lah ni? Aku buka kotak itu. Sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian. Cantik. Tapi tak cukup cantik nak ubat semula otak aku yang sudah tak betul sekarang ni.

                Aku simpankan kotak baldu itu di dalam laci meja solek. Handphone di atas katil aku capai. Nombor ‘sengal’ aku cari dalam phone book. Terus aku tekan butang hijau.

                “Helo?!” aku sergah terus setelah panggilan dijawab.

                “Hah, assalamualaikum…”

                “waalaikumussalam…” kena perli! Huuuu…

                Dia bersuara tenang di sebelah sana. “Dah tahu fasal tu?”

                Aku rasa macam nak menangis, okey?! Gila apa… “Dah…”

                “Sorry…” terdengar suara dia pula. Apa fasal pula nak minta maaf bagai ni?!

                “Untuk apa?”

                Dengar suara dia mengeluh di hujung talian. “sebab dia terpaksa putus tunang dengan Faris dan jadi tunang orang…” oh! Baru aku teringat… dia ni, takkan tak dapat tangkap lagi yang aku kelentong dia? blur jugak lah mamat ni.

                “Faris dah tahu?” aku hampir tergelak. Okey, sebab dia bincang fasal hal ni… mood ceria aku dah kembali. Bila aku fikir balik, tak adalah teruk sangat. Tunang aje pun! Bukannya aku nikah dengan dia lagi! Kalau tunang tu… bila-bila masa saja boleh putus, kan? Dalam masa kami nak habis belajar lagi… apa-apa pun boleh jadi, ya tak? Tapi soal gambar tu, memang aku malu dengan ayah. Haih, macam manalah aku nak jumpa mak ayah Irfan tu nanti?

                “Tak… dia tak tahu…” aku jawab juga soalan dia.

                “Oh, kenapa tak bagi tahu dia…?” pandai pula dia nak menyoal aku.

                “Biar ajelah… nanti dia tahu sendiri…” hesy jahatnya aku… kesian abang Faris.

                Dengar suara dia dah lain di hujung talian. “Eh… tak sayang dia ke? Tak baik main perasaan anak orang!” nah… aku pula kena marah. Seronok sangat aku menipu dia yang aku dah tunang, tup-tup aku dah jadi tunang dia terus!

                “Orang mana pernah tunang sebelum ni! Ini baru first time bertunang… tak ada majlis ikut adat Melayu pula tu… tunang mendadak…” elok aku habis cakap… aku dengar ada benda jatuh di hujung talian. Terkejut lah tu. baru tahu yang aku kelentong dia lah tu!
               


BAB 18


CUTI dua hari saja, macam-macam hal pula yang berlaku. Hakikat… aku dah jadi tunang orang. Tunang Irfan Muaz pulak tu… baru aku teringat soal Qasreena. Kalau dia tahu… agaknya macam mana, ya? aku rasa dia tarik terus tudung aku dekat sekolah sampai terlucut. Kemudian lawan tarik rambut pula. Ewah! Gila apa…

                Aku rasa dia mesti mengamuk kalau dia tahu yang aku ni bertunang dengan crush dia. Okey… sorry Reen!!! Sorry sangat-sangat… semuanya berlaku secara tak sengaja. Bukannya aku minta pun nak tunang dengan dia.

                “Okey, kalau Reen tahu fasal hal ni… memang aku minta putus tunang dengan dia!”

                “Putus tunang apanya, cik kak?!” terkejut beruk aku! Aku berpaling. Asmi sudah duduk di sebelah aku. memndang aku hairan. Pelik lah kut sebab tiba-tiba aku cakap sorang-sorang. Harap dia tak dengar semua yang aku cakap.

                “mana ada putus tunangnya. Bilanya aku cakap macam tu?… mengarut saja kau ni!” aku buat-buat gelak. Nampak sangat berlakon tak jadi. Alah… hentam sajalah…!

                Lega aku bila Asmi nampaknya macam tak berminat nak bertanya lanjut. Aku terus berfikir. Soal orang yang buat niaya dekat aku ni… seseorang yang punya agenda sendiri, mesti motif dia untuk mengenakan aku atau Irfan… seseorang… yang berkaitan gambar .

                Aku teringat sesuatu. Orang yang aku jumpa semasa aku membeli barang hari tu. terjumpa dia berdiri sederet dengan kedai The Store. Dia yang baru keluar dari kedai gambar. Dia itu suspek utama. Aku yakin sangat dia lah orang yang buat semua ni!!! Memang tak syak orang lain lagi. Dia… punya motif tersendiri. Motif itu cukup untuk membuktikan perbuatannya itu. Yang menguatkan sangkaan aku lagi, soal aku ternampak dia keluar dari kedai gambar.

                Aku bangun. Bergegas keluar. Asmi bertanya, aku malas hendak menjawab, jadi aku hanya berkata, “mahu cari seseorang.”

                Saat ini aku perlu kepastian. Dari mulutnya sendiri…

               
“TUNGGU!” aku memanggil. Dia yang baru hendak masuk ke dalam makmal bahasa memandang aku dingin. Tak ada sesiapa di sini. Kebanyakan mereka di kelas masing-masing. Elok lah tu… boleh aku buat perhitungan dengan dia sekarang ni.

                “boleh bincang dengan kau sekejap?”

                “aku tak ada masa nak cakap dengan kau…” dia membalas dingin. Perasaan aku pula berkocak hebat.

                “Sekejap saja…” aku berkata.

                Mata dia mencerlung memandang aku. “Aku tak ada masa nak jumpa orang macam kau. Boleh blah lah… by the way, congratulations!” mata aku membulat. Kening aku bertaut. Dahi aku berkerut. Giliran aku pula memandang dia dengan mata yang mencerlung.

                “Untuk…?” terkejut aku bertanya.

                Dia mengukir senyuman sinis. “Untuk pertunangan kau lah… aku rasa gembira untuk kau. Lega lah hati aku sekarang, tak ada sesiapa nak rampas Mizan dari aku…”

                Marsha…

                Cukup hanya mendengar kata-katanya. Cukup untuk membuktikan yang dia lah pelakunya. Aku terasa ringan saja tangan aku untuk melayang ke mukanya. Tapi aku tahan. Terasa begitu sengkek pemikirannya. Salah juga tanggapan aku… ‘apa yang seorang gadis berusia tujuh belas tahun boleh buat?’

                Dia dah buktikan pada aku. dia boleh buat maruah aku tercalar.

                “Jadi memang betul sangkaan aku… kau yang buat semua tu…”

                Dia tergelak. “Hah? Buat apa? Gambar tu? ohhh… memang aku yang buat. Alang-alang aku ada dekat situ. Kau orang pula boleh berdrama telenovela dekat situ. Kesempatan ada depan mata. Memang aku yakin, gambar tu akan jadi bahan yang berguna untuk aku. aku sengaja hantarkan pada ayah kau dan mak ayah Irfan. Ingatkan, kau orang ni dinikahkan terus. Sebab parents sekarang ni risau yang anak-anak diorang boleh terlanjur… sebaiknya dinikahkan saja. Tapi alih-alih bertunang pula… tak apalah, kira okeylah tu… at least, Mizan takkan dapat peluang dengan kau. Sebab kau dah jadi kepunyaan orang lain.”

                “Tapi kenapa kau libatkan Irfan? Dia tak salah pun…”

                “Eh, nasib dia dah memang malang… biar ajelah. Lagipun aku tahu yang Qasreena kawan baik kau tu suka dekat dia. lagilah seronok, aku nak tengok kau bercakar dengan kawan baik kau pula lepas ni!”

                Perempuan jalang! Perempuan murahan! Perempuan tak ada otak!!!

                “kalau kau nak marahkan aku, marahlah si Mizan dulu. Dia yang salah sebab sukakan kau. Kalau dia tak sukakan kau, dan tak reject aku memang aku tak buat semua ni dekat kau, tahu? Mungkin kau nak cakap aku ni gila…”

                Memang aku cakap kau gila!!! Gila tahap jebon!

                “… aku gila sebab cintakan Mizan. Dan aku tak suka orang lain rampas hak aku. aku akan pastikan dia jadi milik aku suatu hari nanti.” 

                “Kalau kau tak cari kesempatan nak menggedik dengan Mizan lagi… jauhkan diri daripada dia… memang aku pun takkan kacau hidup kau lagi. So, sebelum aku buat benda yang lebih teruk pada kau, baik kau jaga saja tunang kau tu baik-baik. Mizan tu aku yang punya. Hanya patut ada seorang gadis saja untuknya… dan itu adalah aku!”

                GILA. Memang aku ternganga, licik benar otaknya. Semua soal hal pertunangan aku dia tahu. Dia pasang pengintip ke?

                Aku bergegas lari. Aku tak sanggup dengar. Bukan aku yang cari kesempatan dengan Mizan. Aku hanya suka tengok perangainya dari jauh saja. Dia baik… tapi sebab dia lah aku dapat musibah ni.

                Perempuan keji…!

                Sekarang aku perlu seseorang… tempat untuk aku bercerita sekarang ni. Dan aku rasa orang itu juga patut tahu tentang cerita ini. Dia hanya mangsa keadaan.

                Jam 11.20 pagi.

                Kaki aku melangkah laju menaiki tangga, menuju ke perpustakaan.



BAB 19


Dengan muka cemberut, aku mendekati dia. dia yang sedang duduk sambil mendengar lagu melalui headphone yang melekap di kepalanya. Matanya yang terpejam terus terbuka luas saat aku memanggil namanya sedikit kuat. Dia memandang aku hairan. Headphone yang menutup telinganya ditarik, biar tergantung di lehernya.

                “Tak masuk kelas?”

                “Cikgu tak ada…”

                Dia mengangguk. “kenapa datang sini?”

                Aku diam. Dia memandang aku hairan.

                “Minta maaf…” dia pelik. Dia yang duduk di kerusi terus berdiri. Menghadap aku yang menunduk di hadapannya sekarang ni. Aku gigit bawah bibir. Macam mana aku nak cakap pada dia ni? Agak-agak… dia marah aku tak? Aku rasa macam marah saja…

                Dia cuba mencari wajahku yang tertunduk dengan pandangan matanya. Dia kemudiannya duduk di atas meja di sebelah kami. Tangannya di silangkan ke dada. Matanya tetap memandang aku.

                “Untuk apa?” dia bertanya.

                “untuk pertunangan kita…” perlahan aku menjawab.

                Dia tetap tenang.

                “Jadi… kenapa?”

                Aku tak tahan lagi. Rasa bersalah.

                “Minta maaf . semua sebab orang. Semua salah orang. Semua sebab orang… dia pula yang jadi mangsa…” aku cakap berserabut. Kemudian dia angguk. Takkanlah aku cakap berserabut dia tak nak minta penjelasan pula?

                “orang tahu fasal tu…” aku mengangkat kepala. Sekali kening aku terangkat. Dia tetap tenang.

                “Orang pergi jumpa budak perempuan tu…” mata aku membulat. Terkejut, okey? Bilanya dia pergi jumpa Marsha? Macam mana dia tahu fasal Marsha?

                Dia turun dari meja. “Dah… bukan salah dia pun. Tak payah nak buat drama sangat. Orang okey aje. Dah benda nak jadi, kan?” matanya yang sedikit layu memandang aku. mata yang aku nampak kecil sahaja. Bahagian dahinya ditutupi rambutnya membuatkan matanya kelihatan kecil, tetapi bersinar cantik.

                “Memang salah orang…” aku mengeluh.

                “Tak baik mengeluh…macam berputus asa saja…” dia menegur.

                Aku mengeluh lagi, “memang salah orang…”

                “Sekali lagi dia cakap macam tu… orang pergi dekat pejabat sekolah, buat announcement cakap… ‘SAYA, IRFAN MUAZ DAH BERTUNANG DENGAN CIK JANNAH!!!’ … nak orang buat macam tu?!” aku telan liur. Bunyi macam mengugut. Tapi muka dia macam sanggup aje buat macam tu. malulah aku nanti… habis satu sekolah tahu!

                Aku geleng kepala. Dia nampak puas hati. “bukan salah dia pun… menyalahkan diri sendiri bukannya jalan penyelesaian. Dah jadi macam ni, kita hadapi saja jalannya… lagipun, ini hanya ikatan pertunangan. Ikatan yang tidak kukuh. Bila-bila masa saja boleh terlerai atau terputus bila kita inginkan yang sebegitu. Bukan seperti ikatan perkahwinan. Ikatan perkahwinan itu ibarat tali yang disimpul mati. Tak mungkin dapat merungkainya. Jika kita tetap inginkan tali itu terungkai juga… hanya ada satu jalan penyelesaian iaitu dengan menggunting tali itu. Dalam erti kata lain, cerai. Tunang hanya sekadar ikatan yang dipersetujui antara dua pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan sebelum mendirikan masjid. Ikatan yang mengatakan bahawa kita serius dalam hubungan ini dan bercita-cita untuk mendirikan masjid bersama suatu hari nanti…

                … jadi, jika salah seorang pihak itu berkata ‘tidak’, samalah macam dah putus tunang. Hanya dengan melafazkan kata seperti, ‘kita putus’, ‘kita tak ada hubungan lagi’, ‘I’m not marrying you…’ sama maksudnya orang itu memutuskan hubungan. As simple as that! Tak serumit hal kahwin… Hmmm… ada faham, cik Jannah?”

                Aku ternganga sedikit. Terkedu? Memang… aku tak sangka dia pandai pula bagi ceramah fasal hal hubungan ni… dia nampak lain. Lain sangat… seolah bukan Irfan pula yang berdiri di depan aku ini. Berbeza kata-katanya… sebelum ni, kata-katanya semua kebudak-budakkan dan merapu belaka. Tapi, sekarang ni dia berkata-kata dengan matang.

                Matang sangatlah budak umur 18 tahun ni!

                “Kalau fasal Marsha tu… tak payahlah parents kita tahu. Nanti orang beritahu yang masalah ni dah selesai dekat mama papa. Diorang tak payah masuk campur soal kita, nanti pandai-pandai lah orang kelentong…” aku angguk. Bertuah punya anak… dia nak tipu parents dia apa?!

                Aku terkejut bila dia dekatkan muka dia dengan muka aku. dia sedikit membongkok. Menyamakan paras kedudukan muka kami. Aku yang lebih pendek, pastinya dia yang harus berbongkok.

                “So… cik Jannah nak berkata ‘tidak’ pada pertunangan ini?” mata aku terkebil-kebil memandang dia. wajah dia yang dekat amat dengan wajah aku.

                ‘…sebelum aku buat benda yang lebih teruk pada kau, baik kau jaga saja tunang kau tu baik-baik. Mizan tu aku yang punya. Hanya patut ada seorang gadis saja untuknya… dan itu adalah aku!...

                Terngiang-ngiang kata Marsha di tepi telinga aku. aku jadi seram sejuk pula. Salah aku mempertikaikan kemampuan dia untuk membuat maruah aku tercalar. Sebelum apa-apa berlaku lebih teruk lagi… aku takkan cari fasal dengan dia lagi, titik!

                Aku yang tertunduk sedikit mengangkat muka. Menentang pandang dengan Irfan. Berani. Dia tersenyum senget. Aku angkat kening sebelah, “no… orang takkan katakan ‘tidak’ pada pertunangan ini. Orang setuju dengan keputusan ayah. Ini semua untuk maruah keluarga…”

                Aku berkata berani. Kemudian terdengar suara dia ketawa halus. Dia jauhkan muka dia dari muka aku.

                “Hmm… ikut suka lah…” dia mengangkat bahunya.

                Aku terfikir semula soal Reen.

                “Kalau Reen tahu macam mana?” aku berkata sendirian.

                “Siapa Reen?” terkejut dengan soalannya. Dia memandang aku dengan muka yang mengharap jawapan.

                Perlu aku beritahu dia? ah… beritahu saja. Ini bersangkutan hal dia juga.

                “Reen. Qasreena. Budak form five juga. Sekelas dengan dia…” dia mengangguk. Aku tanya dia, “kenal ke?” dia angguk lagi. Dia kenal lah tu…

                Aku beritahu terus. “Qasreena minat dekat dia…” muka dia biasa saja. Tak ada tanda terkejut. Kemudian jari telunjuknya menunjuk dadanya sendiri. Kemudian keningnya dijongket ke atas. Isyarat ‘Saya ke?’ . aku anggukkan kepala. Kemudian dia buat muka selanga.

                “So?” perkataan pendek yang keluar dari mulut dia tu membuatkan hati aku jadi panas. Mata aku bulat memandang dia.

                “Apa yang ‘so’ nya? Reen suka dekat dia… kalau Reen tahu yang dia tu tunang orang nanti, mesti dia salah sangka. Hubungan kawan kami akan terjejas…”

                Masih dengan muka selanga nya. Dia memandang aku dengan pandangan tak berperasaan. “Biarlah Reen tu tahu… takkanlah dia nak rebut tunang orang pula, kan? Rasanya lagi bagus dia tahu. Tak adalah dia nak suka dekat orang lagi…” selamba badak dia berkata. Aku ambil buku di rak bersebelahan dan terus pukul lengan dia kuat-kuat. Stupido!

                “orang serius ni!” marahku.

                “Orang pun serius jugak! Sepatutnya kalau Reen tahu fasal ni, mungkin Reen tak suka orang dah lepas tu… untuk kebaikan dia juga, baik dia tumpukan pada pelajaran daripada fikir fasal ni. Periksa pun tak berapa lama lagi dah… kalau ikutkan hati memang sekarang ni orang pun tak pernah terfikir nak bertunang, tahu?” pandai pula dia nak nasihat orang!

                Aku mencebik. Rasa nak saja aku pulas-pulas telinga dia yang sedikit tersembunyi di sebalik rambut panjangnya. Siapa ada gunting dekat sini? Nak pinjam, boleh? Nak gunting rambut mamat rebonding ni!

                “Kalau dah kahwin nanti… orang mintak sangat yang dia potong rambut, tahu?” tanpa sedar aku berkata. Pantas aku menekup mulut. Rasa macam nak bagi pelempang ddekat muka sendiri. Macam manalah boleh cakap tanpa sedar?!

                Aku tengok reaksi dia. mata dia membulat. Mulut dia ternganga sedikit. Wah… dia nampak sangat cantik masa ni…! Lovely boy…

                Kemudian dia gelak sedikit. Aku tahan malu saja. Buat-buat bodoh.

                “As you wish…”              

                Kemudian dia gelak besar. Aku menekup muka.



BAB 20

MIZAN tengok aku. dia senyum kemudian berjalan mendekati . Aku telan liur, teringat kata-kata Marsha. Bukannya aku takut dengan perempuan itu, cuma aku takut yang aku tak dapat halang benda buruk yang dia nak lakukan pada aku. mungkin Irfan juga mangsanya.

                “Jannah, saya…” aku perlu jauhkan diri.

                Aku potong cakap dia. “Mizan, saya nak cepat ni. Saya pergi dulu, ya?” tanpa mendengar kata-kata dia yang selanjutnya, aku berlalu pergi. Berjalan selaju yang mungkin untuk meninggalkan dia. nampak dia macam terasa hati, aku buat ni untuk kebaikan aku dan Irfan juga. Sekarang kami tunang, entah-entah nanti kahwin pula?!

                Aku masih muda… aku gelengkan kepala beberapa kali. Menyedarkan semula diri. Aku tak nak pula Irfan yang tanggung, dia itu dari keluarga berada dan terhormat setahu aku. cuma aku tak pernah bersua muka dengan ibu bapanya. Pasti keluarganya sudah cukup malu dengan hal sebelum ini. Maruah itu perlu dijaga.

                Aku pegang erat buku di tangan. Aku letakkan pada dada. Aku berjalan laju, mahu menuju ke makmal. Sampai di penghujung laluan berbumbung, aku perlu membelok ke kiri.

                Aihhh! Sempat aku menghentikan langkah bila aku hampir terlanggar orang. Aku pula, main jalan menonong aje. Baru aku sedar, Irfan yang berada di depan aku. dengan gaya seperti biasa. Serabai! Dia memandang aku atas bawah. Kemudian dia buat muka selanga. Matanya nampak kecil saja. Mesti dia ni tengah merayau sekarang ni, datang sekolah pagi-pagi lepas tu tidur dekat perpustakaan, merayau dan buat gengster pula!

                “Jumpa moyang pulak…” aku mendengus. Malas nak layan, aku berjalan melepasi di sebelah dia.

                Aku terjerit bila terasa sesuatu yang sejuk mengenai pipi kanan aku. mata aku bulat memandang dia. dia sengih. Sempat pula dia main-main, kemudian dia menggoncangkan sedikit tin minuman Cola di depan mukaku. Tin yang masih sejuk dikenakan lagi pada pipi kiri aku pula. Aku jerit lagi. Aku ambil buku di tangan dan pukul bahu dia. dia buat muka kerek. Kemudian menjelirkan lidah.

                “Hujung minggu ni, parents orang nak jumpa dia…” melurut rahang aku ke bawah.

                Gila aku takut. Tak mahulah… kira macam jumpa bakal mertua lah ni?

                “Tak mahu lah… takut…” aku berkata spontan.

                Dia mengecilkan matanya. “Kena pergi juga. Dah tak pernah jumpa parents orang, kan? Diorang sendiri yang nak jumpa.”

                Kata putus, macam aku tak boleh nak melawan saja.

                Aku nak try juga… “tak nak pergilah, papa…” aku buat muka manja. Serius rasa macam perempuan gatal sekarang ni. Rasa aku ni murah kut! Mengurat tunang sendiri. Geli geleman aku rasa. aku menentang pandang dengan dia. aku cuba buat berani, walhal hati ni… hanya Tuhan saja yang tahu…

                Senyuman dia mengherot.

                “tak boleh lah macam ni, mama… bila papa kata kena pergi, mama kena pergi. kenapa mama tak nak dengar cakap papa?” luruh terus rahang aku. gila lembut dia cakap. macam nak memujuk makwe yang tengah mengamuk saja! menggeletar habis satu badan aku ni. aku cuba buat muka selamba. kemudian aku senyum gedik. aku tak sangka yang aku boleh jadi gedik macam ni, bukan diri aku betul!

                Pandangan mata dia pada aku, membuatkan aku rasa nak tumbuk saja dia. tapi, aku tampar bahu dia perlahan menggunakan buku di tangan aku. buat gaya menggoda. nasib baik lah tak ada orang lalu dekat sini sebab kawasan ni jauh sikit dari bangunan sekolah yang lain. kalau tak, kontroversi satu sekolah!

                “Papa ni… mama tak nak…” yuckss!!! serius ni kali pertama aku cakap segedik ni. Gediks!!!

                Senyuman dia herot lagi.

                “Mama… papa kata, mama kena pergi. papa temankan eh?” dia pun boleh tahan mengada. menyampah gila. dia buat muka gatal depan aku. kalau ikutkan hati memang aku tarik-tarik pipi dia. penyek-penyek hidung dia. lepas tu menjerit dekat dia ; ‘aku tak nak pergilah, lovely boy! jangan buat muka gatal depan aku!!!’

                “Papa ni…! mama nak merajuklah!!!” kalau ayah dengar aku cakap macam ni, mahunya dia pitam.

                Irfan pula buat muka ; ‘Alooo! janganlah…’

                “Please jangan merajuk, ma… papa tak larat pujuk! mama tak sayang papa?”

                Hilang terus senyuman gedik di wajahku. Muka serius muncul. Aku tolak kasar muka dia dengan buku yang aku pegang. main sayang-sayang pula. dia pula boleh buat muka kerek saja. kemudian dia gelak besar.

                Tak sangka aku boleh main ‘mama-papa’ pula dengan dia. gila macam orang bercinta! Tak fasal orang salah sangka nanti.

                Dari tempat aku berdiri, aku memandang ke hadapan. Terkejut besar aku bila ada orang yang berdiri tidak jauh dari kami. Ya, hanya dia seorang. Aku rasa macam nak melurut jatuh ke bawah. Aku menepuk dahi. Entah-entah dia dengar apa yang aku dengan Irfan bualkan. Mujur tak usik fasal hal tunang! Orang itu pula hanya memandang kami. Muka dia nampak terkejut. Gila, aku nampak mata dia berair.

                Irfan yang hairan apabila tumpuan aku tak bertumpu padanya, mengerutkan dahi.

                “Moyang?” aku tak menjawab. Masih lagi terkejut.

                Irfan mengalihkan juga pandangan dia ke belakang. Mengekor arah anak mataku yang memandang. Tak lama kemudian, Irfan juga terkejut. Kalau aku boleh sedut balik apa yang aku cakap, macam vakum… mesti best kan? Aku nak sedut balik semua ayat gedik aku tadi!

                Kalau aku ni tak waras, mahunya aku pergi pada orang itu… aku ketuk kepalanya dengan kayu besar, biar amnesia dan lupa fasal tadi.

                Mata orang itu masih lagi terkejut memandang aku dan Irfan silih berganti. Selang beberapa saat. Langkahnya diatur pergi dari situ. Berlari jauh dari kami. Aku berteriak memanggil namanya. Pasti dia salah faham!!!


“QASREENA! REEN…!!!” dia tak menoleh. Terus berjalan selaju mungkin. Sambil dia berjalan itu, aku lihat bahunya terhinggut-hinggut. Tangannya tak henti-henti mengelap pipinya. Aku mengikut langkahnya.

                “Reen…” aku meraih tangannya. Dia berpaling menghadap aku. tajam matanya memandang aku. dia menepis peganganku.

                “Eh! Aku tak pernah sangka kau macam ni. Tak pernah sangka yang kau berperangai sama macam perempuan murahan. Kau dah couple dengan dia, kan? Okey, aku tak kisah… sebab aku pun takkan ada perasaan dah dekat balak kau tu! … hati aku sakit sebab aku tahu dia tak suka aku balik, tapi hati aku lagi sakit bila kau berpura-pura baik di hadapan aku. kalau kau dah murah sangat, kau pergi join geng Marsha tu!  aku takkan beritahu Asmi, Damia, Erin dan Fasha soal ni. Aku nak diorang tahu sendiri perangai kau. Kalau aku beritahu sendiri, bukannya mereka nak percaya aku pun. Mulai sekarang, kita putus kawan! Aku tak kenal kau, dan kau… jangan pernah cakap dengan aku lagi!”

                Menyesal? Menyesal aku bergurau gedik macam tu dengan Irfan tadi…

                Reen berlalu pergi. Aku melihat Irfan yang berdiri tidak jauh dari kami. Dia dah melihat drama sebabak kami. Muka Irfan juga dipenuhi rasa bersalah.

                Selepas itu, kemudian harinya… Reen dingin. Memandang aku pun tidak. Seolah aku ini musuh nyata baginya! Aku diam tidak menegur, kalau aku menegur dia pun… mahunya hati aku yang tergores. Dia juga sekarang dah tak pernah sebut soal Irfan di depan orang lain. Asmi, Fasha, Damia dan Erin ada juga bertanya soal kami berdua bila kami nampak renggang sangat. Tapi aku hanya berkata, ‘kami biasa saja…’. Reen banyak berdiam diri. Nampak dia lebih mengasingkan diri daripada kami semua. Tidak bergaul, bersembang dan bergurau seperti dulu. Asmi, Damia, Fasha dan Erin pula lebih kerap bersamaku. Tidak bersama Reen.

                Kasihan betul Reen. Dia salah faham. Irfan awalnya rasa bersalah… kemudian dia buat tak tahu saja. Sebab katanya, “biarlah… sekarang ni, dia dah tak minat kat orang lagi. Biarkan dia… tak payah layan sangat perasaan tu. nanti dia okey lah tu.”

                Senangnya dia bercakap? Dia tak faham hati perempuan!!!


                Macam mana caranya untuk aku betulkan keadaan? Susah aku dibuatnya. Namun, lama-kelamaan aku mula biasa dengan cara hidup di asrama tanpa berkomunikasi dengan Reen. Semuanya berjalan seperti biasa sampailah… aku habis menjawab kertas terakhir SPM aku. Reen tetap begitu. aku sudah tidak menjadi seorang warga sekolah lagi. Lagi jarang untuk aku bersua-muka dengan Reen. Hubungan kawan yang terputus begitu saja. 



:. kerek ! macam mana ? komen laaa . . . nanti kalau ada page 'TULIP' tu makannya sambungannya lah ya ? kalau tadak , minta maaf la , saya tak update lagi lah tu . . . 



GADIS CENGENG

5 comments:

  1. best lah citerr niii
    post post post post lagyyy!!!

    ReplyDelete
  2. haha , nanti eden sambung yerrr ...

    ReplyDelete
  3. post la cepat sikit....serbuukkk!!! kakyg xlarat tunggu dah... ahaks..

    ReplyDelete
  4. nak seksa mung duluu ... baru best !

    ReplyDelete
  5. best la dayah! terbaik laa.. ^_^ keep it up!

    ReplyDelete