Tulip

bismillah ,

Alhamdulillah . . . habis jugak si Tulip ni ! untuk siapa-siapa yang duk tertunggu-tunggu , ini dia . . . anda sangat lah dialu-alukan , ya ? sekali aku harung tulis , buh terus 10 bab ! kalau fasal sambungan si tulip ni . . . tatau la bila boleh sambung . sebabnya , saya ni budak asrama ya sayang ! saya kena balik asrama . lagipun , form4 bukan tahun honeymoon keyy ! harap sabar yaa . . . apa-apa pun enjoy TULIP , ya ?

please , komen ! ! !



BAB 21

Beberapa bulan kemudian…

“Nak belajar kereta?!” suara dia meninggi sedikit. Aku buat isyarat suruh dia perlahankan suaranya. Ini tempat awam… menyesal pula ikut dia keluar hari ni. Sebab aku bosan di rumah, aku minta izin ayah mahu keluar. Ayah benarkan kerana ayah juga tiada di rumah. Kerja. Bergema sedikit Mid-valley megamall ni dengan suara dia.

                “Salah ke?” aku menjongket kening sebelah. Kenapa dia nak marah pula, ya? ayah pun dah benarkan aku. cuma aku belum berdaftar di pusat latihan memandu lagi. Aku hanya suka-suka memberitahu dia. dia pula… nak marah?

                “Tak eloklah perempuan bawa kereta…” jawapan kuno!

                “Jangan nak perkecilkan kaum hawa, okey? Jawapan yang dah basi. Kalau dekat zaman 80-an mungkin dia boleh cakap macam tu, sekarang ni perempuan boleh buat apa saja. Bukan setakat kereta, kapal terbang mahupun jet pejuang pun boleh!” geram pula aku dengan dia. tadi aku tak ada topik nak sembang dengan dia, saja aku sebut fasal rancangan aku untuk belajar memandu. Nak pula, dia marah aku sekarang?

                Mentang-mentang dia dah belajar awal daripada aku… sebelum ni pun, dia ke sekolah dengan motosikal tau? Bajet macho! Tokwan aku lagi macho, tau?!

                “Menjawab saja kerja dia…”

                Aku mencebik. “memanglah. Hak orang perlu dipertahankan… lagipun, dia tu siapa nak halang orang? Orang nak masuk jugak kelas memandu.”

                “Orang tunang dia, tahu? Orang berhak halang…”

                “Eleh… setakat tunang…! Orang masih di bawah jagaan ayah. Ayah yang beri kebenaran.” Aku menjelir lidah. Kemudian melencong masuk ke dalam kedai F’r Gifts. Kedai cenderahati. Semua barang dia comel-comel. Irfan pula dari luar kedai mengikut langkah aku masuk ke dalam. Muka dia kelat. Tak suka masuk kedai perempuan lah tu!

                Aku tengok keychain bertali yang tergantung banyak-banyak. Kalau gantung dekat handphone, mesti comel!

                Dia berdiri sebelah aku. kemudian dia mendengus. Diambil salah satu keychain yang tergantung di situ. Kemudian dihulurkan pada aku.

                “ni… muka macam dia…” aku tengok keychain binatang yang dia hulurkan pada aku. Muka macam aku?

                Yerkk!  Ba, alif, ba, ya… kurang asam! Dia kata muka aku sama dengan binatang pink ni? Even dekat keychain ni mukanya comel… tapi ini satu penghinaan, okey?!

                “Sengal!” aku gantung balik keychain itu di tempat asal.

                Seorang penjaga kedai menghampiri. Kakak penjaga kedai tersenyum manis pada kami berdua. Aku balas senyum dia balik.

                “Yang ini, couple item, dik… baik ambil dua. Dapat murah sikit.” Kakak itu menunjukkan keychain  yang aku pegang. Keychain rabbit dan teddy bear. Aku kerut dahi sedikit. Mata aku pandang pada dia di sebelah…

                Dia buat muka selanga.

                Couple item? Takkanlah aku nak beli barang couple dengan mamat sengal ni?

                “Hesy… cepatlah! Ambil ajelah yang mana nak!” dia menggesa. Sorry, I takkan beli couple item dengan you!

                Kakak penjaga kedai itu tersenyum melihat kami. Pasti difikir kami ini sepasang pasangan kekasih. Ewww… yucksss!!!

                Dia rentap keychain dari tangan aku. Diambil satu lagi dan dihulur kepada kakak itu. Aku terpinga-pinga. Terkejut bila dia main rentap saja. Kakak itu seolah faham, dia mengukir senyum. Keychain yang dihulur di bawa ke kaunter bayaran. Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik yang berlogo F’r Gifts. Aku blur lagi.

                Kakak itu kembali pada kami. Menghulurkan beg plastik itu. Dia membuka dompet dan menghulurkan duit. Kemudian kami keluar dari kedai dengan beg plastik di tangannya.

                “Kenapa beli?” aku soal dia bila kami dah berada di luar kedai. Berjalan di ruang legar.

                “Dah dia duk tengok lama sangat. Sampai jemu orang tunggu. Kalau nak, ambil sajalah. Kalau boleh nak tengok keychain tu sampai tembus biji mata!” aku mencebik. Dia berhenti berjalan. Aku juga berhenti. Apa dia ni, berhenti di tengah jalan pula.

                Dia hulurkan tangan. Nak pegang tangan ke? Gila!

                “Bak handphone…” oh… aku ingat dia nak pegang tangan! Huh.

                Aku keluarkan handphone dari beg. Hulurkan pada dia. kenapa yang dia minta handphone pula? Dia ambil. Dia keluarkan keychain rabbit yang dibeli tadi. Dia hanya keluarkan satu. Aku kerutkan dahi.

                “Yang satu lagi tu?” aku menyoal.

                “Itu orang punya. Dia satu, orang satu!” dia memasang keychain rabbit pada handphone aku. kemudian dia buka pad kekunci. Melihatkan wallpaper aku mulutnya ternganga. Dahinya berkerut. Kemudian aku marah dia. main buka handphone orang pula.

                Dia main tekan-tekan. Entah apa yang dia buat dekat handphone aku.

                “Sini…” dia rapat sikit dengan aku. aku blur. Handphone aku di tangannya di angkat sedikit. Kachakk…

                Dia tekan-tekan lagi. Entah apa yang dia buat? Kemudian di hulurkan semula handphone aku. Aku menekan pad kekunci agar terbuka. Melopong aku melihat wallpaper sudah bertukar. Daripada wallpaper gambar aku, Faris dan Ilman menjadi gambar aku dan mamat sengal ni. Gambar yang baru saja dia ambil tadi. Gambar muka blur aku dengan muka dia yang tersengih bajet!  Mengadanya, dia!!!

                “Itu baru lawa wallpaper!” aku jeling. Malas nak tukar apa. Biarkan saja. Dah dia gedik sangat nak tukar.

                Dia kemudiannya mengeluarkan keychain teddy bear satu lagi dari plastik beg. Dipasangkan pada telefon bimbitnya. Kemudian dia tayangkan di depan muka aku.

                Ek nya dia! “macam telefon perempuan!”

                Dia buat tak peduli. Tak mahulah pakai couple item dengan dia. tanpa aku sedar dia snap gambar blur aku dengan Iphone nya. Close-up pulak tu. muka tahap blur cemey!!! Aku marah-marah. Dia buat kering saja. Meluatnya dia ni. Kalau sekali orang tengok kami ni, macam couple betul ya?! Dia cuma tunang okey… tunang yang bagi aku belum tentu kahwin atau tak, nanti!!!

                “Buang lah keychain tu, orang tak nak pakai couple item dengan dia…”

                Dia jeling aku. “Dia lah yang buang. Orang tak nak…” dia pun tak mahu mengalah, ya?



KAMI berhenti di depan Ice Cream d’Macaroon. Apa fasal yang kami berdua ni macam keluar date saja. Aku segan betul lah. Awalnya, sudahlah jalan berdua… beli couple item… bergaduh ‘manja’ sikit… lepas tu pilih nak makan ice cream sama-sama.

                “Nak perisa apa?” poyo dia bertanya. Sampai kakak yang menjaga stall ni tergelakkan kami bila aku memuncung.

                “Chocolate.” Aku membalas geram.

                Pandangan dia halakan pada kakak di depan. “Kak, bagi mint dekat saya. And… chocolate dekat tunang yang comot ni!”

                Mata aku membulat. Dia mengaku aku ni tunangnya di depan kakak penjaga kedai ais krim?  Stupido!!! Kakak itu tersenyum manis. Tangannya licah menyedok ais krim ke dalam kon. “Oooo… date dengan tunang lah ni?” seronok pula kakak itu bertanya. Aku buat tak dengar. Buat-buat pandang tempat lain.

                “Lebih kurang lah kak…” ramah pula dia menjawab. Setahu aku, kau ni jenis tak ramah dengan orang?! Pandai-pandai saja dia menjawab, ya?

                Kakak itu tergelak bila memandang aku yang sudah panas semacam.

                “Umur berapa?” kakak itu bertanya pada dia.

                “Lapan belas, kak.”

                Kakak itu mengangguk, “oo… awalnya tunang.”

                “Tunang dulu kak… yang lain fikir nanti dulu…” kakak itu tergelak. Aku mencebik. Yang lain tu maksudnya… kita putus tunang, sengal!!!

                Kakak itu menghulurkan dua kon aiskrim. Dia menghulurkan not. Kon aiskrim coklat kemudiannya dihulurkan pada aku. aku rampas dengan geram. Dia buat muka selanga. Macam tak kisah fasal apa yang dia cakap dekat kakak tadi. Malu, tahu?

                “Tunang, konon… kalau suatu hari nanti tak jadi, macam mana?!” kerek aku berkata.

                Cuppp!

                Aku terdiam. Terkejut gila. Hampir terlompat aku bila dia lekatkan aiskrim mint dia pada bibir aku. kemudian dia tenyeh lagi, macam kuat sikit dengan muka jahat. Aku menjauhkan muka aku. Sejuk habis bibirku. Kebas. Comot pun ada. Habis kena pipi aku sikit.

                “Dia pula bukan main seronok gelakkan kita!” marahku. Rasa macam nak uli muka dia.

                Aku mengeluarkan tisu dari beg. Pantas mengelap bibir dan pipi yang sudah comot. Rasa berangin sikit sebab dia punya aiskrim perisa mint. Kemudian dia jilat aiskrim tanpa perasaan. Buat muka selanga dia tu lah! Geramnya aku tengok. Menyesal keluar dengan kau hari, tau!!! Lain kali, tak nak keluar dah…

                Dasar tunang serabai!

                “Mulut tu banyak cakap sangat! Padan muka…”




BAB 22

“TAK NAK!” dia jeling aku.

                “Takut…” dia merengus. Kemudian dia tarik nafas dalam-dalam.  Sabar ajelah ye, cik abang!

                            “Nak takut apanya?”

                            Aku gelengkan kepala aku lagi.

                            “Tekan aje pedal minyak tu! pijak dia perlahan-lahan…” dia dah marah.

                “Tak nak! Takut… nanti kalau terlajak dekat selekoh tajam sana tu, macam mana?” aku luahkan kerisauan aku.

                            “Tekan aje! Handbrake tak rosak lagi, kan?!”

                Aku geleng lagi.

                “Kalau macam ni, sampai bila dia tak pandai! Kalau hantar kelas memandu macam ni, buang duit aje. Dah kena repeat banyak kali baru nak lulus.” Dia geram. Aku tengok muka dia merah. Merah sangat! Marah? Hmmmm…

                            Aku diam.

                “Sudah, turun.”

                “Hah???” tercengang.

                “Turun. Biar orang drive.” Aku terus keluar dari tempat pemandu. Kami bertukar tempat. Dia drive terus balik rumah parents dia di atas bukit sana. Sebenarnya hari ini kami tak ada apa nak buat. Jadi dia ajar aku memandu. Aku ingat nak pergi daftar dekat sekolah memandu terus tapi dia cakap yang aku ni buang duit pulak. Macam aku ni teruk sangat! Jadi, dia nak ajar aku asas memandu dulu sebelum pergi sekolah memandu.

                Kami berlatih memandu dekat area Damansara aje. Memandangkan rumah parents dia atas bukit, jadi kawasan ni tak ramai orang. Senang nak berlatih. Geram jugak aku, dari awal tadi aku asyik kena marah aje! Lastly, tak berjaya jugak. Memang aku ni tak pandai bawa kereta…

                “Kata nak belajar kereta sangat… orang dah ajar dah ni. Dia pula memang tak reti bawa! Baik tak payah belajar, buang masa… buang duit. Baik pergi kursus belajar masak ke. Bengkel penulisan ke, bengkel sains ke…!” dia dah membebel. Aku tayang muka ketat. Nak marah aku pula. Aku menangis karang jangan tak pujuk aku pula!

                “Irfan…” aku panggil dia perlahan. Marah sangat ke? Muka masam amat! Takkanlah sebab aku tak boleh drive, marah sampai macam ni sekali.

                Aku panggil pun, dia diam saja.

                “Irfan…”

                “Hummmm…” kerasnya suara? Marah benar nampak? Baik aku diam saja. Tak pasal-pasal nanti dia melenting! Nak marah kita pula… garang sungguh instructor aku ni. Dia yang pagi-pagi buta, dah tercongok depan rumah aku… main minta kebenaran ayah nak bawa aku belajar. Mentang-mentanglah dia ada lesen, kereta dia drive sendiri. pakai kereta mewah amat! Tak padan dengan usia mung! Berani pula dia bawa kereta di jalan Shah Alam ni.

                Dah kereta mahal, mahunya aku tak takut kalau jadi apa-apa. Lain kali bawalah kereta kodok ke… senang sikit. Ini bawa kereta import mak bapak dia punya!



“MACAM mana belajar?” Puan Ain bertanya. Sejak kebelakangan ni, aku dah kenal-kenal dengan family Irfan. Cuma ayahnya aku jarang jumpa, Tuan Haikal. Selalu sibuk. Spesies ayah aku. garang dan tegas. Tak banyak cakap. Dengan aku pun dia tak senyum, tau! Nasiblah maknya baik. Layan aku macam aku ni dah kahwin dengan anak tunggal dia yang sengal ni.

                Ini masuk kali kedua aku jumpa Auntie Ain. Baik orangnya. Tak sangka pula yang dia anak Chek Na. aku memang tak pernah jumpa dari kecil. Kali pertama aku pergi jumpa pun, sebab Irfan yang suruh. Ayahnya pula… tak banyak cakap. Lebih suka diam. Mata pula… huihhh! Tajam macam nak panah laser! Aku pula, dah naik seram tau!

                “Okeylah, auntie…” aku menjawab.

                Mamat sengal pula memotong, “okey apanya. Tak reti langsung! Lain kali cuci otak tu bagi bersih sikit. Anak dara pemalas…” aku rasa nak sumbat Irfan ni dalam pasu besar depan rumah dia ni.

                “Biasalah… baru saja mula belajar. Memang lah tak pandai lagi…” auntie bela aku! yes…!

                Aku jelirkan lidah pada dia. dia buat mata bulat. Muka macam nak cekik aku. ada aku kisah?

                “Jannah ingat nak kerja lah, auntie…” aku memberitahu.

                Auntie memandang aku pelik. “Kerja? Buat apa?”

                “Saja… nak cari pengalaman…”

                “Kalau macam tu Jannah kerja saja di kafe kawan auntie. Kafe dia cantik dan famous. Q’ween, dekat Shah Alam. Kamu tahu kan?” ohh… kafe itu kawan auntie yang punya? Aku tak pernah pula minum-minum dekat situ. Memang tempat yang remaja suka melepak dan bersantai. Aku pantas saja mengangguk. Dekat dengan rumah pula tu, dalam sepuluh minit sampai lah.
               
                “Nak kerja dalam sebulan dua saja. Cukup untuk cari pengalaman sikit. Lepas tu banyak lagi yang nak urus… fasal masa depan…” aku berkata. Auntie mengangguk. Memahami. Aku tengok anak teruna yang tak laku tapi dah ‘sold out’ sebab aku. muka dia pandang aku semacam. Muka macam tak bagi aku kerja saja. Biarlah… masa aku cakap yang aku nak pergi belajar memandu, dia halang. Nak kerja pula, halang jugak ke?!




BAB 23

AKU baru mula kerja hari ni. Ayah benarkan, dengan syarat yang aku tak buat benda bukan-bukan. Ayah cakap, nanti dia hantar orang tolong pantau aku. Macam lah aku ni budak kecil lagi. Sabar ajelah dengan ayah… sekurang-kurangnya dia dah tak macam dulu sangat. Kalau dulu… aku minta apa semua tak boleh. Susah nak deal… tapi sekarang, senang pula dia beri apa yang aku nak. Masa aku keluar dengan Irfan hari tu, awalnya aku ingat yang ayah takkan benarkan aku pergi awalnya. Terkejut juga aku bila ayah benarkan saja.

                Bilik salinan di belakang aku masuk. Mula menyarungkan uniform kafe. Tudung hitam aku masukkan ke dalam kemeja putih. Seluar slek hitam, aku tetap pakai sneakers. Apron coklat gelap aku sarung dan ikat ke belakang badan. Siap, saya sedia memulakan tugas!

                Senang pula aku dapat kerja. Semua sebab Auntie Ain yang tolong. Kawannya pula, Auntie Laila pemilik kafe ini senang saja membenarkan aku bekerja sementara. Dia tidak kisah katanya…

                Aku masuk ke kawasan kaunter depan. Kak Ina yang sudah lama bekerja mula menunjukkan aku cara bekerja. Awalnya, aku disuruh membersihkan meja-meja kafe. Mengutip cawan dan pinggan kecil yang sedikit bersisa dengan kek, dibawa ke dapur. Awalnya aku seronok dan bersemangat… tapi bila jam menginjak pukul satu, aku jadi penat. Tambah dengan waktu lunch time. Orang ramai jugak datang santai dekat sini.

                Sedang aku membersihkan meja, mengangkat cawan-cawan yang telah digunakan ke dalam dulang… ada seorang pelanggan menggamit aku dari jauh. Pelanggan yang duduk di meja hujung, bersebelahan dengan dinding kaca. Pelanggan itu duduk secara santai. Cermin mata gelap di matanya membuatkan aku mengutuk sedikit di dalam hati… BAJET HENSEM!

                Aku mendekati.

                “Ya, encik?”

                “Saya nak order…”

                Aku tersenyum sedikit. “Maaf ya encik… sebarang pesanan perlu dibuat di kaunter hadapan…”

                Disebalik cermin mata gelapnya, aku merasakan pandangan yang aneh. Sedang melihatku. Dia mencebik. Kemudian dia mengangkat kepalanya sedikit.

                “You… baru hari first kerja dah tak reti nak layan pelanggan?”

                Hah?!

                “Saya nak order minuman ‘AWAK-BERHENTI-KERJA-SEKARANG’, bagi yang panas ya…” dia senyum herot. Masa ni lah aku melopong. Membulat habis mata aku. Kenapalah dari awal tadi aku tak dapat cam muka dia. Mungkin sebab gaya rambut dia lain sikit kut. Rambut yang tetap panjang. Tapi gaya sedikit lain. Gaya yang disikat ke belakang. Yerk… tak hensem lah!

                “Buat apa dekat sini?!” aku sedikit terjerit.

                Dia buat muka selanga. “Buat apa nya? Datang santai kat sini lah…” haih… takkanlah orang yang ayah cakap nak tolong tengokkan aku ni, DIA?!

                Aku dah panas semacam. “Ayah yang suruh dia datang sini, kan? Kenapa pergi dengar cakap ayah tu… dah, pergi balik. Orang nak buat kerja!”

                Dia duduk selamba. Muka pun selamba. Cermin mata gelap dibuka. Nampak sudah muka jambu dia. Aku perasan, ada perempuan-perempuan yang mungkin sebaya dengan aku di meja sebelah sudah terintai-intai pada dia yang sedang duduk di hadapan aku. Budak-budak perempuan yang dalam empat orang tu dah menjerit tergedik-gedik. Agaknya mereka minat dekat Irfan kut… dah muka jambu macam ni… siapalah yang tak minat kan? Kecuali aku, ya!

                “Dia macam tak reti kerja saja… sudahlah, berhenti cepat! Orang malas nak tunggu dah ni…” sesedap rasa dia mengomel. Baru hari ni aku mula kerja, takkan hari ni dah berhenti. Mengarut saja dia ni… aku bersungguh nak kerja, yang dia nak halang kenapa? Waktu aku cakap yang aku nak belajar kereta pun dia tentang juga. Tak faham dengan dia ni.

                “Kalau malas nak tunggu, pergilah balik!” aku marah sikit.

                Dia angkat kening. Kemudian buat muka berlagak. Menyampah. Dah dia malas nak tunggu, pergilah balik. Menyemak saja dekat sini.

                Aku berjalan meninggalkan dia. Meneruskan kerja aku. Geng budak perempuan tadi dah jadi semacam bila aku tinggalkan meja Irfan. Dah macam terlompat-lompat kemudian mereka berempat berpindah ke meja yang berada di hadapan dia. Yang Irfan pula macam tak sedar saja, sibuk membelek Iphone. Gaya macam orang dah umur dua puluh-an saja. Tapi muka jambu, tetap menunjukkan yang dia tu budak lagi!

                Aku membawa Ice Latte di dalam cup besar pada dia. Aku letakkan di atas meja dia. Dia tetap macam tadi, ralit dengan Iphone. Biarlah… aku tinggalkan dia dan teruskan kerja. Aku berdiri di kaunter depan. Dari tempat aku, aku boleh tengok dia. Nampak geng budak perempuan tadi dah menjerit sakan. Bersembang apa yang sampai jadi gedik sangat?

                Salah seorang daripada mereka itu, bangun. Berjalan mendekti Irfan yang sedang duduk di mejanya dari tadi. Nampak mereka bercakap-cakap sedikit kemudian budak perempuan itu terus duduk di hadapan Irfan. Nampak mereka berbual. Muka budak perempuan itu pula dah jadi muka mengada.

                Apa yang mereka bualkan? Aku rasa nak tahu sangat-sangat!!!

                Aku minta kak Ina tolong jagakan kaunter. Aku bergerak ke meja berdekatan. Buat-buat mengemas meja. Sambil tu… aku dengar juga perbualan mereka.

                Datang seorang saja ke?

                Suara manja dan gedik!

                Tunggu orang, ya?

                Suara gedik tu lagi. Entah kenapa nak saja aku tekupkan mulut dia dengan cawan besar. Dasar budak perempuan gedik. Aku pusing belakang sikit. Mendengarkan soalan budak perempuan tadi, Irfan mengangguk.

                Oohhh! Maknanya Irfan tu datang sini sebab tunggu orang ya? Siapa yang dia tunggu tu?

                Aku jeling budak perempuan tadi, budak perempuan itu tak nampak aku. Geng-geng dia yang lain semua dah buat gedik duk intai-intai mereka berdua. Aku jadi tak senang buat kerja. Nak saja aku rendam muka budak perempuan tu dalam sinki.

                Tunggu siapa?

                Suara manja+gedik tu lagi!

                Aku pusing sikit, nampak Irfan senyum. Irfan nampak aku! Dia nampak aku duk berdiri dekat sini tengah tengok dia!

                “Tunggu tunang. Dia kerja sini. Petang ni nak keluar dengan dia…” hampir terlepas pegangan cawan aku. Mujur tak lepas lagi. Semput habis aku ni! Dia pula nampak cool saja. Buat muka selanga dia tu. Budak perempuan tadi dah merah mukanya. Muka nampak terkejut gila. Bukan kau saja yang terkejut gila, aku pun terkejut gila ni! Mengaku pulak yang dia tu ada tunang depan orang… buat perangai macam dekat Mid-valley hari tu pula!

                “Itu orangnya…” jari telunjuknya lurus menunjuk aku. Budak perempuan itu membulat matanya. Aku pula dah tercengang dekat sini.

                “My dandelion… buat kerja elok-elok, ya?” dia cakap sedikit kuat. Memang tak malu betul! Mujur meja dia berada di hujung. Taklah bergema sangat satu kafe ni!!!

                Aku buat tak tahu dan terus berjalan laju masuk ke bahagian belakang. Serius aku malu dengan perangai tak semenggah dia!!!



AKU teruskan kerja selepas solat. Dia masih di tempat tadi. Tak berganjak. Tak boring ke dia ni? Nak dekat dua jam duduk dekat situ… geng budak perempuan tadi dah lama pergi. Elok saja Irfan ‘perkenalkan’ aku sebagai tunangnya… terus diorang blah.

                “Jannah… tolong kemas meja sana…” aku mengangguk mendengarkan arahan kak Jun. Aku mula mengemaskan meja.

                Kemudian ada dua orang remaja lelaki yang duduk di meja bersebelahan memanggil aku. Aku menghampiri meja mereka. “Ya…? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” aku menyoal bersama senyuman.

                Salah seorang daripada mereka tersenyum gatal padaku. “Ada… nak minta nombor telefon, boleh?”

                Hilang terus senyuman aku. “Minta maaf, saya tak ada handphone.”

                Bohong.

                “Alah… jual mahal pula adik comel ni…” geram. Tanpa aku sedar dia keluarkan handphone dari poketnya.

                Snap!

                Dia ambil gambar aku tanpa kebenaran. Kemudian mereka berdua ketawa. Insolent! Buruknya perangai… lelaki murahan!

                Tiba-tiba handphone yang berada di tangan lelaki itu dirampas. Handphone itu dihempas ke lantai dengan sengaja. Mata aku membulat melihat siapa pelakunya. Dua orang lelaki itu nampak marah, kemudian mereka bangun untuk melawan, tetapi senang sahaja mereka ditolak jatuh. Handphone yang sudah berkecai di lantai dipijaknya lagi, di tekan-tekan dengan kaki.

                Kemudian hujung apron coklat gelap aku ditarik. Aku terikut langkah kakinya.

                Terkejut? Ya.

                Tercengang? Ya.




BAB 24

TAK tahu nak cakap apa … aku masih dalam keadaan terkejut. Langkah kaki mengikut rentak langkahnya yang berjalan laju mahu keluar dari kafe. Aku pusing belakang sedikit. Nampak dua orang lelaki tadi tengah bising-bising memaki Irfan dari jauh. Irfan buat tak tahu. Terus berjalan sambil menarik hujung apron aku.

                “Eh, auntie…” kami terserempak dengan auntie Laila yang baru sahaja masuk ke dalam kafe ini. Auntie Laila yang datang ke kafenya untuk membuat pantauan.

                “Irfan?” Auntie Laila pelik memandang aku dan Irfan.

                Irfan pula dengan muka selambanya, “auntie, mulai hari ni dia kerja… mulai hari ni juga dia berhenti. Dia tak sesuai dengan kerja ni…”

                Aku tercengang. Mata membulat, dahi berkerut. Auntie Laila pun sama. Kami berdua memandang Irfan, pelik. Dia masih beriak bersahaja. Yang dia bercakap tu… maknanya dia minta aku berhenti lah, ya?! Aku tarik sikit hujung lengan kemeja santai dia yang separas siku itu. Pandangannya teralih pada aku. Keningnya diangkat sebelah.

                Aduh, Auntie Laila dah buat muka demand jawapan. Dia tak tahu fasal hubungan tunang kami. Sedar-sedar saja, Irfan dah tarik tali apron yang terikat di belakang badanku. Ditanggalkan apron dari tubuhku. Gila… tindakan berani mati, ya? Mati kau dengan aku!!!

                Apron itu diletakkan di atas meja sebelah. Kiranya, tanda aku dah berhenti.

                “Pergi dulu, auntie…” Irfan pamit begitu saja.

                Aku tak sempat memberi penjelasan pada auntie Laila, aku sudah ditarik keluar dari kafe. Baru beberapa langkah keluar dari pintu kafe, aku menolak dia jauh dari aku.

                “Apa kena dengan dia ni?!” marahku.

                Mata dia mencerlung. “What’s wrong with me, huh? Orang cuma tak nak dia kerja lagi…!”

                Aku mendengus kasar. Apa kena dengan dia? Wayarnya putus barangkali…

                “Kenapa?! Ayah orang yang bagi kebenaran orang kerja. Yang dia nak sibuk kenapa? Siap tolong buangkan orang kerja lagi!” aku silangkan tangan aku ke dada. Tanda aku betul-betul tak puas hati dengan tindakannya hari ni!

                “Biarlah orang nak sibuk… ayah dia yang suruh orang jaga dia. pantau dia kerja. Habis, orang buat macam tu tadi untuk kebaikan dia!” dia menyembur di hadapan aku. Aku menentang pandang dengan dia. kami berdua dah macam tak peduli orang ramai yang lalu lalang. Rasa tak puas hati aku menggunung tinggi, tahu? Apa masalah dengan kepala encik Irfan hari ini?

                “Tak payah lah…! Untuk kebaikan apanya… malu dekat auntie Laila, tahu? Entah apa yang dia kata nanti. Takkan hari ni kerja, hari ni juga berhenti? Macam prestasi kerja orang ni buruk sangat! Dah tu, dia buat fasal pula dekat pelanggan kafe tu… jatuh reputasi kafe tu nanti, macam mana?”

                Matanya membulat memandang aku. membulat merah. Tegang urat matanya. Nampak rahangnya jelas di tepi pipi. Bibirnya diketap kuat. Nampak seperti dia betul-betul marah dengan aku. sepatutnya siapa yang layak marah sekarang ni? Rasanya macam aku saja…

                Tapi… aku pula yang kecut perut melihat wajahnya sekarang ini. Baru pertama kali aku tengok dia marah. Amat… gerun… matanya tetap membulat memandang aku. seram? Ya…

                “Suka lah nak kerja macam tu?”

                Kening aku bertaut.

                “Maksudnya?”

                Dia merengus kasar. “Sukalah… nak kerja macam tu? Layan pelanggan… lepas tu bagi pelanggan ayat dia… tangkap gambar bagai…     
                Wow… Cik Jannah suka lah kerja macam tu? Seronok lah, kan? Soal mop lantai, buat minuman… itu tak ada masalah. Tapi, soal apa yang terjadi tadi… tak rasa macam jadi pelacur ke? Tak rasa macam jadi perempuan murahan?!” membuntang mata aku mendengarkan kata-kata dia. Terasa pedih sahaja mata ini.

                Apa… hanya kerja di kafe sahaja tetapi dia samakan aku dengan perempuan murahan? Apa aku semurah itu?! Bukannya salah aku kalau lelaki dua orang tadi yang mengganggu aku. kenapa sekarang dia bercakap seolah-olah aku pula yang bersalah… aku sedaya upaya menahan air mata. Sakit hati. Siapa tak sakit hati kalau dikatakan diri sendiri itu murahan?

                “Orang tak layan pun lelaki-lelaki tadi. Hanya pergi ke meja mereka, dan bertanya apa yang mereka perlukan. Apa kerja itu sama seperti seorang pelacur? Apa dia tahu kerja seorang pelacur itu bagaimana, kan? Orang bukan murahan… hakikatnya, semua perempuan mahal kedudukannya. Hanya lelaki sahaja yang suka melabelkan kasta seorang perempuan itu. Jadi… sekarang ni apa memang salah kerja di kafe itu? Orang hanya nak cari pengalaman. Bekerja hanya untuk sebulan dua. Bukannya selama-lamanya pun…

                Yang dia nak sibuk fasal orang, kenapa? Orang rimas macam ni, tahu tak?!”

                Sudah… aku menangis di hadapan dia. Dia masih memandang aku seperti tadi. Seolah langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dia katakan pada aku tadi. Aku dicop ‘MURAHAN’ oleh tunang sendiri? wow… aku perlu catat tarikh hari ni dalam diari.

                “Well… layan orang… tak ke sama tugasnya. Layan jugak, kan?”

                Terasa panas muka aku. “Jaga mulut tu sikit! Cuma soal kerja saja, yang dia nak bangkitkan isu ni, kenapa?!”

                “Apa-apa sajalah. Lain kali belajar jaga hati dan perasaan orang!” marahnya pada aku.

                Mata aku membulat. Kabur pandangan aku bersama air mata. “Jaga hati dan perasaan dia? Orang rasa sekarang ni, dia yang patut sedar… siapa yang perlu jaga hati siapa! Betapa gahnya ego kamu, Encik Tunang! Hebat sekali… ini soal jaga hati dan perasaan pula? Apa kaitannya? Walaupun hanya kerja di kafe, works as professional.”

                “Tak kira apa yang dia nak cakap, berhenti… sebelum kafe ni, orang buat masalah!”

                Memang ada yang tak kena dengan otak dia hari ni! Sangat tak kena! Mahu saja aku sagat kepalanya di tar jalan raya.

                Air mata pula dah mengalir laju di pipi. Tak tertahan. Kata-kata dia terlalu menyakitkan aku. Ini soal maruah aku… sebagai seorang gadis. Mulutnya yang celopar itu, harus aku carikkan halus-halus. Macam aku buat kerja tak senonoh saja. Ayah sendiri yang benarkan… auntie Ain sendiri yang tolong aku dapatkan kerja ni. Dia pula…? Hanya tahu menambah masalah dalam otak aku!

                Aku mengerling dinding kaca kedai. Aku nampak bayang Kak Ina dan Kak Jun yang terintai-intai kami berdua dari dalam kafe. Pasti mereka sudah salah faham. Dengan keadaan begini, nampaknya aku perlu turutkan kemahuan Irfan. Susah nak jangka apa motif dia beria sangat suruh aku berhenti. Dengan alasannya, ‘APA AKU NAK JADI MURAHAN?!’

                Aku mengelap air mata di pipi. Wajah yang tertunduk tadi, aku angkat tinggi. Menentang pandang dengan dia.

                “Nak sangat orang berhenti kerja, kan? Okey, orang berhenti!” geram aku berkata.

                Muka dia kembali tenang. Memang dia tak rasa bersalah langsung dengan apa yang dia cakap pada aku!

                “Good. Masuk dalam, talk to auntie Laila. Ambil barang, then kita balik rumah!”

                Aku pejamkan mata. Menghembus nafas berat. Aku melangkah masuk ke dalam kafe semula. Pintu kaca aku tolak. Melihat Kak Ina dan Kak Jun yang memandang aku penuh dengan persoalan membuatkan aku tersenyum kelat kepada mereka. Baru hari pertama mereka kenal aku, hari pertama juga ada tanggapan negatif!

                Langkah kaki menuju ke ruangan belakang. Auntie Laila berada di situ. Mahu tak mahu, aku cakap benda sebenar. Terkejut besar dia bila tahu yang aku ni tunang Irfan. Sewaktu aku dan Irfan bergaduh di luar tadi, auntie Laila ada menelefon ibu Irfan. Memberitahu yang Irfan berada di kafenya.

                “Tak apalah kalau dia tak nak kamu kerja, kan?” aku angguk. Aku minta maaf lagi. Buat kecoh pula di kafenya hari ni…

                Aku ke belakang. Menyalin pakaian kasual semula. Longsleeves biru, tudung hitam dan jeans hitam. Beg aku digalas belakang. Aku jumpa dengan auntie Laila sekali lagi. Pertama kali aku kerja… hari pertama itu jugalah aku dibuang, ya? memalukan sungguh. Aku pamit dengan auntie Laila. Terus keluar ikut pintu belakang kafe. Malu nak lalu ikut depan lagi, tadi pun dah berapa banyak mata yang tengok aku.

                Sampai di luar, aku tengok dia dah elok bersandar di kereta. Aku tak nampak drivernya pula… takkan dia drive sendiri?

                Ahhh… aku kisah apa. Aku tak nak balik dengan dia.

                Dia berjalan ke arah aku dan cepat sahaja dia menarik aku masuk ke dalam keretanya apabila dia nampak aku dan melambai-lambai tangan di tepi jalan untuk menahan teksi. Dia tarik belakang beg galas aku. terdorong aku ke belakang kerana dia menarik dengan kasar. Aku cuba melawan, tapi akibatnya aku hampir terjatuh.

                Aku bagai dihumban masuk saja ke dalam kereta. Ditolak aku masuk ke tempat duduk belakang. Selepas itu dia pantas menutup pintu.




BAB 25

“TURUN.” Arahnya.

                Kalau kau tak suruh pun, memang aku nak turun jugak!

                Aku keluar dari kereta, pintu aku hempas kuat. Dia menjeling aku tajam dengan perbuatan aku itu. Aku tak kisah. Aku marah sangat sekarang ni!

                Aku segera membuka pagar rumah. Kemudian aku tutup semula apabila aku sudah berada di dalam. Dia pula masih di dalam kereta. Kenapa dia tak pergi lagi ni? Ahh, lantak dia lah. Tak ada kaitan dengan aku. Aku buka kunci rumah. Pintu aku hempas kuat.

                Geram dengan perangainya tadi… geram sangat!

                Handphone berbunyi. Aku keluarkan dari beg dengan perasaan sebal.

                ‘SENGAL’.

                Aku tekan butang merah. Aku buka casing handphone, aku keluarkan terus bateri dari belakangnya. Meluat aku dengan dia. dah buat aku naik angin, berani pula dia telefon aku lagi! Aku bangun dari sofa, berlari naik ke tingkat atas, masuk ke dalam bilik dan kunci pintu. Tanpa aku sedar aku tertidur.

                Aku terjaga semula kerana terkejut dan jatuh katil. Pukul empat setengah petang. Bertuah betul… tidur petang lagi!

                Di dalam genggaman aku ada handphone. Handphone yang telah aku keluarkan baterinya tadi. Aku masukkan semula, hidupkan semula handphone. Elok saja dia hidup, aku dapati banyak missed calls dan mesej dalam inbox. Banyak sangat. Semuanya dari ‘sengal’… kemudian aku dapati ada satu missed call dari mamanya pula. Puan Ain.

                Mesti dia pakai phone auntie sebab nak tipu aku, biar aku jawab panggilan yang kononnya daripada auntie Ain! taktik busuk… dah tak laku.

                “Go die!” geram aku menjerit. Aku tengok wallapaper aku. Muka blur aku dan sengihan melebar dia menghiasi skrin. Gambar di mid-valley megamall hari tu.

                Urghhh! Aku lempar handphone ke bawah katil. Baru aku sedar, aku cepat-cepat turun dari katil. Aduhh… handphone kesayangan aku! boleh pula aku lempar handphone yang dah lama berbakti untuk aku. Aku meniarap di atas lantai. Tangan menggagau handphone yang terpelanting jauh masuk ke bawah katil.

                Dapat pun… handphone di tangan yang sudah dipenuhi debu. Aiyark… berapa lama lah aku tak vakum bawah katil ni. Mujur handphone aku tak pecah skrinnya.

                Terkejut bukan main aku bila handphone yang berada di tangan bergetar menjerit-jerit. Aku tiup sikit debu yang masih melekat pada skrin. Kemudian butang hijau ditekan setelah melihat nama pemanggil. Handphone dilekapkan ke telinga kanan. “Hello, Pak su Wan?”

                “Hah, Yana!” mendengarkan suara pak su, aku jadi ceria.

                “Kenapa tiba-tiba saja pak su call Yana ni?”

                “Hmm, pak su saja nak tanya. Yana nak bertolak datang sini pukul berapa?” hah? Datang sini tu… maknanya kampung kat Kedah lah kan? Kenapa pulak aku nak balik sana? Dalam sebulan lepas, pak su singgah rumah kami dari KLIA. Dia baru sahaja tiba dari Qatar. Dua tahun dia di Jerman. Berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat besar di sana. Katanya, dia ke Qatar atas urusan kerja, dan terus fly balik Malaysia. Aku sudah jumpa dia sebulan lepas… aku kena balik kampung pulak ke?

                “Bertolak? Balik kampung? Buat apa?”
               
                “Laaa… kenduri pak su hari sabtu ni, kan? Hari ni dah hari Rabu. Pak su call ayah Yana tadi…  dia cakap yang dia nak bertolak balik malam ni, tapi dia tak bagitahu pak su pun yang dia nak bertolak pukul berapa…” aku tepuk dahi. Macam mana aku boleh lupa yang pak su punya kenduri kahwin hari sabtu ni… punya lah pak su beria ingatkan aku fasal tu.

                Tapi, aku tak tahu pula yang ayah buat keputusan nak balik malam ni?

                “Err… Yana tak tahu lah. Sekarang ni, ayah tengah ada class. Petang sikit dia balik lah. Nanti Yana tanya dia, okey?”

                “Hah, tak apa lah kalau macam tu. pak su nak tanya saja. Kut-kut lah sampai lewat malam sangat pulak nanti…”

                Selesai aku bicara dengan pak su, aku memutuskan talian. Maknanya aku kena kemas baju lah kan? Dah hari kenduri… mesti nak pakai banyak baju. Aku bangun, berlari ke almari. Ada tergantung baju kurung moden potongan khas berwarna ungu lembut yang mak long sponsorkan. Baju sebelah saudara kami, semuanya ungu. Sedondon dengan majlis belah pengantin lelaki. Baju kurung berwarna hijau pun aku keluarkan. Baju warna bebas untuk pakaian masa pagi pak su akad nikah.

                Dua pasang baju kurung aku lipatkan elok-elok ke dalam bagasi saiz kecil berwarna biru. Beg travel aku! senang, kecil, dan nampak comel. Beberapa helai t-shirt aku keluarkan lagi.

                Aku check handphone bila dia bergetar lagi. Ada mesej masuk. Dari ayah. Ayah menyatakan yang dia dah habis kelas, baru dia beritahu aku suruh siap-siap sebab malam ni kami nak bertolak. Aku membalas, mengatakan yang aku sudah tahu dari pak su.

                Balik kampung pada hari aku berhenti kerja. Macam orang putus harapan saja. Tak apalah… mungkin suasana di kampung dapat melegakan aku.



MULUT aku sedikit ternganga. Kening aku bertaut. Dahi aku berkerut. Ayah selamba saja. Tiada reaksi di wajahnya. Kut-kut lah ayah nak cakap sesuatu. Alasan atau sebab, mungkin? Sebab musabab untuk… dia ni!

                Pandangan aku alihkan pada dia yang sedang elok bersandar pada Toyota Rush ayah yang tersadai di garaj dengan but belakang yang terbuka. Melurut ke bawah beg yang tergalas di bahu kiri aku. Macam mana pula dia boleh ada di sini? Aku ingat, perjalanan malam ni hanya ada aku dan ayah…

                Kening sebelah diangkat pada aku. gaya berlagak. Insolent!

                Aku masih marah fasal hal siang tadi. Waktu ayah baru balik petang tadi, aku ada beritahu ayah soal kerja itu. Ayah lega nampaknya bila aku dah berhenti. Geng Irfan. Rupanya ayah tak berapa setuju sangat soal kerja. Tapi, disebabkan aku beria-ia… ayah benarkan dengan syarat Irfan akan pantau aku. ceh, baru hari pertama dah berhenti. Sebabnya… aku langsung tak dapat sokongan moral dari ayah dan tunang sendiri!

                “Hah, tercegat apa? Masuk kereta cepat…” ayah yang sedang mengunci pintu berkata tegas. Terkejut aku yang sedang ralit. Aku pandang ayah, buat muka demand.

                Ayah merengus perlahan. “Dia balik kampung dengan kita. Ayah yang ajak. Sebabnya Puan Ain dan Tuan Haikal tak dapat balik kampung, mereka ke Russia. Dah tu, ayah call Chek Na dekat kampung… Chek Na suruh dia balik kampung. Apa salahnya… lagipun tunang kamu jugak.”

                Dari tadi aku tak puas hati. Selepas solat maghrib tadi, aku pelik pula bila ada teksi yang berhenti di hadapan rumah aku. mahunya tak terkejut melihat siapa yang keluar dari teksi itu! Dengan gaya yang sama, rambutnya serabai, t-shirt lengan panjang yang disenteng ke siku dan jeans lusuh sedikit. Headphone seperti kebiasaannya tergantung di leher. Di sebelahnya ada bagasi yang saiznya lebih kurang sama dengan bagasi aku.

                Aku masuk ke dalam kereta. Duduk di tempat duduk belakang. Ayah pula di tempat pemandu. Mamat sengal itu pula di tempat sebelah pemandu. Kami bertolak jam 9.15 malam. Kalau ikut perkiraan aku, mungkin dalam pukul dua pagi kut baru sampai Kedah. Aku melekapkan headphone di kepala. Ikut tabiat si Sengal yang suka memakai headphone. Buka senarai lagu dalam ipod.

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or cares
Regrets and mistakes, they're memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead


                Membingit suara Adele di telinga aku. Aku pula goyang-goyangkan kepala sikit. Cuba nak hilangkan stres. Mengharap yang aku dapat jumpa ketenangan di bait-bait kata lagu. Geram melihat makhluk aneh yang duduk di sebelah ayah di depan itu! Sakit hati aku tak dapat ubatnya lagi tau!

                Aku kuatkan volume sedikit. Geram. Sampailah ayah menegur aku dalam kesamaran malam. Menegur supaya aku memperlahankan volume.  Ayah yang sedang memandu pun boleh dengar. Tak baik pasang muzik kuat-kuat, akan memberi kesan buruk pada pendengaran.

                Aku memperlahankan volume.

                Sedar. Aku tutup terus muzik. Khilaf.

                Those who believe (in the Oneness of Allah), and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.                                                                                                                                                                               (Ar-Ra’d : 28 )


                Aku ada khilafnya. Dah nama pun, manusia. Segera aku beristighfar. Marah aku tak ke mana… tapi aku kecil hati dengan kata-kata dia. dengan muzik, aku fikir aku akan tenang kembali. Kembali cool dan ceria seperti selalu. Silap aku.

                ‘Ketahuilah… dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia…’

                Aku memejamkan mata. Mahu tidur sebentar.

                “Fasal budak perempuan tu?” terdengar samar-samar suara ayah. Bukan bertanya pada aku. tetapi pada Irfan rasanya kerana nada duaranya tidak kepada aku.

                “Tak apa, pak cik. Masalah kecil saja.”

                “Pak cik takut dia tu akan mempengaruhi masa depan kamu dan anak pak cik…”

                “Tak apa, pak cik. dia takkan buat apa-apa lagi. Saya ada cakap dengan dia. memang dia dah janji yang dia takkan buat apa-apa lagi. Kesian pulak dia kalau kita libatkan orang tua dia. walaupun perbuatan dia tu bukan hal main-main…”

                Mereka bercakap soal Marsha?

                “Pak cik tak faham motif dia. apa memang dia dendam dengan anak pak cik? kamu pulak yang terlibat sekali. Bahaya betul remaja sekarang ni pun… sanggup buat apa saja. Ikutkan hati pak cik, memang pak cik ambil tindakan!”

                “Tak apa pak cik, saya tak kisah. Benda dah nak jadi… walaupun papa masih marah saya fasal hal ni. Katakan yang saya ni memalukan keluarga.”

                “Walaupun pak cik tunangkan kamu berdua awal sangat… hanya untuk maruah keluarga. Tapi, memang pak cik harap yang kamu dapat jaga anak pak cik…”

                “Insya-Allah, pak cik…”

                Huarghhhh…!

                Zzzz…



BAB 26

“JANNAH…” ayah kejutkan aku. sedikit terkejut, aku terbangun. Spontan aku melihat jam di tangan. Hampir pukul sebelas. Ayah sudah membuka pintu dan berdiri di situ. Menunggu aku sedar dari mamun. Mata aku kerdipkan beberapa kali. Melihat suasana sekekeliling aku bertanya,

                “Dekat mana ni?” serak suara aku bertanya.

                “Perhentian. Kita solat Isyak sini. Makan sikit, ayah pun nak berehat sekejap.” Aku mengangguk tanpa banyak tanya. Keluar dari kereta, ayah yang tolong tutupkan pintu untuk aku. Aku main jalan menonong sahaja menuju ke surau melalui tunjuk ajar papan tanda. Sebelum itu aku pusing ke tandas. Perhentian yang tak banyak orang. Entah perhentian mana pun aku tak tahu. Kecil sahaja kawasan perhentiannya.Tempat makan pun tak ada. Ada juga pekerja PLUS yang jual-jual burger atau jajan lain. Nasib baik dah makan malam dekat rumah sebelum bertolak tadi. Tak adalah aku kebulur dekat sini.

                Setelah ke tandas, aku ke surau. Mengambil wudhu, memakai telekung. Siap untuk solat isyak. Baru aku perasan yang surau lelaki dan perempuan bersambung sekali satu bangunan. Tapi, dipisahkan antara tirai berwarna coklat gelap.

                Di ruang solat pula, hanya ada aku… seorang sahaja di ruang solat perempuan. Aku pula menunaikan solat seperti biasa. Selesai memberi salam, aku ada perasan yang tirai di hadapan aku ini berterbangan kasar sedikit. Takkan kena tiup angin malam kut? Angin malam ni pun lembut saja…

                Pandangan aku alihkan ke hujung tirai di tepi dinding.

                Ada seorang manusia yang berada di sebalik tirai. Aku nampak bayang duduknya, sebelum aku memandangnya tadi… aku tahu dia juga sedang memandang aku. tapi, bila saja aku alihkan pandangan pada dia, dia pantas menarik tirai. Menutup semula pandangan antara kami. Kononnya bersembunyi di balik tirai. Perangai gediksss!

                Aku buat tak layan. Teruskan dengan bacaan doa. Dia pula, main cak-cak sorok-sorok pula kat tepi dinding belakang tirai tu. mahunya aku rentap terus tirai ni!

                Menyampah tengok muka dia yang tengah bajet comel. Dia meletakkan tirai di atas kepalanya. Membalut kepalanya seperti tudung. Hanya terjengul wajahnya. Aku yang sedang melipat sejadah, terhenti perbuatan aku bila tengok muka dia. Terkaku sebentar aku. Comel sangat! Macam budak-budak rupanya, bila matanya dibesarkan, dibuat pandangan sayu. Seolah minta kasihan dan simpati.

                Aku rasa mesti bahagian solat lelaki tak ada orang juga macam bahagian solat perempuan. Kiranya kami berdua sahaja di dalam surau ini. Patutlah dia berani buat perangai gedik ni dalam surau.

                “tutup tirai tu! orang nak buka telekung!” aku berkata perlahan. Suara aku tegaskan.

                “Orang minta maaf fasal siang tadi…”

                Aku merengus. “Ini surau. Kalau nak cakap apa-apa… cakap kat luar.”

                Dia terus tutup semula tirai itu. Mendengar derap langkahnya yang sudah keluar dari surau. Aku pantas sahaja membuka telekung. Mengikat rambut lalu dibuat sanggul rendah. Selepas memakai anak tudung, aku menyarung tudung. Aku membelek diri di hadapan cermin yang disediakan di dalam surau ini. Membetulkan tudung, membetulkan kedudukan cermin mata.

                Aku mengambil beg, dan terus keluar dari surau. Dia sudah menunggu di tepi pintu. Ke mana pulak ayah?

                “Orang… orang minta maaf sangat fasal siang tadi…”

                Aku diam. Hanya berjalan menuju ke kereta yang diparkir agak jauh. Tapi aku tak nampak bayang ayah pun. Ayah ke mana pulak ni?

                Walaupun aku tak tengok dia, aku tahu dia tengah tengok aku sekarang. Mengharap yang aku akan maafkan dia. terasa. Masih terasa, terngiang-ngiang kata-kata dia. dia kata aku tak ubah macam perempuan murahan.

                “Tolonglah… orang tahu orang salah…”

                Sekejap lagi aku menangis pulak lah ni.

                “Hmmm… tak apa!” aku cakap kasar tanpa memandang dia.

                “Macam tak ikhlas saja…” dia ni macam nak naikkan darah aku balik saja?

                Aku pusing, pandang muka dia akhirnya. Dalam kesamaran cahaya aku buat muka selamba. Jannah, kemarahan tu takkan pergi ke mana… “tak ada apa… orang tak kisah sangat fasal hal tu dah. Memang dia cakap yang orang ni perempuan murah, tapi orang sendiri yang tahu… sama ada orang ni murah atau tak.”

                Dia nampak sentap.

                “Tak payah cakap lagi fasal tu. orang malas dah nak dengar. Jadi, orang dah maafkan, okey?”

                Dia merenung aku. dengan pandangan mata yang serba salah. “Salah orang… orang emo sangat masa tu. tak fikir panjang.”

                Aku merengus. “Sudah, kan orang cakap jangan cakap fasal hal ni lagi?”

                Aku tinggalkan dia, meneruskan langkah menuju ke kereta apabila nampak ayah yang baru keluar dari tandas sedang berjalan ke kereta.




BAB 27

AKU menguap lagi. Aku baru bangun. Semalam sampai di kampung pada jam 2.30 pagi. Walaupun aku hanya tidur dari awal perjalanan, tapi letih juga. Kesian dekat ayah yang memandu. Waktu pukul 2.30 pagi pun rumah tok wan riuh. Siap dengan cucu-cucu Chek Na ada jugak. Tak tidur-tidur lagi. Semuanya kalut dengan persiapan kenduri. Tapi aku tengok, pak su Wan tidur awal lagi! Orang lain tengah sibuk, bakal pengantin boleh tidur saja…

                Aku melihat Farha, sepupuku yang tidur di sebelah aku di dalam bilik arwah ibu. Seronok juga aku balik kampung kali ni, dia ada sekali. Farha adik Faris… muka mereka seiras. Teringat pula pada abang Faris. Dah lama aku tak dengar khabar dia.

                5.45 pagi. Aku kejutkan Farha.

                “Afa… bangun, kita kena mandi awal… nanti bilik air jammed…” teringat pula bila mak lang pun ada sekali. Dengan anak-anak dia lagi. Ramai pulak tu!

                Farha mengeliat. Kemudian dia bangun. Bangun dengan mata yang terpejam. Kami berdua mengambil tuala, kain batik dan bakul mandi. Tuala kami berdua letakkan di atas kepala kemudian pegang hujungnya di bawah dagu. Biar tutup kepala sebab ada pak lang dan pak long. Kalau ada pak su sahaja, tak apa pun kalau aku tak pakai tudung.

                Kami keluar dari bilik. Menuju ke bilik air yang terletak di dapur. Mendengar curahan air dari dalam bilik air. Aku mengetuk pintu sedikit.

                “ini siapa kat dalam?”

                “Awin, kak Yana! Awin lambat lagi…!” Awin anak mak lang yang sama umur dengan Farha.

                Tiba-tiba pak long datang. “Haaa… Yana, lepas Awin mandi, pak long pulak tau! Jangan potong line…” aku menepuk dahi. Kalau aku tahu jadi macam ni, baik aku tidur sampai pukul enam setengah, lepas tu baru bangun!

                “Alaa, daddy! Ladies first…”  Farha merengek pada pak long.

                Pak long tersengih. “Mana boleh. Nasiblah siapa suruh bangun lambat sikit dari daddy… cuba pergi tengok bilik air sebelah bilik mak lang tu…”

                Kami ke bilik air sebelah bilik mak lang.

                Ada orang jugak. Terdengar curahan air dari dalam.

                Aku ketuk perlahan pintu bilik air.

                “Ini mak lang! mak lang lambat lagi ni…!” aku dan Farha dah buat muka tension. Kalau mak lang yang mandi, jawabnya sampai ke matahari terbit kejap lagilah baru dia nak habis. Habisnya, di rumah tok wan ini hanya ada dua bilik air. Tapi… ada kolah di belakang rumah.

                Aku mengajak Farha mandi di situ. Dia menggeleng.

                “Tak nak lah… seram pulak rasanya…”

                “Tak ada apanya… ini dah bilik air yang lain jammed. Kita pergi mandi situ. Akak selalu mandi seorang saja kat situ kalau bilik air lain penuh… tak ada apanya. Bukannya kolah tu tak ada lampu!” aku menarik Farha. Kami berlalu ke dapur, kami buka pintu belakang. Suasana sejuk angin luar menggigit tulang. Farha terketar-ketar kesejukan. Suasana gelap di belakang rumah membuatkan Farha tak nak ikut aku. Aku tarik dia juga. Kolah yang sekelilingnya ditutup dan dikelilingi dengan atap zink yang dibuat seperti dinding untuk mengelakkan pandangan luar. Nampak seperti kabin kecil.  Aku masuk ke dalam dan memetik suis lampu.

                Aku menyangkut tuala di atas zink memandangkan ada ruang yang tidak tertutup di antara atas dinding zink dan bumbung. Ini kalau orang datang mengintai… memang nampak habis tratangtang!

                Aku sudah mengikat kemas kain batik. Berkemban. Farha pula masih terkial-kial mengikat kain batik supaya tidak terlondeh.

                Gayung yang terapung di atas air di dalam kolah aku capai. Mahu celupkan tangan dalam kolah pun, dah sejuk tergedik-gedik tau! Gila sejuknya, pagi ni!

                “Akak… malas lah nak mandi macam ni! Sejuk sangat…” Farha sudah merengek.

                “Ehh, pengotor kau! Mana boleh tak mandi…” aku gagahkan menyiram air ke badan perlahan-lahan. Kami berdua mandi macam terpaksa saja. Sejuk sangat. Dengan angin di luar kuat pulak. Aku ternampak parut yang sedikit besar di bahu kiri Farha.

                “Itu… bahu Afa kenapa?” aku menyentuh sedikit parut itu.

                Farha buat muka sedih. “Itulah, kak… masa pergi kem pengakap hari tu… bahu Afa kena timpa dahan kayu yang dah mereput di pokok masa masuk hutan. Sakit tau… habis parut badan Afa. Dah tak cantik…”

                “Alahh… sikit saja ni. Tak nampak jelas sangat.” aku mengusap bahagian parutnya. Kemudian meneruskan menjirus air pada badan. Walaupun sejuk, tapi bila dah mandi lama-lama sikit mulalah rasa okey.

                “Jeles tengok badan akak. Tak ada parut. Akak jaga kulit macam mana? Lembut…” dia pulak duk sedap membelai halus bahu aku. Geli pulak aku dengan budak ni. Pantas aku jiruskan air di kepalanya. Menjerit kuat dia.

                Dia tolong gosok belakang aku. ini yang ada faedahnya bila mandi dengan Farha. Memang dia yang akan jadi tukang gosok belakang. “Akak… akak kenal dengan cucu Chek Na yang seorang tu…?” Farha bercakap semasa menggosok belakang aku. Aku angkat kening. Cucu yang mana?

                “Yang mana satu? Iwan?” aku teringat pula pada cucu Chek Na yang kecil seorang itu.

                “Bukan… yang semalam dia balik sini dengan akak dan pak ngah tu. Awalnya Afa ingat entah siapa dia tu. tak sangka yang dia tu cucu Chek Na. Afa tak pernah kenal pun. Terkejut jugak tengok akak balik sini dengan dia. Macam kenal rapat saja…” Irfan.

                “Akak pun baru kenal dia saja…” bohong. Nak dekat empat bulan dah aku kenal dia. “dah tahu dia cucu Chek Na. Dia tinggal kat Damansara. Lagipun dia baik dengan pak ngah, pak ngah ajak dia balik sekali dengan kami sebab mak ayahnya ke Russia. lagipun Chek Na yang suruh dia balik kampung…”

                Terdengar bunyi ‘ooo’ dari mulut Farha. Kami menjirus lagi air ke badan apabila sesi menyental badan sudah selesai.

                Waktu aku sedang memakai baju, Farha yang sedang memerah kain basahan berkata…

                “Akak… cucu Chek Na yang tu hensem. Hensem sangat. Afa suka tau tengok muka dia. nampak cool saja. Mesti dia baik, kan?”

                Mahu saja aku sumbat kain basahan tu dalam mulut Farha! Pulak… dia boleh puji si sengal tu? si Farha ni minat dekat Irfan ke?

                “Afa… tak semestinya semua orang hensem tu baik. Apalah kau ni… main tengok rupa saja. Mana Afa tahu hati budi dia pun. Dah kata dia baik. Afa tak tengok ke gaya dia… macam serabai saja. Dengan rambut panjang dia tu. serabut mata orang lain tengok…” kira macam aku sebagai si pembangkang yang melawan si pembela. Cukup tak setuju dengan statement yang dikeluarkan oleh Farha.

                “Akak ni… bunyi macam prejudis sangat! Akak kata baru kenal dia juga, kan? Tapi boleh pula akak judge dia tu berlawanan dengan apa yang Afa cakap. Tapi kalau gaya rambut dia tu, Afa suka tengok, comel tau!”

                Aku menggeleng saja. Susah betul lah Farha ni. “Alah… tipikal macam dia tu selalunya yang tak berjenis, tahu?”

                Tak!

                batu jatuh di kaki Farha. Aku mengerut dahi. Batu yang sebesar hujung ibu jari aku itu aku ambil. Aku pandang Farha. Dia dah buat muka takut. Entah dari mana batu ni masuk… aku tengok bahagian atas. Mungking dari ruang antara dinding zink dan bumbung ni. Aku baling keluar semula.

                Tak!

                Masuk lagi batu. Jatuh di kaki aku pula.

                Aku tak ambil batu tu kali ni. Aku letakkan tuala di kepala, terus cabut keluar cepat-cepat. Farha yang terpinga-pinga awalnya menjerit. Kemudian laju langkahnya mengejar aku. Kami berdua meluru masuk melalui pintu belakang. Terkejut pula dengan tok yang sedang berada di dapur.

                “Apa yang duk menjerit sakan ni?!” sekali kena marah dengan tok.

                “Takut tok… ada orang main baling-baling batu kat kolah tadi…” Farha merengek.

                “Sapa suruh hangpa tu hingaq sangat. Padan lah muka, kena kacau! Subuh-subuh pun nak hingaq!”

                Sumpah aku tak nak mandi dah kat situ!



“HAH, Yana… ni pak su beli dekat Indon…” Pak su menghulurkan beg plastik. Pada Farha dan Awin juga dia hulurkan sama.

                “Apa ni, pak su?” Awin bertanya.

                “Buka sajalah…” kami pantas membuka bungkusan plastik yang masing-masing kami dapat. Farha sudah menjerit sakan bila melihat isinya.

                Akhirnya kami bertiga yang menjerit sakan. “Pak su… apa ni?”

                Pak su hanya gelak. “Apanya…? Baju lah kan… takkan tak tahu? Pak su beli masa pak su pergi Indonesia minggu lepas.”

                Kami mengacu pakaian itu ke badan masing-masing. Kemudian aku pandang Farha, Farha pula pandang Awin. Awin buat muka.

                Kami masing-masing buat muka. Muka sedih. Pak su ni jahat tau… sengaja mahu kenakan orang. Aku yang berdiri terus duduk di sebelah pak su. Mencubit pehanya. “Pak su ni… ini baju bibik-bibik selalu pakai tau! Pak su sengaja nak kami ni jadi bibik apa?”

                Pak su gelak lagi. “Memang pak su nak kamu tiga orang ni jadi bibik pun… pemalas sangat. Padanlah… pakai baju tu. alah, itu baju tidur saja. Bukannya suruh pakai pergi berjalan pun. Tapi kalau nak pakai pun, okey apa. Fashionista!” aku mencebik. Baju tidur Indonesia… gaya dah kalah bibik! Malu pula nak pakai.

                “Excuse me, pak su yang tersayang! Afa ni bukan pemalas tau.” Farha dan Awin turut duduk di sebelah aku.

                “Alah, baju saja pun… kamu ni…” pak su berkata mengejek.

                Aku cubit perlahan peha pak su. “Hmm… bibik pun bibik lah. Terima kasih lah pak su. Teringat jugak nak beli hadiah dekat Yana…”

                “Haa! Macam ni lah, baru anak saudara pak su!” pak su menepuk belakang aku perlahan.

                Farha dan Awin mencebik.

                “Assalamualaikum…” mendengarkan suara di muka pintu depan, kami yang berada di ruang tamu mengalihkan pandangan pada pintu utama.

                Dia.

                “Eh… Irfan kan? Marilah masuk…” Pak su bangun lalu mempelawa dia masuk ke dalam rumah. Dia, dengan rambut serabainya yang sedikit menutup mata. Dengan t-shirt lengan pendek dan seluar bermuda yang bawah sedikit parasnya daripada lutut.

                Aku jeling Farha dan Awin di sebelah. Farha dah melebar senyumannya. Awin pula sudah ternganga sedikit. Kemudian dua orang itu saling berpandangan. Kemudian mereka terjerit sedikit. Terjerit gaya seronok yang melampau! Pak su memandang mereka berdua pelik. Aku pula sudah menepuk dahi. Tak tahu malu betul budak berdua ni.

                “Ini, Chek Na suruh hantar sini…” dia menghulurkan tuppaware besar.

                Pak su mengambilnya. “Eh…buat susah saja. Terima kasihlah… apa ni?” pak su membelek tuppaware itu.

                “Pengat pisang.”

                Bila lihat dia macam dah nak pergi, pak su panggil semula dia. ajak masuk rumah dulu. Tapi dia menolak. Kemudian dia pandang aku dari muka pintu. Aku buat muka selamba saja. Kemudian dia buat simbol ‘telefon’ menggunakan tangannya lalu didekatkan pada telinga. Kemudian tangannya digoyang sedikit. Maknanya dia suruh aku telefon dia.

                Kemudian dia pergi.

                “Yana… ada apa-apa ke?” pak su buat muka mengusik. Farha sudah menarik baju aku.

                “Akak… akak ada nombor telefon dia ke? Kenapa dia buat isyarat suruh akak telefon dia??? Mesti akak ada apa-apa dengan dia ni…!” Farha sudah merengek kecewa.

                “Huishh… mana ada apa-apa dengan dia!” aku menolak Farha agar sedikit jauh dariku.

                Kemudian telefon di dalam poket menjerit-jerit. Pak su sudah tersengih.

                “Amboi… cepatnya dia telefon. Disuruh si gadis yang menelefon, tapi si teruna pula yang telefon!”  
                Hah, sudah. Aku bangun segera. Mahu pergi ke belakang. Nak jawab panggilan yang datangnya dari ‘sengal’. Farha dan Awin yang cuba melihat skrin handphone aku, aku cubit terus pipi mereka berdua.




BAB 28

“Nak apa?”

                Jengkel aku bertanya.

                “Marah lagi ke?” suara di hujung talian kedengaran bersalah.

                Aku mendengus. “kan orang cakap, tak nak sebut fasal ni lagi. Orang dah tak marah!”

                “Okey…”

                Kemudian dia diam. Aku pun diam. Masing-masing diam. Satu saat, dua saat, tiga saat… ini macam membazirkan kredit aku saja.

                “Nak apa lagi?” perlahan aku bertanya.

                “Ermm…” duk teragak-agak nak cakap pulak dia ni!

                “Kalau tak ada apa-apa… orang letak dulu. Bye!” aku tekan terus butang merah. Annoying betul si sengal ni.

                Ada bunyi bising-bising di luar. Aku jenguk kepala ke luar rumah. Melihat ada lori yang sudah terparkir di halaman rumah tokwan.

                “Mereka nak buat apa tu, mak long?” aku menyoal mak long yang sedang melihat sama. Kami berdua melihat pekerja-pekerja yang turun dari lori dengan membawa besi-besi panjang.

                “Nak pasang kanopi lah tu…” aku angguk saja. Kalau esok akad nikah di masjid, lusa kenduri di rumah tokwan. Majlis kenduri semuanya dibuat di sini saja. Tak ada pula majlis di rumah pengantin perempuan. Aku pun tak kenal lagi dengan bakal mak su aku. dengar Awin cerita, bakal mak su itu sebatang kara. Dari kecil membesar di rumah anak yatim. Sekarang dia seorang jurutera seperti pak su. Mereka berkenalan di Qatar apabila sama-sama terlibat dalam satu projek. Sebab dia tak ada saudara-mara, majlis kenduri semuanya dilangsungkan di sini saja.


               
MALAM berinai. sakan betul mereka bersembang. Riuh rendah bilik pengantin yang sudah terhias cantik ini. Bakal pengantin perempuan sudah tersenyum malu apabila diusik saudara-mara kami. Belum lagi jadi mak su, aku dah mula belajar panggil dia dengan panggilan ‘mak su’. Mak su Zulaikha. Mak su Ika.

                “Alahai… cantik sungguh bakal pengantin ni…!” mak lang sudah memuji. Chek Na pula sibuk menginaikan jari-jemari mak su. Awin dan Farha pula sibuk meminta Chek Na untuk inaikan jari-jari mereka juga.

                Aku pula lebih seronok membelek hiasan bunga telur di sudut bilik. Siap dengan set barang hantaran bertemakan ungu.

                “Hah… yang anak dara seorang ni, berangan dah kahwin ke?” aku terkejut bila mak long menampar lengan aku meskipun perlahan saja. Semua yang berada di dalam bilik ini tertumpu mata masing-masing pada aku. Aku buat muka blur.

                “Memang patut berangan pun… calonnya dah ada!” Farha mengekek ketawa. Semua di dalam bilik ini turut ketawa.

                Aku pantas saja menyangkal tetapi mak long pula sibuk bertanya pada puterinya yang bermulut kepoh itu. “Siapa calonnya, Afa?”

                “Mummy baru ingat bila besar nanti nak padankan dengan along kamu…” along? Aku menepuk dahi. Abang kepada Farha… Faris! Pandai-pandai saja mak long ni.

                Farha sudah tergelak. “Alah… padan muka along. Siapa suruh belajar jauh-jauh sangat. Kak Yana dah terlepas ke tangan orang lain…!” aku baru habis SPM, dah kalut bincang soal jodoh aku pula? Awalnya! Tak mahulah, aku…

                Tiba-tiba pintu bilik diketuk…

                “Hah, siapa tu? Masuklah…” Chek Na berkata sedikit kuat. Terhenti kerjanya yang sedang menginai jari mak su.

                Pintu bilik dibuka sedikit. Semua mata tertumpu pula pada orang yang berada di sebalik pintu itu. Berhenti sekejap sesi usik-mengusik antara kami. Aku bangun dari duduk, dari sudut aku berdiri, aku tak nampak siapa yang berada di sebalik pintu itu. Aku bergerak ke tepi sedikit. Aku sudah nampak orang yang berada di sebalik pintu itu. Nampak comel memakai baju Melayu merah hati bersama kain pelikat. Dia…

                Matanya tertumpu pada Chek Na sahaja. “Tok Na, pak cik Ridhwan panggil tok Na.”

                Aku baru sedar yang mata Awin dan Farha sedang memandang aku bersama senyuman. Tiba-tiba Farha dan Awin tergelak kuat.

                “Hah, inilah calonnya…!” kuat Farha berkata. Riuh kembali satu bilik pengantin. Aku sudah melopong. Tak guna punya budak Farha ni!

                Chek Na pula bagai tak endahkan kata-kata cucunya itu. Lebih seronok melayan Farha si mulut kepoh. “Lah… Chek Na tak tau pulak yang calonnya tu cucu jambu Chek Na ni! Kiranya Yana ni bakal jadi cucu menantu Chek Na lah, kan?” masing-masing dalam bilik ni tak tahu yang aku ni memang sudah menjadi tunang kepada cucu Chek Na yang seorang itu. Seronok pula mereka semua ‘kenen’kan aku dengan tunangku sendiri? Hal tunang itu hanya aku, Irfan, ayah dan ibu bapa Irfan sahaja. Yang lain semua tak tahu. Termasuk abang aku, Ariff yang berada di Australia itu.

                Aku pandang dia yang sudah tercengang di muka pintu bilik. Matanya membulat. Kemudian dia pandang aku dari jauh. Keningnya diangkat sedikit. Tanda dia tak faham dengan situasi ni. Memanglah dia tak faham, elok saja dia buka pintu bilik ni tadi… dia sudah digelakkan oleh semua yang berada di dalam bilik ini.

                “Tok Na… pak cik Ridhwan panggil kat luar tu…” dia mengulang ayatnya pada Chek Na. Chek Na menyudahkan kerja menginai. Kemudian bangun, keluar dari bilik ini. Tapi si dia itu pula masih tercongok di depan pintu.

                Aku kerutkan dahi bila dia mendepangkan lima jari tangan kanannya. Kemudian dia menggamit aku supaya datang kepadanya. Apa kes pula dia burukkan keadaan pada waktu macam ni?! Riuh habis satu bilik pengantin!

                “Amboi…” mak su sudah tersenyum nakal kepada aku. Mahu tak mahu aku berjalan juga menuju ke pintu bilik.

                “Pakai baju sedondon pula malam ni…” mendengarkan suara Awin, aku baru perasan yang aku juga pakai baju kurung merah hati. Aku menepuk dahi. Cepat-cepat aku keluar dari bilik pengantin. Sesak nafasku!

                “Afa dah agak… mesti kak Yana ada apa-apa dengan abang Irfan tu…” dengar suara Farha dari luar. Mahu saja aku masuk semula ke dalam bilik itu, dan aku cabut semua giginya! Geram pula dengan Farha. Aku menutup pintu bilik pengantin dari luar. Masih terdengar suara gelak tawa dari dalam. Bercakap fasal aku lah tu!

                Aku alihkan pandangan pada dia pula.

                “Nak apa?” suara aku perlahankan tapi dua ayat itu aku tekankan dengan nada geram. Aku besarkan sedikit mata aku.

                “Tadi… mereka semua tu cakap apa fasal orang?” dia pantas bertanya aku dengan muka blur. Aku gigit bibir bawah dan tayang muka geram.

                “Tak ada apa pun…” geram aku membalas. Kami berjalan ke luar rumah. Melihat riuh rendah suasana luar pula. Sekumpulan kanak-kanak iaitu cucu-cucu Chek Na seronok main kejar-kejaran di bawah kanopi yang masih belum disusun mejanya. Di antara rumah Chek Na dan rumah tokwan pula sekumpulan pak cik-pak cik yang sedang memasak dengan kawah besar. Dari tempat kami berdiri terdengar suara Chek Na yang sibuk mengarah semua orang. Chek Na yang sedang bercekak pinggang memberi arahan untuk memasak. Ada juga sekumpulan lelaki-lelaki yang sebaya dengan tokwan sedang duduk bersembang sambil minum kopi di pangkin pokok mangga. Tok wan and the gang buka ‘kedai kopi’!

                Pada waktu malam pula yang meriahnya. Iyalah… esok majlis akad nikah. Lusa kenduri. Aku nampak pak su yang sibuk melayan kawan-kawannya di dangau yang elok terbina di halaman rumah tokwan.

                Aku pandang orang sebelah aku pula. Dia yang nampak sedikit jakun. Mesti dia tak pernah rasa suasana kenduri di kampung. Iyalah… dia baru saja pernah balik kampung dua kali. Kali pertama masa abang Faris ada sekali hari tu, kali ni pula adalah kali kedua. Nama pun, budak yang membesar di bandar.

                Aku pandang dia atas bawah. Nampak comel sangat dia pakai baju Melayu dengan kain pelikat ni. Cuma rambutnya tetap serabai seperti selalu. Tapi, nampak comel pula dia, hari ni!

                Dia alihkan pandangan pada aku. matanya dikecilkan sedikit. “Apa tengok-tengok?”

                Aku termalu sendiri. Pantas saja aku menunduk. Dia mengeluarkan Iphonenya tanpa aku sedar. Dengan menggunakan Iphone, dia tolak dagu aku perlahan, dia tidak pula gunakan tangan untuk mengangkat muka aku. Wajah aku naik ke atas, bersetentang pandang dengan wajah dia. aku tercengang. Perlahan-lahan dia mencapai besi cermin mata yang melintang di antara dua kanta cermin mata. Ditarik perlahan cermin mata aku.

                Blur.

                Snap!

                Dia ambil gambar muka aku, close-up, tanpa cermin mata. Mata aku kabur memandang sekeliling.

                Kemudian letakkan cermin mata aku di atas kepala. Gaya yang orang selalu buat dengan sunglasses!

                Aku mencebik. Tak guna punya tunang!

                Dia senyum herot. Kemudian dia tayangkan gambar muka blur aku tanpa cermin mata di handphonenya. Teringat pula hal di kafe kelmarin, kalau orang lain tangkap gambar aku… bukan main dia marah sampai pecahkan handphone orang tu! Sekarang ni, dia pula yang main tangkap gambar aku sesuka hati.

                “Suka hati dia saja…” aku membebel.

                Dia buat muka poyo. Muka poyo gaya gedik!



               
BAB 29

MASA majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid kampung, dia ada sekali. Siap dengan baju Melayu, bersongkok. Dah tak ada rambut yang selalu menutupi dahinya. Waktu aku baru sampai masjid tadi… aku rasa macam nak balik semula rumah tokwan dan tukar baju. Semalam dah kena usik sebab baju sedondon, hari ni pun kena juga!

                Aku merenung dari jauh dia yang memakai baju Melayu berwarna hijau pucuk pisang. Aku merenung kembali baju yang aku pakai. Memang sama warnanya. Tak ada yang beza. Awin di sebelah aku sudah tersengih nakal. Farha pula ralit menengok si tunang aku yang nampak selamba saja mukanya.

                Macam manalah sampai dua kali sedondon pakaian kami…

                “Sama warna lagi… akak memang ada apa-apa dengan dia, kan?” Awin bertanya dengan senyuman gedik. Aku cubit terus pipinya. Memang semua orang ingat aku ni ada apa-apa dengan si Irfan tu. mungkin kami ni couple… tapi, tak!!!

                Minta maaflah, ya? semua orang tak tahu yang dia tu tunang aku. soal baju sedondon ni, aku tak rancang langsung dengan dia. kebetulan sahaja! Tapi, nampak macam semua orang suka sahaja dengan si Irfan tu! Biasalah… cucu kesayangan Chek Na!

                “Akak… kenapa pakwe akak tu hensem sangat?” Farha bertanya. Aku letakkan jari telunjuk di bibir sambil membulatkan mata. Biar si Farha senyap. Majlis dah nak mula.

                Aku intai pandang mak su Ika yang nampak berseri dalam sepersalinan pengantin berwarna putih gading. Nampak mak su yang sedikit gugup. Tok yang berada di samping menenangkan mak su.

                Mak su berwalikan hakim. Tok kadi pula sudah duduk di hadapan pak su yang nampak kacak sekali dengan baju Melayu putih. Pak su nampak gugup juga. Aku sedikit hairan. Apa yang nak gugup sangat…? Hanya cakap, ‘aku terima nikahnya’ saja… hendak katakan ramai orang di dalam masjid ini, aku lihat sedikit sahaja orang. Hanya saudara-mara dekat.

                Pak su ni… over!

                “Sah?”

                “Sah!”

                “Alhamdulillah…” semua orang mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi. Aku tersenyum simpul melihatkan wajah pak su yang tampak lega amat! Berbeza sebelum akad nikah tadi. Tadinya nampak pucat… sekarang dah berseri! Pelik-pelik betul orang baru kahwin ni!

                Pak su bangun, menunaikan solat sunat. Tok pantas sahaja memeluk mak su.

                Pak su menghampiri mak su. Tangan pak su diletakkan perlahan di atas kepala mak su yang bertudung, pak su melafazkan taklik. Lafaz taklik iaitu talak tergantung yang dibaca dan dilafazkan oleh si suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian.

                And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought.                                                                                                                                                                                             (Surah Ar-Rum : 21)     
            
        
                Perkahwinan pak su dan mak su yang bersulamkan kasih sayang. Terpancar kebahagiaan di wajah mereka berdua. Aku mengalih pandangan pula pada si dia yang berbaju Melayu hijau pucuk pisang.

                Kami berkenalan dimulakan dengan perasaan marah… kemudian bertunang secara mendadak, tanpa disertai adat.

                Betul katanya… kata-kata yang dia pernah bilang pada aku semasa di perpustakaan dulu. Tunang hanya sekadar ikatan yang dipersetujui antara dua pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan sebelum mendirikan masjid. Ikatan yang mengatakan bahawa kita serius dalam hubungan ini dan bercita-cita untuk mendirikan masjid bersama suatu hari nanti…
                …jika salah seorang pihak itu berkata ‘tidak’, samalah macam dah putus tunang. Hanya dengan melafazkan kata seperti, ‘kita putus’, ‘kita tak ada hubungan lagi’, ‘I’m not marrying you…’ sama maksudnya orang itu memutuskan hubungan.    

                Kami berdua tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Hubungan tunang, hubungan yang menyatakan maksud… ingin mendirikan masjid bersama suatu hari nanti. Maknanya, suatu hari nanti aku dan dia juga akan lalui hari seperti ini? Lalui hal yang sama seperti mak su dan pak su. Kalau ikutkan hati orang tua kami berdua, ayah juga bersetuju soal tunang itu, nampaknya ayah telah tetapkan calon suami untuk aku.

                Selepas kami habis belajar… Ada dalam lapan tahun lagi… mungkin? Apa mungkin pertunangan ini akan sampai ke ambang perkahwinan, atau terputus di tengah jalan? Apa aku bisa mendirikan masjid bersama dia?

                Entah kenapa… aku suka pula bila tengok dia. walaupun dengan perangai dia yang pelik-pelik. Perangai yang susah aku nak faham. Dalam hati aku sendiri, aku pun bersetuju dengan pertunangan ini. Kiranya aku bersetuju untuk kahwin dengan dia suatu hari nanti…

                Sudah… aku muda lagi sekarang ni. Kiranya aku dah ada calon suami ni, aku tak payah fikir nak cari orang lain dah. Dia ni kiranya steady boyfriend aku! Nak muntah pula aku dengar…

                Bahu aku dicuit lembut. Aku berpaling ke kiri. Tak ada orang. Ke kanan, tak ada orang juga. Bila aku pusing kepala ke hadapan…

                “Berangan, cik Jannah!” terkejut aku bila dia berada di depan aku. sudahlah dari tadi aku asyik fikir fasal dia.

                Sekarang sesi bersalaman pengantin. Aku malas tengok drama air mata bila mak su dan pak su menyalam tangan tokwan dan tok. Tokwan pula masih dengan muka selamba, dia boleh buat lawak bodoh pula depan semua orang. Sempoinya, tok wan aku ni!

                “Kiranya… suatu hari nanti kita akan hadapi hari macam ni?” aku alihkan pandangan pada dia.

                Memang itu yang ada dalam fikiran aku tadi…

                Aku hanya menjongket bahu. Tandanya aku tak tahu. Aku pejamkan mata sebentar. Aku tak tahu dan aku tak mahu berharap. Takutnya terputus di tengah jalan. Usia kami baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan kami sehingga habis belajar. Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku, kan?

                “Jom pergi dekat tok kadi tu!” perlahan dia berbisik di telinga aku. Aku melihat pada tok kadi yang sedang bercakap-cakap dengan tokwan.

                “Nak buat apa?”

                “Bagi tahu dia yang, ‘kami ni tunang, tolong nikahkan kami pula!’.”

                Aku tepuk dahi. Dia sudah tersengih gedik.

                “Kalau nak pergi dekat tok kadi sebab nak cakap macam tu, pergilah seorang saja!” geram aku dengan perangai dia ni.

                “Ohh… kalau macam tu, memang nak pergi seorang pun. Nak minta tolong tok kadi supaya nikahkan orang dengan dia!” zuppp! Rasa macam jantung aku berdegup lebih laju sedikit. Aku tengok dia yang sudah mula berjalan ke arah tok kadi.

                Gila apa dia ni? Aku cepat-cepat tarik baju dia. Dia tergelak.

                “Tahu takut…” dia senyum pada aku.   

                Aku nampak Farha dan Awin yang tersenyum nakal memandang kami berdua dari jauh. Segera aku berjalan laju, meninggalkan si dia yang berbaju Melayu hijau!




BAB 30

DARI tadi aku tak nampak bayang dia. Rasa takut pula. Jangan pula dia pakai baju Melayu ungu! Tapi… hari ni semua saudara-mara sebelah tok wan pakai tema ungu. Kalau ‘ter’sama warna baju pun, orang takkan cakap apa. Aku sapu sedikit hujung baju kurung moden aku. Aku pergi ke bahagian menyambut tetamu. Farha dan Awin yang sibuk menghulurkan cenderahati pada tetamu yang hadir.

                Dalam ramai-ramai orang yang hadir, mata aku tertancap pada seorang pemuda yang memakai baju Melayu warna hitam. Entah kenapa, berbunga pula rasa hati ni! Aku tersenyum sendiri pula…

                “Akak… tolong Afa ni…” aku tersedar apabila Farha yang sedang membawa dua bakul besar penuh dengan cenderahati menghampiri aku. aku pantas sahaja menyambut satu daripada bakul yang dipegangnya.

                Kami menyerahkan cenderahati bersama-sama.

                Kemudian ada seorang lelaki yang datang bersama keluarganya. Keluarganya bersalaman dengan tokwan dan tok. Ayah juga bersembang sakan dengan keluarga lelaki itu. Lelaki yang memakai t-shirt polo bersama denim biru itu tetap memandang aku. Aku buat tak tahu saja.

                Lelaki itu? Kacak… memanglah kacak. Tapi aku lagi suka tengok muka tunang aku yang berbaju Melayu hitam itu.

                Lelaki itu menghampiri aku, aku buat selamba. Tetap lemparkan senyuman manis pada dia. Dia berjalan melepasi aku, kemudian dia tersenyum. Melihat langkahnya yang berlalu pergi ke kanopi yang meriah dengan tetamu yang hadir, aku menarik nafas lega.

                Terasa ada yang mencuit pinggangku. “Akak! Akak kan dah ada abang Irfan? Yang lelaki hensem tadi tu, bagilah dekat Afa!” Farha memuncung.

                Ada pulak macam tu, budak ni! Mana ada aku nakkan lelaki tadi?! Aku ni dah tunang, okey?

                “Ambillah…!” geram aku membalas. Farha tersengih gembira.

                Sampai tetamu beransur surut sedikit, kami semua bergambar dengan pengantin di pelamin yang terhias cantik. Juru gambar pula sibuk mengarahkan kami supaya berpusing sakan. Aku mengambil tempat, berdiri di sebelah mak su yang duduk di sebelah pak su. Pelamin yang dihias berkonsepkan taman Inggeris, dengan lampu neon yang cantik bersinar. Kristal-kristal yang tergantung di gerbang pelamin berkilau cantik. Ramai budak-budak kecil yang duduk di tangga pelamin. Menunggu masa untuk mengambil gambar sekali. Aku jeling si dia yang berbaju Melayu hitam. Dia berdiri di sebelah pak su.

                Klik! Klik!

                “Okey, next…” juru gambar sibuk mengarah lagi.

                Tiba-tiba mak su bangun dari kerusi empuk pengantin. Aku tercengang, mak su menarik aku pula yang duduk di atas kerusi itu, duduk di sebelah pak su. Elok aku alihkan pandangan ke sebelah… pak su dah hilang. Yang ada di sebelah aku pula, DIA?!

                Pak su yang berdiri di sebelah dia, tersengih memandang aku. kami berdua tercengang. Tak faham situasi ni. Aku alihkan pandangan pada mak su. Mak su tersenyum kemudian dia meletakkan jambangan bunga yang dipegangnya pada peha aku.

                Aku lihat di sebelah. Irfan pula sudah memegang sekeping cardboard. Cardboard yang selalunya orang guna untuk sesi bergambar. Cardboard yang bermacam-macam-macam dekorasinya. Ada dekorasi berbentuk misai, hati… tapi yang Irfan pegang itu yang ada tulisannya… mak su kemudian menyuruh aku memegang sekeping cardboard juga. Belum sempat aku tengok apa yang ditulis pada cardboard yang aku pegang, juru gambar suruh kami semua memandang kamera.

                “Okay… stay!”

                Klik! Klik!

                “Nice…”

                Farha sudah berlari turun dari pelamin. Berlari ke arah jurugambar. Aku juga cepat-cepat bangun. Ada-ada saja mak su dengan pak su ni! Malu aku… aku tengok dia di sebelah. Muka dia masih tercengang lagi.

                Aku ikut langkah Farha. Pergi kepada jurugambar. Dia menghulurkan kameranya pada aku. Melopong aku melihat gambar itu.

                Gambar yang memalukan… Pak su dan mak su tersengih di sebelah kami, aku dan dia pula dengan muka tercengang duduk di kerusi pengantin. Dia, duduk sambil memegang cardboard, ‘I’m marrying her…’ dengan anak panah yang terlukis di atas cardboard itu menunjuk pada aku, di sebelahnya. Aku pula… dengan jambangan bunga dan cardboard, ‘I’m bride-to-be!’. Farha pula memegang cardboard berbentuk hati. Anak-anak kecil yang duduk di tangga pelamin semuanya memegang ros merah dan putih!

                “Haaa… gambar-gambar hari ni, nanti kita buat album khas tau!” pak su sudah tersengih pada aku. Aku pantas saja memukul lengannya. Jahat betul pak su!!! Mak su pun sama… komplot dengan pak su.

                “Wooo… muka Yana merah!!!” pak su sibuk mengusik.

                Kebas habis muka aku… aku tengok dia yang sudah lari ke luar. Mukanya merah juga.

                Aku juga berlari keluar. Malas mahu melayan pak su. Geram pun ada!

                “Err… awak?” tanpa sedar aku hampir saja terlanggar orang. Aku pantas mengangkat kepala. Lelaki yang awalnya tadi tersenyum pada aku di tempat menyambut tetamu. Dia tak balik lagi?

                “Sorry…” dengan muka bersalah aku minta maaf. Dia tersenyum kemudian menggeleng. Kemudian masing-masing diam. Aku baru saja kenal dia… nak bersembang fasal apa? Baik aku blah dulu…

                “Err… awak dah ada orang ke?” hah? Tercengang lagi.

                “Dah ada orang? Maksudnya?” pelik pula dengan lelaki seorang ni… bara saja kenal aku, tiba-tiba tanya dah ada orang ke tak!

                Terasa hujung lengan baju kurung aku ditarik. Kemudian ada figura seseorang yang menghalang pandangan aku dan lelaki tadi. Seseorang yang berdiri di hadapan aku.

                “Dia dah tunang!” aku ternganga dengan apa yang orang di hadapan aku ini katakan. Lelaki yang baru saja aku kenal lima minit lalu tampak terkejut.

                “Ohh, sorry…” lelaki itu senyum. Kemudian dia berlalu pergi.

                Irfan mengalihkan pandangan pada aku pula. Hujung lengan baju kurung aku ditarik. Aku mengikut langkahnya menuju ke belakang rumah. Tempat yang jauh sedikit daripada kesesakan dan riuh rendah orang ramai.

                “Apa kena dengan dia sekarang ni?” tinggi suaranya.

                Aku tercengang. Blur. Tak tahu apa…

                “Ke… kena…pa dengan orang?” aku sedikit terkejut dengan dia yang menentang pandang dengan aku. kecut perutku. matanya membulat. Nampak ketara yang dia sedang marah!

                “Sebab ni lah orang tak bagi dia kerja lagi kat kafe… sebab macam ni lah…! orang tak suka bila orang lain dekat dengan dia! Orang tak suka!”

                Rambut belakangnya dikirai kasar. Kemudian dia memegang belakang lehernya, kemudian dia memandang aku dengan hujung matanya.

                “Apa… salah orang?” kecut perut aku bila bertanya dia sebegitu. Sekarang ni, aku memang tak faham… apa salah aku sekarang ni?

                “Don’t do that innocent face, please… it’s killing me. I’m crazying that face…

                Aku tak faham. Hampir saja aku menangis. Suaranya juga sudah mengendur.

                “Orang… tak faham…” aku berkata perlahan.

                Dia meraup wajahnya berkali-kali.

                “Orang cuma tak nak orang lain dekat dengan dia! Orang tak nak…! Orang sayang dia…!!! Itu pun tak faham ke?!”

                Terkejut? Ya.


                Tercengang? Ya.



.: Haaa . . . macam mana ? tolonglah komen . . . saya merayuuu ! kalau untuk sambungan si Tulip ni , harap sabar lah ye . saya ni bakal sibuk ! kalau ada kuntuman 'POPI' di sebelah Tulip tu nanti , klik lah ya ? itu lah sambungannya . kalau tak ada lagi , harap faham . sibuk !!!!


CEK MEK MOLEK !

3 comments:

  1. kekeke,,kakyg copy dluuu...nnti kak yg baca,,takut dayah padam..kekeke...

    ReplyDelete
  2. bikin suspens! hehe.. sambung lagi dayah.. can't wait longer..^_^

    ReplyDelete