Popi

akhirnyaaaa ! setelah 3bulan tauuu . baru siap si popi ni . dengan kalut nak pindah sekolah lagiii . semuanya kalutt ,


BAB 31


AKU diam. Apa telinga aku tak salah dengar?
               
               Dia memandang aku dengan mata sedikit mengharap. Aku telan liur. Kesat. Nampaknya aku memang tak bermimpi kali ini… betulkah apa yang dia katakan tadi?

                Baru aku faham… dia tak benarkan aku kerja dekat kafe hari tu… sebab tak nak orang lain dekat dengan aku. samalah macam yang terjadi tadi, aku baru saja kenal lelaki tadi lima minit, dia sudah marah aku semacam. Rupa-rupanya… ini soal hati dan perasaan. Blur jugak aku ni…

                Bila aku baru sedar, aku tertunduk. Terasa kebas habis seluruh wajah! Malu. Tak sangka yang dia akan cakap sebegitu.

                Sewaktu awal pertunangan kami dulu… aku selalu berharap yang pertunangan ini hanya sampai di sekerat jalan. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula rasa ragu dengan hati sendiri… apa aku juga dah mula sayang pada dia? Dengan kenangan yang kami lalui sebelum ni…

                “Dandelion…” perlahan suara dia.

                Hampir saja aku menangis. Entah kenapa rasa hati ini semakin menjadi tidak stabil!

                Apa yang aku harus katakan pada dia sekarang?

                Bippppp! Bipppp!

                Handphone di dalam poket baju kurung bergetar kuat apabila aku hampir saja membuka mulut. Tangan aku selupkan ke dalam poket. Handphone aku keluarkan.

                Nombor yang tak dikenali. Nombor luar negara memandangkan nombornya bermula dengan ‘+44…’.

                Aku pandang dia sebentar. Dia memandang aku dengan  pandangan berharap. Aku tundukkan pandangan pada handphone semula. Aku berpusing ke belakang. Berdiri membelakangi dia. Aku menarik nafas dalam. Butang hijau aku tekan.

                “Assalamualaikum?”

                “Waalaikumussalam… Yana? Abang ni…” suara abang Faris. Aku pusing belakang sedikit. Dia sedang tenung aku. Aku telan liur.

                “Abang Faris… ada apa?” serba salah aku bercakap. Sebolehnya aku perlahan suara, tak nak dia dengar apa yang aku cakapkan dengan Faris. Aku berjalan ke hadapan, melangkah beberapa tapak. Menjauhkan diri sedikit daripada dia.

                Aku gigit bibir bawah apabila dia sudah berada betul-betul di belakang aku.

                “Yana ni… dengar suara macam tak nak sembang dengan abang saja…”

                Dia sudah berada di sebelah aku. walaupun aku tak buka loudspeaker, rasanya dia boleh juga dengar suara Faris di telefon.

                “Bukan macam tu… Yana sibuk ni. Hari ni kenduri pak su, kan…” aku jeling dia di sebelah dengan rasa sedikit gugup. Dia biasa sahaja. Cuma riak wajahnya serius sekarang.

                “Hmmm… okey, alasan diterima. Abang ingatkan Yana rindu dekat abang. Tapi, bila dengar suara Yana, kedengarannya macam tak aja…” suara Faris seperti berjauh hati pula. Aku tarik nafas dalam. Aku jeling dia di sebelah. Agak-agaknya… apa yang aku nak cakap pada Faris sekarang ni? Selalunya kalau dia cakap soal rindu sebelum ni, memang aku selalu balas… ‘iya… Yana pun rindu abang!’

                Entah kenapa aku tak sanggup pula nak berkata begitu sekarang ni.

                “Hmmm…” aku menggumam sahaja.

                “Yana… walaupun dah berbulan abang dekat sini, tetap teringat dekat Malaysia. Itulah siapa suruh cantik sangat. Abang tak boleh lupa Yana tau! Rindu gila!” aku terkejut apabila Faris berkata dengan suara yang dikuatkan sedikit. Aku memejamkan mata. Aku boleh rasa api kemarahan yang berada di sebelah aku. Tiba-tiba, dia rentap handphone aku. terbuka luas mata aku yang tadinya terpejam.

               Dia tayangkan handphone aku betul-betul di hadapan muka aku. dengan mata yang memerah, bibir yang diketap kuat, dia menekan butang merah. Kemudian dia letakkan semula handphone di telapak tangan aku. Aku takut sangat… takut melihat wajah dia yang sudah memerah.

                “You, already have me… I’m your fiancĂ©, my dearest…” aku memejamkan mata. Meskipun dia bercakap dengan perlahan sekali, namun kata-katanya bagaikan menusuk masuk ke dalam hati aku. Keras kata-katanya.

                Berair mata aku.

                “Orang tak nak berharap… tolong, tolong beritahu orang yang… apa yang dia cakapkan pada orang tadi tu, tak betul?” suara aku separuh merayu.

                Dia memandang aku.

                “Even kita dah tunang, kita tak tahu apa yang akan berlaku, kan?” air mata aku jatuh.

                “Memang kita dah tunang. Kita juga memang tak tahu apa yang akan berlaku. Tapi, orang memang sayang dia, bukan orang lain… tunang sendiri. Orang tak tahu apa perasaan dia pada orang, tapi orang cuma nak dia tahu… orang memang sayang dia. dah lama orang sayang dia, sebelum kita tunang lagi…”

                Aku sesak nafas.

                Bibir diketap kuat.

                “My dandelion…”

                Aku pejam mata.

                “Please…?”

                Aku hembus nafas perlahan-lahan.

                “Kenapa dia suka panggil orang, ‘dandelion’?” entah kenapa soalan itu pula yang terpacul dari mulut aku. mungkin sekadar ingin menutup rasa gelora di dalam hati.

                Dia kerutkan dahi.

                “Perlukah jawab soalan tu, sekarang ni?”

                Aku angguk laju.

                “Sebab dah orang nak panggil. Ikut suka oranglah…” dia buat muka serius. Macam tak suka saja bila aku tiba-tiba tanya soalan yang entah apa-apa pula pada masa-masa macam ni.

                Aku kerutkan dahi. Nak tutup rasa gentar di hati, aku buat-buat tak faham. Padahal masih terngiang-ngiang di telinga aku dengan apa yang dia cakap sebelum ni.

                “Itu saja?” aku menyoal dalam pada menutup rasa gentar.

                “Nak tahu apa lagi?”

                Aku diam kembali. Otak mula berfikir. Apa semua yang dia katakan tadi, betul? Apa dia memang sayang aku? Dia memang anggap aku sebagai tunangnya?

                “Orang tak minta dia, untuk sayang orang balik… cukup untuk dia tahu, yang orang sayang dekat dia.”

                Apa aku mimpi ya sekarang ni? Apa betul yang berada di hadapan aku sekarang ni, yang segak berbaju Melayu hitam ini… ialah Irfan Muaz? Langsung tak serupa dengan perangai dia. Aku cubit peha sedikit kuat. Sakit, maknanya aku tak mimpi…

                “Dan…”

                Kening aku terangkat.

                “… jangan main manja-manja sangat dengan ‘tunang palsu’ dia tu. Orang tak suka…” tunang palsu? Aku pejamkan mata sambil gigit bibir bawah. Tunang palsu… Faris! Dia cemburu, ya? mendengarkan kata-katanya hari ni, membuatkan aku sengih sampai ke telinga sepanjang hari. Kata Awin, seri wajahku mengalahkan seri wajah pak su dan mak su. Aku rasa bahagia sangat… nampaknya aku mula sayang dia. Tak salah, kan? Tunang sendiri…





BAB 32

MALAMNYA, ayah ajak aku dan Irfan balik Selangor. Kami menurut saja walaupun hati aku rasa berat pula nak tinggalkan kampung. Bertolak selepas maghrib, sampai Selangor lewat malam. Ayah tergesa-gesa nak balik sebab ayah ada kelas dengan students ayah esok pagi.

                Aku keluar dari bilik aku. mulut yang terbuka luas menguap, aku tutup dengan telapak tangan. Tangan aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dengan rambut berserabai, aku turun tangga ke bawah.

                Mendengar suara lelaki-lelaki bersembang di dapur, membuatkan aku hairan sekejap. Satu suara itu… suara ayah. Tapi, suara yang lagi satu… suara siapa?

                Aku jenguk kepala ke bawah.

                Membulat mata aku melihat Irfan ada di dalam rumah ini. Dia berjalan ke ruang tamu. Aku memegang kepala. Alamak!!! Aku tak pakai tudung.

                Aku berlari naik ke atas, malangnya tersembam pada tiga anak tangga terakhir. Sakitnya!!!

                “Jannah?”

                Suara dia? Tak, dia tak boleh datang sini. Mendengarkan derap langkah kakinya yang mendekati anak tangga pertama, membuatkan aku terburu-buru merangkak naik. Aku sempat lari masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci. Habis terlupa pada lutut aku yang sedikit luka.

                Aku menepuk dahi. Terlupa pula pada dia… semalam aku keluar dari kereta dalam keadaan mamai. Tapi aku dapat dengar juga perbualan ayah dan dia.

                “Irfan, malam ni kamu tidur sini, ya? Sebab dah lewat malam sangat ni…

                “Okeylah kalau macam tu, pak cik…

                Stupido, Jannah! Lain kali, pakai tudung, ya?

                Handphone aku bergetar di atas katil. Aku yang duduk bersandar di belakang pintu bilik, cepat-cepat bangun. Menuju ke katil.

                Ada mesej dari Asmi. Baru saja masuk tadi…

                Jannah… heading to your house! Five minutes lagi aku sampai…

                Membulat mata aku melihat mesej Asmi. Dia nak datang rumah aku? tak ada masalah… tapi, sekarang Irfan ada di rumah aku!!!

                Why?

                Pendek mesej aku. Biarlah… selang tiga puluh saat, ada mesej masuk lagi.

                Kau tanya ‘why’? aku dah bagitahu kau semalam, kan? Kau sendiri yang kata ‘okey’!

                Aku sendiri yang kata okey? Aku buka inbox. Semalam aku ada mesej dengan Asmi ke? Tangan aku laju menekan inbox. Memang ada Asmi hantar mesej dekat aku semalam. Dalam pukul sepuluh malam. Rasanya aku masih dalam kereta dengan ayah dan Irfan. Rasanya juga… aku tengah sedap hati tidur nyenyak, ya…

                “Apa yang Asmi mesej aku semalam?” aku menggumam sendiri.

                Aku buka mesej Asmi semalam. Bermula daripada yang bawah sekali. Mesej yang awal-awal dia hantar pada aku.

                Jannah… kau dah balik sini, kan? Sorry tak dapat join kenduri pak su kau.

                Parents aku tak ada dekat rumah sekarang ni. Cuma ada Anith dengan bibik aku saja…

                Aku boring tau. Esok pagi boleh tak aku lepak rumah kau?

                Seriously…?! Betul ke boleh…?

                Esok sharp pukul lapan aku ada depan rumah kau eh?

                Hah? Apa yang aku balas dekat dia sebenarnya? Entah bila aku balas mesej dia pun aku tak ingat… tangan laju menekan ‘Sent Items’.

                Ada aku hantar dekat Asmi semalam. Pukul sepuluh setengah.

                Boleh… akut okeyjjhss kjaa.
                Entah apa yang aku tulis ni? Tapi, aku boleh faham juga apa yang aku tulis. Tanpa sedar, lima minit dah berlalu. Aku dengar bunyi deruman enjin kereta di luar rumah. Aku menjenguk dari tingkap bilik. Asmi sudah sampai!!!

                Aku cepat-cepat memakai tudung. Berlari turun ke bawah. Aku intai bahagian tempat makan. Ayah yang sudah siap memakai kemeja dan tali leher bersama Irfan yang duduk di meja makan. Mereka bersarapan tanpa aku… ahhh, itu pula yang aku nak kisahkan sekarang ni!

                Pintu aku buka bila ada yang mengetuknya.

                “Assalamualaikum…!” ceria wajah Asmi.

                Apa aku nak buat sekarang ni. Takkan nak bagi dia masuk dalam rumah… nanti apa pula yang dia fikir bila Irfan ada sekali…

                “Eh, Asmi!” ayah berada di belakang aku. Siap dengan membimbit beg kerjanya.

                “Assalamualaikum, pak cik!” riang Asmi menyapa ayah. Ayah tersenyum. Ayah melepasi aku, keluar dari rumah.

                “Waalaikumussalam… bagus jugak kamu datang. Pak cik nak pergi universiti ni. Ada kelas… takut pula nak tinggal Jannah dengan seorang lagi tu, nanti apa pulak jiran-jiran cakap, kan?”  ayah senyum, kemudian terus berjalan ke keretanya yang tersadai di garaj.

                Asmi kerut dahi. Pasti dia dah hairan. Kami berdua hanya melihat saja kereta ayah yang sudah hilang bayangnya. Laju ayah memandu, mahu cepat katanya…

                “Ehemm… kau tak nak jemput aku masuk ke?”

                Haaa… macam mana ni, nak jemput masuk… atau tak?!

                “Eh, apa kata kita pergi dekat taman depan tu kejap?” sudahlah aku tak mandi lagi pagi ni! Lantaklah… main belasah saja! Asalkan dia tak tahu yang Irfan ada di dalam rumah ni. Aku tarik pintu biar sedikit tertutup.

                “Tak naklah… taman tu basah lagi lah. Air embun…” Asmi sudah mahu melangkah masuk ke dalam rumah.

                Please… tolonglah!!!

                “Dandelion… siapa yang datang tu?” pintu yang tadinya aku tutup sedikit, terbuka luas.

                Melopong terus Asmi bila tengok dia betul-betul di hadapan pintu. Mata Asmi tak berkelip memandang dia yang selamba saja berdiri di depan kami. Aku menepuk dahi. Memang tak boleh buat apa dah… memang aku bakal kena ambush dengan Asmi!

                “Asmi rupanya…” dia senyum pada Asmi. Kemudian dia melangkah ke dapur. Meninggalkan kami berdua di depan pintu rumah.

                Asmi yang masih terkejut terus memandang aku.

                “Itu… itu… itu bukan ke Irfan Muaz, abang hot form six tu?!!!” Asmi sudah membulatkan matanya. Aku telan liur. Err… macam mana aku nak jelaskan, ya?

                “And… what the heck with ‘DANDELION’?!” aku gigit bibir bawah. Rasanya dia dah salah faham kut soal panggilan Irfan pada aku…

                Aku sengih kambing. Aku tak tahu macam mana nak terangkan.

                “I need you to explain me, now!” Asmi sudah tautkan kening dia.



BAB 33

“WHAT? Tunang kau?!”

                Ini yang aku malas mahu cerita dengan Asmi. Mulalah nak acting over.

                “Kau ni… perlahan lah sikit suara tu… dia ada kat bilik abang aku tu,” aku tampar perlahan peha dia. Dia pula dengan muka yang masih terkejut, dah buat over lagi.

                “Kau… bila kau tunang dengan dia?”

                “Ada dalam dua tiga bulan lepas…” aku cuba mengingat kembali.

                Asmi memuncung. “Menyampah tau! Tunang sampai dua tiga bulan dah… tapi baru sekarang aku tahu, itu pun secara tak sengaja. Kalau aku tak datang rumah kau pagi ni, memang aku tak tahu sampai bila-bila lah, kan?!”

                “Asmi…” dia dah buat muka merajuk.

                Kemudian dia kerutkan dahi pula. Jari telunjuk diletakkan di bawah bibirnya.

                “Tapi… macam mana kau boleh tunang dengan dia? Dia pula… siap boleh datang rumah kau lagi. Breakfast sekali dengan ayah kau… ini memang pelik!”                

                “Itu yang aku nak cerita tu… tapi, hal tunang ni 
hanya keluarga kami berdua saja yang tahu. Hanya aku, dia, ayah, parents dia… abang aku sendiri pun tak tahu.”

                Aku pun mulalah bercerita. Memang sudah terang bersuluh, si pesalah juga dah mengaku… memang Marsha puncanya. Sakit hati aku dengan dia… Asmi pula dah buat over setiap kali aku cerita apa yang berlaku.

                “Kan aku dah kata… kau jangan cari fasal dengan perempuan tu!”

                “Aku tak cari fasal apa pun… tiba-tiba saja semua ni jadi…”

                Asmi mendengus.

                “Kesian dekat kau… kena tunang dengan dia pula…”

                Kesian? Aku pun tak tahu… awal pertunangan dulu memang aku kesiankan diri aku sendiri. entah, selepas balik dari kampung semalam… hati aku berbunga-bunga. Aku rasa bahagia saja. Masih terngiang-ngiang kata-katanya sewaktu kenduri pak su kelmarin. Aku tersenyum sendiri.

                “Kau ni… muka tak macam orang sedih langsung! Ataupun… kau suka dekat si Irfan tu?”

                Aku baru sedar.

                “Ma… mana ada!”

                “Hmmm… aku dah agak… kau memang suka dekat dia. Siapa yang tak suka dekat si hensem tu???” aku tergelak pula. “Tapi… kalau hal ni kecoh dekat sekolah, aku rasa mesti ramai budak perempuan yang akan datang serang kau kemudian tarik-tarik rambut kau! Kemudian muka kau pulak yang dicakar-cakar…” erk? Aku pegang rambut aku. rambut aku bakal ditarik-tarik. Muka aku pun akan dicakar-cakar…?

                “Tapi… Reen tahu tak fasal ni?”

                Aku baru teringat! Soal Reen…

                Perlahan aku gelengkan kepala.

                “Kalau dia tahu… memang habislah kau!”

                Aku mengeluh, “memang dah habis dah pun…”

                Asmi kerut dahi. “Apa maksudnya?”

                “Dia salah faham… dia ingatkan aku ni couple Irfan. 
Lepas tu terus dia tak kawan aku.”

                “Hah, patutlah sebelum SPM hari tu perangai dia 
semacam saja… rupanya ada yang tak kena antara kau dan dia. Aku, Fasha, Damia dengan Erin pun pelik. Dia pun semacam tak nak duduk lepak macam dulu dah. Sepanjang lepas SPM ni, aku memang dah tak dengar langsung fasal dia. entah hilang ke mana pun aku tak tahu…”

                “Hmmm, kau tak payah fikir fasal Reen tu… cinta monyet saja. Nanti dia lupa lah tu…”

                Aku diam.

                “Tapi… sebab cinta monyet si Marsha tu jugaklah 
aku kena tunang tau… malu aku dengan ayah dan parents dia.”

                “Sudahlah… kau fokus saja pada tunang kau yang hensem gilosss tu! kalau kau tak jaga dia elok-elok, jangan marah kalau aku masuk line, ya?!”

                Sabar sajalah dengan si Asmi…




BAB 34

ALHAMDULILLAH, berbulan-bulan aku tunggu. Dapat juga… aku tengok lagi sampul besar berwarna coklat itu di tangan aku. bahagia sangat hati aku sekarang ni. Keputusan SPM aku sebelum ni, cemerlang. Penat aku hadiri banyak temu duga ke sana ke sini… akhirnya aku dapat juga yang satu ini.



Miss Nurjannah Arianna Afizuddin.

Dear Miss Afizuddin,

Thank you for interest in The University of Birmingham. I am delighted to offer you an unconditional place on the above full time-award. Please confirm your acceptance of this offer by completing and returning the enclosed acceptance form to us as soon as possible.


                Membaca awal surat itu saja, aku sudah melompat gembira. Maknanya aku akan terbang ke UK?! Melonjak kegembiraan hati aku sekarang ni. School of medical.

                Handphone di dalam beg aku keluarkan. Nombor ayah aku dail laju.

                Tutt… tutt…

                Tak berjawab. Mungkin ayah di dalam kelas sekarang ni. Nombor abang pula aku dail. Biarlah kalau makan prepaid aku banyak sekalipun… asalkan aku dapat telefon abang yang jauh di Australia.

                “Helo? Abang!!!” aku menjerit suka bila terdengar suara abang menyapa di hujung talian.

                “Ya Allah, budak ni… menjerit pula! Sakit telinga orang…” aku tergelak. ?” abang mengomel di hujung talian. Aku pula, dengan telefon di telinga sudah terkinja-kinja lagak beruk di hadapan pejabat ni.

                “Abang! Jannah akan terbang…!”

                Terdengar tawa abang di hujung talian. “Terbang? 
Belakang Jannah tumbuh sayap ke?”

                “Merapu! Mana ada tumbuh sayap! Maksud Jannah, Jannah akan sambung belajarlah! Jannah diterima masuk ke University of Birmingham, UK!” abang terdiam sebentar di hujung talian.

                “England?”

                “Haah…”

                “Wahhhhhh! Hebatnyaaaa!” adoiii… pekak telinga 
aku dengar abang menjerit! Excited dia mengalahkan aku.

                Tawa abang terhenti.

                “Tapi…” ehhh? Kenapa pulak abang ni?

                “Jauhlah… sampai hati Jannah nak tinggal abang?” ewahhhh! Soalan dia… tersentuhlah jugak!

                “Macamlah abang tak pernah tinggalkan Jannah? Yang abang tinggal Jannah tiga tahun pergi Melbourne tu?”

                Terdengar suara abang gelak. Kuat sangat gelaknya. Sakit benar telinga aku.

                “Tapi abang dah nak balik Malaysia hujung bulan depan. Kiranya Jannah nak balas dendam lah ni?” abang buat suara sedih. Aku akan mengikuti kelas persediaan mulai minggu depan selama sebulan setengah di Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kalau abang balik hujung bulan depan, maknanya aku sudah terbang ke UK.

                “Memang dah confirm nak pergi sana? Tak nak tunggu yang lain lagi?”

                “Tak kut. Memang dah tunggu tawaran ni lama dah… course medic!”

                “Hmmm… kalau macam tu, semoga berjaya menjadi seorang doktor, ya?” aku tersengih lebar mendengar kata-kata abang. Aku berjalan ke pinggir jalan, menahan teksi. Aku membolos masuk ke dalam. Mahu balik rumah sekarang? Ayah tak ada… bosan. Tak sabar pula mahu beritahu ayah.

                Aku tengok phone book.

                Sengal.

                Lelaki yang istimewa dalam hati aku. Aku tersenyum sendiri. Aku beritahu pak cik teksi, ke taman tasik Shah Alam. Jari jemari aku laju menaip mesej.

                Org tnggu kat taman tasik, please datang!

                Dia tunang aku. tunang yang aku sayang… dia harus tahu juga soal aku. walaupun kebelakangan ni, dia asyik diamkan diri dia saja. Tak macam sebelum ni, sebelum ni… dia rajin contact aku. sekarang dah tak selalu sangat. Aku rindu pula dengan dia. Dia yang bersikap sengal dan nakal! Tapi sekarang dia macam dingin sikit. Aku sendiri tak faham.

                “Harap-harap dia datang…” aku senyum sendiri.
                Aku keluar dari teksi setelah selesai membayar tambang. Jam 10.25 pagi. Aku berjalan ke bangku-bangku yang tersedia. Berhadapan dengan tasik.

                Angin yang sedikit kuat pagi ini, membuatkan aku meletakkan tangan pada dada. Tangan yang diletakkan di atas tudung untuk mengelakkan tudung aku terangkat ditiup angin. Aku duduk menunggu.

                “Dandelion…”

                Aku pusing belakang. Tak ada sesiapa?

                “Dandelion…”

                Sudah… aku terlalu ingatkan dia sampai terngiang-ngiang suara dia di hujung telinga. Aku tersenyum sendiri. Melihatkan gambar dia di dada skrin handphone, membuatkan senyuman aku melebar. Dia comel sangat! Memang aku tak sangka yang aku akan sayangkan tunang sendiri.

                Ralit teringatkan dia, aku tak sedar yang jam sudah 
menunjukkan jam 11.55 pagi. Langit yang redup kelihatan.

                Apa dia takkan datang? Atau dia tak baca mesej aku?

                Nombor dia, aku tekan laju.

                Tak berjawab.




BAB 35

LOCENG aku tekan buat kali ketiga. Kemudian kelihatan seorang perempuan terkocoh-kocoh keluar dari pintu utama. Aku kenal perempuan itu. Perempuan itu tersenyum ke arahku. Manis senyumannya meskipun wajahnya telah dimamah usia.

                “Assalamualaikum, Kak Yah!” kataku sedikit kuat. 
Dia menjawab sambil berjalan untuk membuka pagar besar.

                “Jannah datang ni… nak cari siapa?”

                Dahiku berkerut sedikit. Ini baru kali ketiga aku datang sini. Sepanjang aku datang sini, apa aku pernah cari orang lain?

                “Cari Irfan… alang-alang nak jumpa Auntie Ain…”

                Dahi Kak Yah pula yang berkerut. Takkanlah Kak Yah dah tak kenal majikan dia sendiri…?

                “Irfan tak ada dekat rumah, ya?” kening aku sedikit terangkat. Pandangan aku alihkan kepada pak cik teksi yang sudah sepuluh minit menunggu. Habislah… meter naik, makan duit aku!

                Kak Yah memandang aku pelik. Kenapa dia nak tengok aku macam tu? Dia pun sedia maklum yang aku ni, tunang kepada anak majikan dia… Aku angkat kening tinggi. Mata aku dibesarkan sedikit.

                “Jannah tak tahu lagi ke?”

                “Tahu apa, kak?”

                “Keluarga Tuan Haikal dah berpindah. Banglo ni dah tak berpenghuni sejak tiga hari lepas. Ini pun, petang sikit akak dah nak balik kampung akak dekat Perlis. Kiranya akak dah tak kerja sini lagi dah…”

                Terdiam.

                “Mereka pindah ke mana, kak?” cepat aku bertanya.

                “Seingat akak, ke luar negara. Tapi akak tak ingat nama tempat tu… tapi negara omputih lah, tak salah akak.” aku angguk kepala. Sedia maklum dengan Kak yah yang agak pelupa orangnya.

                “Kiranya mereka keluar dari rumah ni tiga hari lepas ya?” perlahan aku bertanya.

                “Sebenarnya Tuan Haikal dengan Puan Marina dah lama ke luar negara atas urusan kerja. Tapi atas sebab tertentu yang akak sendiri pun tak tau, mereka minta Irfan ke sana. Alih-alih pula, Irfan cakap yang dia dan keluarga dia nak menetap dekat sana. Soal banglo ni, peguam keluarga mereka yan uruskan. Akak pula nampaknya memang kena berhenti kerja juga…” mata aku berair sedikit. Aku ingat lagi, tiga hari lepas Irfan ada menelefon aku. Seronok saja dia bersembang dengan aku. Dia tak cakap langsung soal pindah rumah.

                “akak terkejut juga bila Jannah tanya akak fasal Irfan dan Puan Ain. Pelik pula kenapa Jannah tak tahu… padahal saudara-mara mereka semua tahu fasal hal ni,” muka aku dah berubah. Aku memang tak boleh kawal ekspresi muka aku sekarang ni.

                Aku mencapai tangan Kak Yah. Pantas aku mencium tangan Kak Yah.

                “Tak apalah Kak Yah… Jannah nak balik dah ni. Terima kasih sebab bagitahu Jannah fasal ni, ya?” aku memeluk Kak Yah. Kak Yah menepuk bahu aku. Aku menahan air mata. Kak Yah seperti faham perasaan aku. Iyalah… katanya aku ni tunang, dan bakal masuk ke dalam keluarga mereka, tapi soal ini pun aku tak diberitahu.

                Berpindah… ke luar negara? Wah… sangat hebat, ya? Aku yang tunangannya ini pun tak tahu apa langsung! Agaknya, apa ayah tahu fasal mereka? Hati aku bagai dirobek-robek!

                Aku bergegas masuk semula ke dalam teksi. Sebaik sahaja bayangan banglo milik keluarga dia tidak kelihatan pada pandangan mata aku lagi, air mata aku jatuh. Aku menekup mulut. Menahan esakan. Sakit? Ya.

                Dia tinggalkan aku… tanpa sebarang pesanan.

                Sakit hati aku. Malah maruah aku juga seperti tercalar, seolah dipermainkan.

                Tunang hanya sekadar ikatan yang dipersetujui antara dua pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan sebelum mendirikan masjid. Ikatan yang mengatakan bahawa kita serius dalam hubungan ini dan bercita-cita untuk mendirikan masjid bersama suatu hari nanti…

                Tanpa pesanan, kiranya janji itu sudah dikhianati. Tunang… kiranya keluarga mereka serius. Tapi, mereka seolah membiarkan hubungan keluarga ini tergantung.

                Tanpa pesanan…


“JANNAH?”

                Aku baru tersedar. Mata aku memandang ayah.

                “Tak elok mengelamun depan rezeki tu… makan,”aku angguk lemah.

                Sakit kepala aku. Makan malam di hadapan langsung aku tak jamah. Tak ada selera. Agaknya lah kan… ayah tahu soal mereka, tak? Apa aku perlu beritahu ayah?

                “Jannah… nanti tolong bacakan yaasin, ya?”

                Aku memandang ayah tanpa perasaan. Aku perasaan yang riak wajah ayah sedikit lain. Tanpa banyak tanya aku angguk saja meskipun aku tak tahu untuk siapa harus aku bacakan. Selepas ayah balik kerja tadi, aku ada terdengar yang ayah bercakap telefon dengan seseorang. Yang aku dengar dari mulut ayah…

                ‘Innalillah…’

                Tak tahu siapa yang ditimpa musibah. Aku jadi longlai. Tak ada rasa untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya…

                “Jannah kenyang… naik atas dulu ya, yah…” aku bangun dari kerusi. Ayah pandang aku semacam. Kaki aku melangkah longlai memanjat tangga.

                Sebaik aku masuk ke dalam bilik, aku terpandangkan bingkai gambar ibu yang berada di tepi meja solek. Ibu yang tak pernah aku tengok dengan mata aku sendiri. Ibu di dalam gambar tersenyum cantik. Putih melepak wajahnya. Pipi yang kemerahan, mata yang sedikit sepet. Aku melangkah ke meja solek. Aku tiup sedikit bingkai gambar ibu yang sedikit berhabuk.

                Kemudian, aku tarik laci meja solek.

                Kotak baldu berwarna mera yang sebesar genggaman tangan aku, membuatkan air mata aku jatuh. Kotak itu aku capai kemudian kubuka. Melihatkan sebentuk cincin di dalam kotak itu membuatkan aku menangis bersama esakan yang agak kuat.

                Cincin pertunangan aku.

                Kotak itu aku tutup semula. Mata aku tepat pada wajah ibu yang tersenyum di dalam gambar.
               

Ibu… anak ibu patah hati. Anak ibu memang bodoh, kan? Terlalu cepat mengharap, terlalu cepat untuk sayangkan seseorang yang tak dijamin akan menemani untuk hayat yang selanjutnya. Meskipun dia cakap yang dia sayang dekat anak ibu ni, dia tetap tinggalkan anak ibu, kan?

Aku nak kongsi berita gembira siang tadi dengan dia,  tapi dia pula hilang entah ke mana. Nombor telefonnya pula sudah tiada dalam servis. Maknanya, dia dah tukar nombor telefon. Dia pindah ke mana pun aku tak tahu. Nombor telefon Auntie Ain juga begitu, tiada dalam servis. Nampaknya mereka memang betul-betul dah pergi.

Orang cuma tak nak orang lain dekat dengan dia! Orang tak nak…! Orang sayang dia…!!! Itu pun tak faham ke?!

Nampaknya, dia tipu fasal tu…

                Dia hilang ke mana pun aku tak tahu, apa perlu aku beritahu dia yang aku hendak ke mana nanti? Tidak perlu, aku rasa… mungkin dia takkan kisah fasal aku. Buktinya, dia tinggalkan aku. Kalau dengan jaminan yan dia akan kembali semula, aku pasti akan tunggu. Tapi…

                Aku mengesat air mata.

                Kalau ayah tak tahu soal mereka lagi… biarlah, nanti ayah akan tahu sendiri. Aku dah tak larat fikir soal ini. Kiranya, aku dan dia dah berakhir.

                Jannah… fikir soal masa depan kau. Lupakan dia. Dia dah tinggalkan kau. Peluang itu sangat tipis untuk jumpa dia semula.

                Hari Selasa ini, aku perlu bersedia untuk daftar diri di UniKL untuk kelas persediaan sebelum berlepas ke UK. Aku perlu bersemangat. Semua ini untuk cita-cita aku!





BAB 36


                “Adik!” aku tersenyum melihat abang yang kalut menolak troli bagasinya ke arah aku. Malu juga bila ada orang di KLIA ini melihat ragam abang yang terkinja-kinja seronok lagak beruk.

                “Abang…!” aku pantas mencium tangan abang. Tubuh aku dipeluknya.

                “Haaa… rindunya!”

                Abang melepaskan pelukan. Wajah aku ditenungnya.

                “Kenapa muka macam… semacam saja?”

                Nampaknya bedak yang aku tempek tebal di bawah mata tak berkesan, ya?

                “Apa yang semacamnya?”

                Abang dah pandang semacam dengan mata aku yang sedikit membengkak. Kebelakangan ini, aku susah untuk tidur. Banyak perkara yang ada di dalam fikiran aku. Susah untuk aku lupakan. Hati aku masih tak terubat. Mungkin akan ambil masa yang lama…

                “Tak cukup tidur lah tu! Kalau excited nak pergi oversea pun, tidur kena cukup!” aku senyum saja bila abang usap lembut kepala aku. Senyuman abang manis sahaja. Siap berlesung pipit di pipi kiri. Sama macam dia.

                Abang… bila Jannah pandang abang, Jannah teringatkan dia. Dia…

                Plap!

                “Hah… melengung! Teringatkan buah hati?” hati aku dipagut sayu.

                Aku buat macam tak dengar saja kata-kata abang. Malas nak layan perasaan. Aku dah tak nak fikir fasal dia. Dia dah pergi dari kehidupan aku. Buat masa sekarang aku nak lupa semua hal ni, walaupun aku tahu… suatu hari nanti kami semua akan bincang semula soal ini. Cincin pertunangan masih di tangan aku.

                “Abang… Jannah lapar… jom makan?” aku buat muka comel. Harapkan yang abang tak ungkit soal ‘buah hati’. Semuanya akan ingatkan aku pada dia. Abang sendiri pun tak tahu yang adik dia ni, dah jadi tunang orang. Tapi, dikhianati…?

                “Makan banyak! Nanti gemuk, tau?” hidung aku ditarik.

                “Gemuk sikit, saja!”

                Di dalam teksi, aku bertanya.

                “Abang dah dapat promotion kerja?”

                “Dah dapat dah… tunggu nak lapor diri saja… abang kan hebat, mesti la dapat kerja cepat. Tak hensem la kalau graduan fresh menganggur, eh?” abang angkat kening. Nak tunjuk yang dia tu dah hebat sangat! Aku buat gaya menyampah.

                “Iyalah tu…”


DULU.

                “Kadettttt, sedia!” aku rasa macam nak menangis. Kenapalah aku boleh terlibat dengan kem ala-ala tentera ni? Habis burn muka aku nanti!

                “Kadet! Saya kata sedia!” aku tersentak. Semua mata memandang aku, Asmi di sebelah dah buat gaya mulut ; ‘Ikut arahan…!’

                Aku baru sedar. Hanya aku yang masih berdiri santai. Sarjan di hadapan memandang aku dengan mata yang memerah. Wajahnya menyinga. Pantas saja aku ubah cara aku berdiri. Di bawah terik matahari, aku mengecilkan mata. Habis terbakarlah muka aku nanti! Sekarang ni pun dah rasa pedih-pedih kulit aku ni.

                “Turun sepuluh!” hah?

                Semua yang berada di dalam baris tak turun sepuluh pun. Tapi semua mata tertumpu pada aku.

                “Yang di belakang tu, saya kata turun sepuluh!” aku ke? Cepat-cepat aku turun meniarap di atas tar. Telapak tangan aku tekapkan di atas tar. Pumping!!!

                Push-up tak naik-naik. Aku tetap dalam keadaan sama. Apa ingat senang nak push-up macam lelaki? Aku ni perempuan tau! Sakit habis tangan aku. Badan tak naik-naik. Rasa mata aku sedikit berair. Sakit…

                Ingat aku nak sangat masuk kem ni? Tiba-tiba saja 
unit kem ni datang ke sekolah. Selama tiga hari dua malam mereka tukarkan sekolah menjadi pusat latihan tentera! Dalam masa tiga hari, aku boleh pengsan. Waktu kawad kelmarin pun, aku dah pitam tengah dataran. Aku memang tak tahan lasak. Nak atau tak… kena masuk juga sebab penyertaan wajib bagi satu sekolah.

                Bagi setiap tingkatan, aka nada satu pengkhususan aktiviti bagi pertunjukan waktu acara penutupan. Untuk tingkatan lima, kami semua akan buat PC. Pertolongan Cemas. Setakat rawat luka, tolong orang… aku tak ada hal. Tapi, kami kena kawad juga. Siap makan malam di tengah padang lagi! Makan di medan perang…!

                “Sudah… cukup!” aku bangun dan berdiri. Telapak tangan aku berasa ngilu.

                “Bila saya beri arahan, wajib patuh!” sarjan menjerit di hadapan aku.

                Terketar-ketar lutut aku. Apalah objektif mereka adakan kem begini? Menyiksa jiwa aku saja.

                “Faham…  tuan!” aku takut untuk menjawab, tapi aku jawab juga.

                “Saya tak dengar!!!” marahnya.

                “Faham tuan!!!” aku menjerit geram.

                “Bagus…” sarjan nampak puas hati. Dengan muka bengis dia tu…


               

BAB 37

“PERTOLONGAN cemasss!” aku dan beberapa orang yang lain berlari masuk ke kawasan kejadian. Mencari mangsa. Mangsa-mangsa semuanya daripada aktiviti war game. PC perlu membantu mereka yang ‘tercedera’ selepas perlawanan paintball tadi.

                Aku jadi blank. Tadi waktu masuk ke dalam kawasan kejadian, aku main lari saja. Ikut semua arahan tapi sekarang ni… siapa yang aku nak selamatkan? Aku tengok Asmi sudah pun duduk di sisi Abang Qie, pelajar tingkatan 6 yang kononnya tercedera. Lincah sahaja tangan Asmi merawat.

                “Yang kamu tercegat kenapa? Itu ada mangsa yang tak terawat lagi!” sarjan sudah menjerit pada aku. Mana mangsa yang tak terawat lagi? Disebabkan kena marah, aku pantas melulu ke arah seorang lelaki yang bersandar di bawah pokok. Kononnya sedang mengerang kesakitan.

                “Alahai… dalam banyak-banyak orang, kenapa asyik aku sahaja yang kena marah?” sempat aku mengomel sambil aku berlari.

                Aku pantas sahaja duduk di tepi mangsa. Tangan laju membuka peti pertolongan cemas. Tetapi disebabkan aku kalut sangat, habis terkeluar botol-botol ubat dan kit balutan yang lain. Aku tepuk dahi. Cuai!

                “Hai… moyang? Boleh buat elok-elok sikit?” mangsa di sebelah dah bising. Baru aku perasan yang mangsa aku ialah tunang sendiri!

                Membuatkan darah aku menggelegak! Aku buka kain tiga segi. Mahu aku balut tangan dia yang patah, kononnya!

                “Bersandar pada pokok tu elok-elok!” marahku. Dia mencebik, tetapi arahan aku dia ikut juga.

                Tangan dia diletakkan pada dada. Dekat dengan jantung. Aku angkat sedikit tangan dia, dan letakkan kain tiga segi di bawah tangannya. Kedua hujung kain itu aku bawa ke belakang lehernya kemudian aku ikat kemas.

                “Aaaa… sakit!!!” dia menjerit mengada. Mulut dia muncungkan pada kaki dia yang tercedera. Aku keluarkan kain baru, letakkan di bawah kaki dia. Bila aku mahu ikat, mulut dia mula nak kompelin macam-macam.

                “Aishh… salah ikat macam tu!”

                “Ikat jenis apa ni? Tak kemas. Nampak serabai…”

                “Aaaa! Janganlah ikat kuat sangat… sakit tau!”

                “Macam manalah nak jadi doktor? Suruh balut kaki pun tak pandai!”

                Aku ambil kain itu, aku kibas-kibaskan pada badan dia dengan kuat. Dia mengaduh sakit. Mahu sangat cari fasal dengan aku, ya? Rasakan!!!

                “Tengoklah nanti… kalau orang jadi doktor, orang nak balut dia macam mumia!!!” geram sangat! Aku cubit peha dia.

                “Aduhhhh! Daripada tak tercedera, terus cedera pula! Baik tak payah jadi PC! Nak jadi doktor pun tak lepas…” dia memuncung sambil mengusap peha.

                “Tengoklah… nanti orang jadi doktor, tau!”

                “Iyalah tu…”

                Sarjan di tengah padang sudah menjerit. “Take 5! Sekejap lagi kita mula sekali lagi latihan tadi!” lega! Aku terduduk di sebelah dia. Penat. Pening kepala. Dari pagi kawad, kemudian teruskan dengan latihan simulasi kebakaran. Sambung pula dengan latihan pertolongan cemas.

                “Ambilkan air…” dia buat muka comel. Aku tak layan. Tak ada maknanya aku nak berebut-rebut dengan orang lain yang seronok main tolak-tolak untuk dapatkan sebotol air mineral.

                “Pergilah ambil sendiri…”

                “Ambilkan lah… please…”

                Aku bangun juga bila dia dah menggedik sakan, buat manja sangat…

                Selangkah… dua langkah…

                Pandangan mata jadi kabur. Terasa kaki melayang. Terasa badan terhempas jatuh. Semuanya menjadi kabur.

                “Nurjannah!” siapa?

                Terasa kepala aku dipangku di atas riba seseorang. Pipiku ditampar-tampar perlahan.

                “Jannah!” suara Asmi?

                Terasa tubuh aku diangkat. Tetapi aku tak boleh melihat. Pandangan kabur. Satu bayangan pun aku tak nampak. Kemudian, semuanya menjadi gelap.



SAKIT kepala. Terasa bagai kepala aku dicucuk-cucuk dengan jarum halus. Perlahan aku membuka mata. Semuanya nampak putih saja. Cepat-cepat aku bangun. Aku berada di bilik rawatan sekolah.

                “Jannah… kau dah okey? Baringlah dulu… rehat,” aku lihat di sebelah kanan, Erin dan Damia ada bersama aku. Asmi pula berada di tepi pintu bilik ini sambil bersandar pada dinding. Damia mencapai segelas air, kemudian dihulurkan kepada aku.

                “Apa yang jadi tadi?” serak suara aku bertanya.

                “Kau pitam tadi… tak tahan panas lah tu…” Asmi mendekati katil kemudian tangannya diletakkan pada dahi aku. Sakit kepala lagi. Pening…

                “Sorry, kalau bukan sebab orang suruh dia tadi… mesti dia tak jadi macam ni…” ada satu suara di dalam bilik ini. Aku mengalih pandang, melihat dia yang berdiri di belakang Asmi. Bila masa dia masuk dalam bilik ni?

                “Hmmm… awalnya aku ingat kau pengsan sebab ada orang apa-apakan kau, baru saja aku nak patahkan leher dia…” Asmi menjeling dia. Dia buat tak tahu saja.

                Erin dan Damia dah gelak sakan. Pandangan mata mereka bersama senyuman penuh makna. Kebas habis muka aku!




BAB 38

TIBA-tiba saja aku boleh teringat balik fasal dia. Semuanya dah lepas… Atas kejadian kecil macam tu, dapat mengubah rasa hati aku. Sebab itu aku nak jadi doktor. Entah kenapa…

                Aku lihat skrin handphone. Gambar aku dan dia di Mid-valley. Gambar muka poyo dia dengan muka terkejut aku.

                Alangkah bagusnya kalau aku boleh putar semula masa…

                Sudahlah… daripada aku asyik sangat ingatkan dia, baik aku bersiap. Pukul lapan aku perlu ke UniKL. Daftar diri di sana untuk kelas persediaan. Aku bingkas bangun dari katil. Berlari masuk ke dalam bilik air selepas mencapai tuala yang tersangkut di bidai kecil di tepi almari.

                Selesai mandi, aku mengeluarkan baju kurung kain kapas berwarna kuning cair dari dalam almari. Selendang yang berwarna senada juga aku keluarkan. Akuberdiri di hadapan cermin meja solek. Dengan mata yang sedikit bengkak, aku nampak tak ada seri langsung! Bedak ditempek tebal sedikit di bawah mata. Bagi mengurangkan kesan hitam yang menampakkan wajah aku tidak bermaya.

                Yakin, Jannah!



PENAT. Penat menunggu bas. Berpeluh-peluh. Keadaan di perhentian menunggu ini juga masih sesak. Kebanyakan yang menunggu di sini, hampir kesemuanya yang ada di dalam bilik pendaftaran tadi. Memandangkan perhentian ini di hadapan universiti…

                Tak ada seorang pun yang aku kenal. Kebanyakan mereka riuh bersembang sambil menunggu bas.

                “Eh, macam kenal saja…” ada seorang lelaki menegur aku. Ini mesti mamat gatal! Tiba-tiba sahaja main tegur.

                “Sombongnya…” lelaki yang berdiri disebelah aku ini mengomel bila aku buat tak layan. Lelaki yang berwajah manis dengan senyuman, berkulit cerah dan berkaca mata berbingkai tebal sedikit.

                Aku buat-buat batuk. “Waalaikumussalam…”

                Dia ketawa. “Okey… kena perli.” Kemudian dia memberi salam penuh pada aku. Siap dengan ‘wabarakatuh…!’ lagi. Aku pun menjawab penuh dengan nada jengkel. Bilalah bas nak sampai? Tak kuasa aku nak melayan mamat gatal sebelah aku ni.

                “Jannah… serius ni, kau tak ingat aku ke?” berkerut dahi aku mendengar apa yang keluar dari mulut dia.

                Jannah? Tadi dia panggil aku, ‘Jannah’?

                Aku pandang muka dia. Dia ketawa.

                “Memang sah kau tak kenal aku dah… amboi, tak sampai setahun kita tak jumpa, aku ni dah lupus dari ingatan kau?” baru kali ini aku senyum. Senyum terkejut.

                “Faiz!!! Kau rupanya…!” baru aku ingat bila aku amati waja dia betul-betul.

                “Ingatkan kau lupa terus…” dia mencebik.

                Teruk sangat hati aku sekarang ni, sampai orang sekeliling pun aku tak kenal. Terlupa terus. Faiz, kawan sekelas aku masa tingkatan lima… sekali dengan Asmi, Fasha dan Damia. Faiz yang kecoh dalam kelas. Happy sangat kelas kami kalau dia ada. Kesian pulak dekat Faiz, aku ingat mamat gatal mana yang cuba nak kacau aku.

                “Aku ingatlah… takkan aku nak lupa terus. Sorry sebab tak dapat cam muka kau awal-awal tadi…” aku sengih.

                Faiz mencebik. “Kau mesti fikir yang aku ni, lelaki gatal yang cuba-cuba nak mengurat kau, kan?” hah, betul sangatlah tu. Pandai pula dia teka.

                “Kau buat apa dekat sini? Ambil kursus jugak ke?” aku alihkan topik.

                Faiz menggeleng. “Aku teman sepupu aku datang 
sini daftar saja. Itu sepupu aku…” dia menunjukkan kea rah seorang gadis yang memakai tudung litup berwarna merah jambu yang sedang asyik berborak dengan kawan-kawannya.  Cantik orangnya.

                “Aku ingatkan kau nak sambung kursus dekat sini…”

                “Mana ada. Sepupu aku yang nak ambil medic. Kiranya nanti dia dengan kau sekali ke UK.” Aku sengih saja. Angguk. Rasa macam nak pergi berkenalan dengan sepupu Faiz tu. Tapi dia tengah seronok saja berborak dengan kawan-kawan dia. Malas aku nak ganggu pulak. Nanti-nantilah aku pergi berkenalan.

                “Kau sambung mana nanti?” aku tanya Faiz.

                Faiz gelak. “Aku dah nak fly pergi German. Dua minggu lagi.”

                “Waahhh… hebatnya kau. Engineering?”

                Dia angguk.

                “Tak apalah… aku nak balik dulu. Nanti bila buat reunion kau balik Malaysia tau!” Faiz senyum. Aku sengih saja. InsyaAllah.

                Faiz sudah pergi memanggil sepupunya. Aku pula sudah elok menahan teksi. Elok saja aku masuk ke dalam perut teksi, “Plaza Alam Sentral.” Aku berkata.

                Aku lihat mesej Asmi yang aku terima sebelum aku masuk ke dalam perut teksi tadi. Asmi mengajak aku untuk berjumpa di sana. Asmi yang sekarang ini tengah cuti semester. Asmi sejak bulan dua hari tu sudah menjadi mahasiswi Universiti Teknologi Petronas (UTP). Aku sudah jarang melepak dengan dia.

                Elok aku keluar dari teksi yang berhenti di hadapan Quality Hotel, aku boleh nampak Asmi yang duduk sambil melambai pada aku di meja makan gerai BigMug di seberang jalan. Selesai membuat pembayaran, aku melintas jalan.

                Asmi yang duduk, terus bangun apabila aku sampai dihadapannya. Dipeluk aku kuat.

                “Aku rindu gila dekat kau!” Asmi menjerit suka.

                Aku tampar perlahan belakang dia. Malu dekat orang ramai yang ada di gerai ini juga.

                “Aku pun rindu kau…” aku sengih. “Ini kita nak 
makan dulu, ya?”

                “Kita makan kejap lagi. Aku duduk minum saja di sini sementara tunggu kau. Kita pergi jalan-jalan dulu…” aku angguk. Melihatkan air epal dalam mug besar Asmi yang tinggal separuh, nampak sangat dia dah tunggu aku lama sikit.

                Asmi kemudian pandang aku semacam.

                “Mana tunang a.k.a bodyguard kesayangan kau tu? Selalunya semua tempat kau pergi, dia mengekor sekali. Tak nampak batang hidung dia pula hari ni… dah la berbulan aku tak jumpa kau orang…” Asmi sengih.

                Hati aku sudah jadi semacam bila isu ‘dia’ pula diungkit. Aku ketap bibir. Tahan, Jannah… jangan biar Asmi tahu.

                “Aku terus dari UniKL tadi, aku pergi seorang saja…” aku jawab hendak tak hendak. Senyum pahit.

                Asmi nampak buat muka tak puas hati. “Dia biar kau pergi seorang? Bukannya nak tolong hantarkan kau!” aku dah tak tahan dengar Asmi sebut fasal dia.

                “Ehh! Aku dah lama cari beg pattern tu, jom pergi tengok!” aku terus tarik tangan Asmi ke arah kedai yang berada di hadapan kami.

                Asmi terkial-kial mencapai beg galasnya yang diletakkan di atas kerusi.

                “Iya… sabar kejap, aku tak bayar lagi duit minum aku!”



“YANG ini cantiklah…” aku pandang nak tak nak saja pada wintercoat yang Asmi tunjukkan pada aku. Apa punya taste lah Asmi ni. Semua yang dia tunjukkan tadi semua pattern orang tua. Mana sesuai dengan aku. Kalau dia tunjuk yang pattern muda pula, muda sangat! Macam budak-budak sangat pun ada. Aku mencebik pada wintercoat hotpink yang ada di tangan dia.

                “Kenapa kau tak beli dekat sana saja… nak cari wintercoat kat sini susah nak tengok yang cantik-cantik sikit.” Asmi sudah membebel.

                “Aku mana ada wintercoat lagi. Nanti aku pergi sana masa autumn. Kira aku beli prepare satu. Senang nanti tak adalah aku freezing dekat sana…” aku membelek wintercoat berwarna maroon yang tergantung.

                Asmi sibuk melayan handphone dia pula bila aku lagi sibuk nak memilih wintercoat.

                Handphone aku berdering. Cepat-cepat aku keluarkan dari beg. Belum sempat aku jawab, handphone dah berhenti berdering. Ayah missed call.

                Melihatkan wallapaper di dada skrin handphone, aku hampir menangis lagi. Aku tahan. Ya Allah… sakitnya hati aku. Hampir pula aku teresak-esak. Air mata sudah jatuh di pipi. Cepat-cepat aku kesat. Asmi yang ralit dengan handphone tak sedar. Aku kerdipkan mata berkali-kali. Mangawal emosi aku. Kalau ikutkan hati, memang mahu saja aku meraung dekat sini. Aku perasan yang tuan kedai tu dah tengok aku semacam.

                Aku alihkan pandang pada luar kedai. Disebalik dinding kaca kedai, aku terlihat kelibat seseorang. Seorang lelaki yang sedang berjalan dengan kawannya.

                Bibir aku terketar. Hati aku sentap. Mata aku tepat ke arahnya, tapi dia tak sedar yang aku sedang memandangnya. Hanya asyik bersembang dengan kawannya. Mata aku tak lepas memandang dia.

                Kaki aku atur langkah laju. Mahu keluar dari kedai. Aku berjalan laju melepasi Asmi yang sedang duduk di sofa yang tersedia di dalam kedai. Asmi yang terkejut, terus bangun. Memandang aku dengan pandangan hairan.

                Aku keluar dari kedai, menerpa terus ke arah dia yang berjalan membelakangi aku.

                “Irfan…? Irfan…?!” aku panggil.

                Dia tak berpaling. Seperti tidak sedar yang aku sedang memanggil dia. Asyik sahaja dia bercakap-cakap dengan kawan lelakinya.

                “Irfan…!!!” aku sedikit terjerit.

                Langkahnya terhenti. Kawan yang disebelahnya sudah memandang aku pelik.

                Dia berpaling.



BAB 39

                “Err… awak panggil saya, ke?” dia?

                Bukan. Aku tersalah orang.

                “Min… minta maaf, ya?” aku berkata gagap. Orang yang aku sangkakan dia itu mengangguk kemudian 
tersenyum pada aku. Lalu dia dan kawannya berjalan meninggalkan aku.

                Ya Allah… apa nak jadi dengan aku ni?

                Aku terduduk di situ. Di tengah laluan orang ramai. Air mata mengalir selaju yang boleh.Teresak-esak aku di situ.

                Asmi yang baru keluar dari kedai tadi, terus menerpa ke arah aku yang sedang duduk sambil menangis di tengah-tengah laluan itu. Ada orang yang lalu-lalang memandang aku pelik semacam. Aku dah tak peduli.

                “Ya Allah… Jannah? Kenapa ni?” Asmi menarik tubuh aku supaya bangun berdiri. Aku masih menangis. Seperti tadi. Asmi mengesat air mata di pipi aku. Dia memandang aku simpati. Pandangan mata Asmi penuh dengan tanda tanya. Pasti dia hairan, tadinya aku okey saja bersembang dengan dia, sekarang aku sudah menangis teresak-esak.

                “Jannah… kenapa ni?” Asmi bertanya apabila aku sudah membasuh muka di sinki tandas awam.  Asmi dari tadi hanya sabar melayan aku yang menangis tak sudah. Dia membawa aku ke tandas daripada aku menangis di tengah laluan orang ramai.

                Aku menggelengkan kepala. Air mata aku jatuh lagi.


“KAU panggil nama dia tadi…” Asmi pandang aku tepat. Aku buat tak pandang dia. Hanya fokuskan pandangan mata aku pada gelas jus oren di hadapan aku.

                Suasana kafe yang tenang dengan hiasan taman inggeris sedikit menenangkan aku.

                “Ada sesuatu yang tak kena dengan dia?” Asmi tanya lagi.

                Aku menentang pandang dengan Asmi. “Tak ada apa…”

                “Bohong…” Asmi kerutkan dahi, “kau panggil nama dia berulang kali. Hakikatnya orang yang kau panggil tadi tu bukan dia. Aku nampak semua yang jadi tadi… semuanya mesti ada kaitan dengan dia. Apa yang jadi pada dia? Apa yang dia dah buat dengan kau? Dia dekat mana sekarang ni…?”

                Aku hampir menangis lagi. Aku tahan. “Asmi, sudah…! Aku dah tak nak fikir. Salah aku jugak, terlalu cepat mengharap. Sekarang, dia dah tinggalkan aku…”

                “Salah aku fikir soal sayang, cinta masa usia mentah.” Aku tergelak sendiri. Gelak pahit.

                “Jannah… Tuhan nak duga. Kita sendiri tak tahu, kan?” Asmi menenangkan aku.

                “Dia dah pindah Asmi. Ke luar negara. Tempatnya pun aku tak tahu. Aku baru dapat tahu hari tu, itupun lepas dia dan keluarga dia dah kosongkan banglo dia orang…”

                Asmi memegang tanganku. “Dia dan keluarga dia 
tak patut buat macam tu. Kau orang kan tunang? Ayah kau tahu fasal ni?” aku mengangkat bahu. Berkemungkinan ayah tahu fasal mereka, berkemungkinan juga ayah tak tahu. Kiranya hubungan tunang ini tergantung tanpa kata putus.

                Tercalar pula maruah aku sebagai perempuan. Keluarga tunangan aku seperti bermain-main saja soal hal kami. Tak serius. Apa mungkin apa yang Irfan katakana dengan aku sebelum ini pun, dia hanya main-main?

                Buktinya… dia tinggalkan aku.

                “Asmi…” aku panggil perlahan.

                “Kenapa?”

                “Aku nak tukar sim,” nombor telefon perlu ditukar. Biar dia tak dapat hubungi aku lagi. Entah dia mahu atau tidak untuk hubungi aku…

                “Untuk apa…?” Asmi hairan.

                Aku senyum pahit.

                “Aku tak mahu dia tahu nombor aku…”

                Asmi angguk sekali.

                “Ini yang kau nak fly ke UK, dia tahu tak?”

                Aku tersenyum pahit. Nak tahu macam mana? Elok aku mahu beritahu, dia pula hilang entah ke mana. Seperti dia yang meniup aku, yang dikatakan ‘dandelion’nya, jauh terbang ditiup angin… biar aku jauh dari dia.

                “Kalau dia tak tahu, itu mungkin lebih baik…”

                “Habis tu… yang ini?” Asmi menggoyangkan handphone aku yang entah bila ada di tangannya. Terpampang jelas wallpaper di dada skrin telefon.

                Hampir saja aku menangis lagi. Aku tekupkan telapak tangan pada mulut.

                “Kau memang bercadang tak nak lupakan ya?”

                Asmi tersenyum pada aku. “Aku tak sangka langsung yang dia akan menyebabkan kau jadi macam ni…”

                Ya, aku sendiri pun tak sangka. Orang yang aku tak suka dulu, yang suka hati dia saja main conteng meja aku, yang suka hati kacau aku setiap masa… boleh buat hidup aku, hati aku jadi tak tentu arah sekarang ni.



BEG bagasi yang berada di tengah ruang bilik aku pandang sepi. Tak ada rasa nak kemas semua barang-barang aku. Sekejap saja masa berlalu. Rabu ini aku akan tinggalkan Malaysia. Semuanya sekejap sangat! Sampai aku sendiri tak sedar yang aku sudah bazirkan masa dengan menangis untuk dia sepanjang masa sebelum ini.

                Memang aku ini sudah jadi tipikal remaja yang putus cinta, ya?

                Aku bangun dari katil. Kemudian duduk di atas lantai, di sebelah bagasi besar. Baju yang sudah sedia terlipat di sebelah beg, aku ambil dan masukkan ke dalamnya.

                Tuk! Tuk!

                Aku pandang sepi pada pintu bilik aku yang diketuk dari luar.

                “Pintu tak berkunci pun… masuklah…” sama ada ayah atau abang, aku tak tahu. Biarlah… aku malas sangat sekarang ni.

                Pintu dikuak dari luar. “Jannah…”

                Wajah ayah muncul di pintu. Bersama senyuman. Ayah melangkah masuk ke dalam bilik aku, menghampiri lalu duduk di sebelah aku di atas lantai. Aku senyum pahit. Entah kenapa aku rasa tak bermaya sangat.

                “Barang semua dah ada, kan? Dah tengok checklist?” aku angguk mendengar pertanyaan ayah. Aku angguk saja tanpa memandang wajah ayah. tangan aku pula bergerak memasukkan barang-barang lain ke dalam bagasi.

                “Jannah…” aku diam. Tangan masih bergerak.

                “Jannah…” aku diam juga. Muka yang aku tundukkan dari tadi juga aku tak angkat. Tetap tunduk memandang barang-barang aku yang sedikit berselerak di tepi bagasi.

                “Kenapa dengan Jannah ni?” ayah mengeluh. Aku tetap diam. Malas mahu menjawab.

                Ayah memegang bahuku lembut. “Jannah tak suka sambung belajar ke? Nak ayah kahwinkan terus?” ayah cuba berlawak. Ayah ketawa. Tapi aku langsung tak.

                Nak kahwin? Dengan siapa? Tunang sendiri pun hilang entah ke mana!

                “Nurjannah…”

                Ayah memandang wajah aku. Aku cuba buat muka selamba. Muka yang tak beriak langsung. Aku betul-betul malas untuk bercakap sekarang ni. Buat sakit hati saja…

                “Sudah-sudahlah layan perasaan tu… Irfan ada sebab dia yang tersendiri…” mendengarkan kata-kata ayah, mata aku membulat. Terlepas pegangan aku pada baju kurung yang aku lipat. Bahu aku sudah melurut jatuh. Muka yang dari tadi aku kawal, terus berubah. Nafas aku tarik dalam-dalam. Muka ayah seperti biasa.

                “Ayah… tahu?”

                Ayah diam… kemudian menjawab, “takkanlah ayah tak tahu. Irfan sendiri yang beritahu ayah. Kalau dia tak beritahu apa-apa dan cuma hilangkan diri macam tu saja, ayah sendiri yang akan marah. Marah sebab dia seolah dah mainkan perasaan anak ayah, tercalarlah maruah keluarga kita sebab dia tu tunang Jannah, tahu?”

                Senangnya ayah bercakap. Ayah tahu fasal ni, tapi ayah tak beritahu aku… sanggup pula ayah tengok aku yang asyik menangis saja sebab si dia tu! Yang dia pula, boleh pula dia beritahu ayah bilanya keluarga dia pindah. Kenapa dia tak beritahu aku? Sukalah dia biarkan aku macam orang bodoh tercari-cari dia dekat banglo keluarganya?

                “Dia ada sebab… keluarga dia takkan main-main dengan keluarga kita. Mereka serius. Cuma… mereka ada masalah mereka sendiri…”

                Susah aku nak terima.

                “Ayah… tolonglah… Jannah dah tak larat nak fikir fasal ni.” Ayah memandang aku pelik. Aku hampir menangis.

                “Jannah dah tak nak fikir fasal dia… keluarga dia…” aku menangis lagi.

                “Jannah tak tahu keluarganya di mana sekarang ni, kan?” aku geleng.

                “Mereka dah ke…”

                “Jannah tak nak tahu, yah… malas nak berharap… seeloknya ayah tak perlu beritahu…” aku senyum pahit.

                Aku pandang wajah ayah, “kalau fasal Jannah nak ke UK ni, ayah tak perlu beritahu diorang, ya?”

                Ayah diam.

                “Ayah… Jannah dah tak kisah fasal hal tunang tu. Kalau ada jodoh, insyaAllah ada… kan? Kalau tak ada, memang rugilah berharap. Kalau Jannah tahu di mana mereka berada sekarang, negara apa, negeri mana… nanti hanya akan ganggu perasaan Jannah saja. Jannah dah malas sangat nak fikir, ayah. Kalau boleh, Jannah memang tak nak langsung contact dengan dia ataupun keluarga dia, sebab tu Jannah tukar simcard. Jannah tak mahu fikir sama ada mereka serius atau tak, yang penting hati Jannah tak terganggu,”

                “Mereka beritahu ayah sebelum mereka pergi, tapi kenapa ayah tak beritahu Jannah?”

                Ayah senyum pahit. “Sebab masa tu Jannah tengah temuduga kolej. Ayah tak nak semua yang ayah beritahu ni akan ganggu Jannah…”

                Aku senyum. “Jadi, Jannah harap yang ayah takkan buat Jannah terganggu juga sekarang ni, jangan beritahu Jannah apa-apa tentang mereka lagi. Dan jangan beritahu mereka tentang Jannah… biarlah, mereka tak perlu tahu.”


               

BAB 40

“SEDIA?” aku angguk. Kemudian aku terus peluk ayah. Menangis.

                Tadi bukan main angguk lagi. Tapi menangis pula?

                “Eii… tak padan umur 19, menangis-nangis dekat ayah pulak!” aku mencebik. Abang menjelirkan lidahnya. Mengejek aku. Lagi kuat aku menangis sampailah ayah tepuk perlahan bahu aku, “malulah… orang tengok. Menangis macam budak kecil pula.”

                Asmi yang setia berdiri di sebelah Farha, tergelak bila tengok muka aku.

                Ayah memeriksa bagasi-bagasi yang berada di troli. Memastikan tak ada yang tertinggal. Mak long dan pak long ralit bersembang berdua.

                “Kak Yana nanti dah sampai sana, jaga diri tau. Kirim salam dekat along. Jangan layan sangat perangai gatal along tu nanti…” Farha memesan. Aku hanya senyum. Mujur, aku satu universiti dengan Faris. Cuma bidang kami lain. Mak long sudah pesan pada Faris supaya jagakan aku. Ayah pun dah tak risau. Cerita Farha, waktu mak long beritahu Faris yang aku mahu ke UK, bukan main lagi dia excited. Entahlah boleh percaya atau tidak si Farha ni…

                “Jannah…” Asmi memegang bahu aku. Entah, aku jadi sebak sangat!

                Aku terus memeluk Asmi. Sedih pula nak berpisah dengan dia. “Jannah… petang ni aku dah nak balik Tronoh. Kau jaga diri tau. Jangan lupa contact aku selalu. Nanti kau tangkap gambar dekat sana banyak-banyak, pos dekat aku!” Asmi tersengih.

                “Aku akan selalu sokong kau…” Asmi berbisik di telinga aku. Aku senyum sahaja. Tak mahu cakap apa-apa. Sebab kalau aku bercakap nanti, mahunya aku meraung!

                Selesai berpeluk dengan Asmi, abang pula 
memelukku. “Adik abang yang busuk dan manja…” mendengar ayat pertamanya sahaja, terus aku pukul perlahan belakang badannya.

                “Aduhh… garangnya singa ni…” abang gelak. Aku senyum saja. Masih dalam pelukan abang. “Jaga diri… duduk dekat negara orang bukan senang, tau. Jannah kena sabar. Nanti jangan bawak balik adik ipar abang mat saleh pulak. Abang nak yang Malaysian saja, tau!” aku senyum pahit. Memang abang tak tahu langsung fasal Irfan dan keluarganya. Nampaknya ayah juga macam tak nak abang tahu.

                Selesai bersalaman, aku menggalas beg sandang. Beg-beg bagasi sudah selamat masuk ke dalam perut kapal terbang selepas check-in tadi.

                Aku sempat menjeling skrin handphone.

                Senyuman dia. Berlesung pipit di pipi kiri.

                Biarpun aku cakap yang aku tak nak fikir dah fasal pertunangan kami, aku tetap akan ingat dia.

                Kaki aku terus melangkah. Adakalanya berhenti sebentar, kepala aku yang berpaling memandang ahli keluarga yang sedang melambai pada aku.

                “Selamat tinggal…” perlahan. Ucapan yang lebih kepada diri sendiri.

                Selamat tinggal, ayah. Selamat tinggal, abang. Selamat tinggal, Asmi. Selamat tinggal, segala kenangan bersama Irfan.

                Aku senyum. Bersama air mata yang sudah jatuh, aku melangkah menuruni escalator.



“WELCOME to London…” melihatkan senyuman Faris, hati aku sedikit ceria.

                “Abang!” dia mengambil troli bagasi dari tangan aku. Kemudian menolaknya menuju ke pintu keluar utama Lapangan Terbang Heathrow. Elok sahaja pintu utama itu terbuka secara automatik, angin malam bumi England terasa menampar kuat pipi aku. Aku memeluk tubuh. Malam yang sejuk memandangkan sekarang ini sudah pertengahan musim luruh.

                “Wear your coat… nanti sejuk sangat, takut Yana tak tahan.” Faris berhenti sekejap. Kemudian dia mengambil coat yang tersangkut di lengan aku dari tadi, diletakkan diatas bahu aku.

                “Jom… teksi dah tunggu tu…” aku senyum sahaja.

                “Malam ni kita tidur hotel sini dulu… esok kita bertolak pergi Birmingham, ya? Sekarang dah lewat malam sangat…” apa saja yang Faris cakap, semua aku angguk sahaja. Sebabnya aku sendiri tak tahu Kota London ini bagaimana. Mana boleh suka-suka nak buat keputusan sendiri.

                “Abang happy sangat dapat jumpa Yana.” Faris memulakan perbualan sebaik teksi yang kami naiki ini sudah bergerak meninggalkan Lapangan Terbang Heathrow.

                Aku senyum. “Iya ke abang happy? Entah-entah sebab nak ceriakan hati Yana saja…”

                “Mestilah! Abang dah lama tunggu Yana, tahu?” senyuman Faris sukar untuk aku tafsir sekarang.

                Faris mengeluarkan sesuatu dari poket jaket kulitnya. Jam tangan aku dulu… yang pernah aku beri pada dia waktu kami di rumah tokwan dulu. Aku senyum. Aku masih tak lupa apa yang aku katakan pada Faris. Nampaknya Faris juga tak lupa…

                Dia hulurkan jam tangan itu pada aku. Aku ambil kemudian pakaikan di pergelangan tangan kiri. Kiranya aku dah tuntut jam aku semula.

                “Cantik Yana pakai tudung ni…” ya… hari ini memang aku pakai tudung yang pernah Faris beri pada aku dulu. Hadiah yang Faris beri semasa aku beri jam tangan pada dia. Secara kebetulan pula, aku tak sedar yang aku boleh pakai tudung yang dia beri ni.

                “Tengoklah siapa yang bagi, kan?” aku mencemik.

                Faris tergelak.

                Kemudian dia senyum… lagi.

                “Mama abang suruh abang jagakan Yana…”

                Aku diam, kemudian aku senyum. Aku tahu itu… mak long dah beritahu awal-awal.

                Faris memandang aku.

                “Yana… sudi?”

                “Sudi untuk apa?”

                “Untuk abang jaga Yana…” senyum lagi.

                Dalam kesamaran lampu daripada jalan, aku nampak samar-samar wajah Faris. Aku tak terlalu bodoh untuk baca hati dan perasaan Faris pada aku. Semuanya jelas sangat. Ayat Faris tadi begitu mendalam. Apa aku perlu berhenti mengharap?

                “Abang… Yana…”

   tak rasa yang popi ni macam boring sikit . ehh , komen ??             

2 comments: