Fellah

bismillah ,

okey , dah klik daisy tu kan ? kalau tak klik lagi , better klik dulu . tengok2 laaa , sinopsis and prolog dulu keyy ? haaa , ini baru nak start . bermula al-kisah yang ditulis oleh budak cengeng ni , tatau best ka dak . kalau tak best jangan marah ehh ? komen kat bawah atau kat cbox tu . komen ehh ? pleaseeee . . . *buatmukacomel+gediks*



BAB 1

“Handout! Cepat…!” handout Pendidikan Islam aku keluarkan dari beg. Mahu serahkan kepada Haniff yang sedang berdiri di hadapan kelas sambil melambai-lambaikan handout keudara.

                “Siapa lambat hantar sendiri dekat ustaz, ya?” setelah beberapa orang menghantar handout, Haniff mengugut. Semua buat muka selanga. Malas mahu menghantar pada ustaz, baik tak payah hantar terus!

                Aku perhatikan kumpulan meja lelaki di belakang.Masing-masing kalut. Kalut meniru jawapan handout si Muiz ; budak nerd yang selalu ‘dipermainkan’ oleh enam orang geng duduk belakang tu.

                Aku mula mengemaskan beg. Mahu segera pulang ke asrama. Asmi di meja sebelah aku masih mengeliat malas. Pantas sahaja aku menepuk belakangnya.

                “Oi, cik kak! Cepatlah… kelas kita ni, budak form six nak guna pulak!”
                “Iyalah… aku nak bangun lah ni! Kacau betul bebudak form six ni, main guna kelas orang pulak.” Asmi mengomel.

                Sudah dua hari budak form six guna kelas kami. Kami, pelajar form five guna kelas bagi persekolahan sesi pagi. Form six pula persekolahan sesi petang. Disebabkan kelas mereka yang hanya ada dua di sekolah ni, telah rosak teruk akibat kes gaduh hari tu. So, sekarang ni kelas diorang dalam proses renovation. Pembaikan semula. Ada juga aku intai-intai tengok kelas diorang, rosak teruk bukan main lagi!

                Apa punya gaduh laaa…



“ASMI, tunggu!” aku terkejankan Asmi yang sudah menonong keluar dari kelas. Ada dua tiga orang budak form six mula masuk ke dalam kelas. Aku terus berlari keluar dari kelas.

                Bedebuk!

                Elok aje keluar kelas, aku terlanggar seseorang. Elok aje kepala aku mendarat dekat dada dia. Sah, ini lelaki!

                “Nak jalan, tengok-tengok dulu, moyang oiii! Tak padan dengan mata empat nak tambah lagi mata enam!”

                Ayarkkkk…!

                Asmi di belakang mamat yang tengah sedap memaki aku ni, hanya buat muka terkejut.

                “Min… minta maaf, ya?” jadi takut pulak.

                “Apa pakai cermin mata tak cukup power ke apa?!” cermin mata tak cukup power?!!!

                Aku mendongak. Melihat dia yang tinggi lebih kurang sejengkal lebih daripada aku.

                Siapa dia ni? Tak pernah aku tengok pun?

                Dia hanya membalas pandangan aku dengan pandangan dingin beku. Aku menunduk semula kemudian cepat-cepat pergi dari situ.



“JANNAH, kau buat kerja gila tadi!” aku mengerut dahi. Apa yang aku buat?

                “Kau… tak pernah lagi orang peluk abang hot tu tauuu!!!”

                Heh? Siapa yang hot sangat tu…?

                “Siapa?” aku meneruskan suapan nasi ke mulut. Lapar sangat, mana aku kisah si Asmi ni cakap apa.

                “Irfan Muazlah! Kau ada peluk orang lain lagi ke tadi?!” kuatnya suara Asmi, habis semua orang dalam dewan makan tengok kami berdua. Patutlah waktu aku ajak Maisarah makan sekali dengan kami tadi, dia tak nak. Malu katanya…

                Aku ugut mahu sumbat buah epal dalam mulut Asmi. Pantas saja dia buat gaya untuk menzipkan mulutnya.

                “Memang aku peluk orang lain pun. Aku peluk Mizan tau! Aku tak peluk pun yang namanya ‘Irfan Muaz’ budak hot tu!” geram aku membalas. Ingat aku sengaja apa main peluk mamat form six tu tadi?

                Asmi mencebik.“Kau peluk Irfan tadi… ada hati nak peluk Mizan pulakkk! Berangan ajelah!”

                Mizan, budak form five tapi tak sama kelas dengan aku. Dari aku form one lagi aku memang minat dekat dia. Sebab waktu minggu suai kenal pelajar tingkatan satu dulu, dia tolong aku kutip hint dalam kolam ikan yang senior paksa untuk cari. Baiknya dia, kan?



AKU nampak Mizan lalu di depan aku. Entahlah, aku suka tengok dia. Nampak baik saja. Muka pula putih bersih. Bukannya aku suka gila bagai nak rak! Cuma suka dengan sikapnya. Itu yang jadi rutin aku asyik ulang pada Asmi yang aku minat dia.

                Minat dengan sikap dia. Bukannya aku serius pun. Kalau ayah tahu aku main-main macam ni di sekolah, entah-entah dia hantar aku sekolah lagi jauh! Itu yang aku tak nak main-main sangat. Tak fasal ayah dengan perangainya nanti… cari nahas saja.

                Aku berdiri di koridor. Mizan dari kelas sebelah berjalan. Melintas di depan aku. aku biasa saja. Tak ada hal yang istimewa dalam hati aku. cuma mata aku sedap memandang dia. Baik, hensem dan lemah lembut tutur bahasanya.

                Elok aje dia berjalan di hadapan aku, dia mengulum senyum pada aku. Aku membalas biasa saja. Tiba-tiba saja dia menunduk pula. Mukanya memerah bersama senyuman. Heh, tipikal hati bunga!

                Tapi… itu yang aku suka! Tak serius pun, okey?



BAB 2

BEG sekolah aku sangkut di tepi kerusi. Mengantuk punya hal ni, aku terus letakkan kepala atas meja. Semua sebab diorang buat ‘kedai kopi’ dekat dorm aku semalam. Aku pun gatal pergi join sekali, kenalah padahnya!

                Aku letakkan pipi sebelah kanan di atas meja. Baru aku sedar, ada contengan di meja aku.

                Lukisan lakaran seorangperempuan yang memakai cermin mata. Dilakar menggunakan pensel. Kemudian aku lihat di bawah lukisan itu, ada tulisan yang diconteng dengan magic pen!

                Jangan tidur dalam kelas, ya!

                “Eiii… mesti kerja budak form six. Dahlah pinjamkelas orang, lepas tu main conteng meja pula!”aku capai sticky notes. Aku tulis dan aku tampal di penjuru meja sebelah kanan.

                WARNING! Hak milik kerajaan, jangan conteng, ya?!

                “Biar dia baca,” puas hati aku. Masa untuk padam lukisan tu pula…

                “Yang kau ni, nak bagi warning dekat siapa? Siap lekat dekat meja lagi…” Asmi yang entah datang dari mana, menjengulkan kepalanya di sebelah aku.

                “Budak form six lah… guna kelas orang, tapi tak pandai nak jaga barang kita pulak!” marahku.

                “Barang kita? Kat note tu kau tulis ‘hak milik kerajaan’…” aku rasa macam nak tenyeh mulut Asmi dengan lesung batu!

                Mata Asmi melirik ke arah lukisan di meja aku.“Wahhh… yang ini cantik! Aku suka lukisan ni… budak form six tu ke yang lukis? Jangan padam tau!”

                “Menyemak meja aku saja. Biarlah aku nak padam…” pemadam sudah berada betul-betul di atas lukisan itu.

                “Ahah! Aku tak benarkan, aku tahu kau jealous sebab kau kan tak reti lukis? Cantik lakaran ni, walaupun dia hanya main conteng-conteng saja…” Asmi menarik tangan aku yang memegang pemadam jauh dari lukisan itu.



ESOK pagi lagi. Aku ke kelas macam biasa. Dah tak mengantuk macam pagi kelmarin sebab semalam aku tidur awal. Aku letakkan beg di tempat biasa.

                “Wah… comel gila doodle ni!” Asmi dan beberapa orang rakan sekelas aku datang mengerumuni meja aku.

                Kartun doodle pula yang diconteng atas meja aku? Tak cukup kelmarin, hari ni pun dia conteng meja aku! Memang dah tak berkesan sticky note yang aku tampal.

                Sudahlah conteng dengan liquid paper. Kartun doodle seorang budak perempuan memakai cermin mata besar sambil menjelir lidah.

                Ini yang Asmi dengan bebudak lain cakap ‘comel gila’?!

                Buruk amat kartun ni! Geramnya aku bila tengok ada tulisan yang diconteng menggunakan liquid paper juga. Diconteng elok di bawah kartun doodle itu.

                This is you, idiot!

                “Comelnya kartun ni… kenapalah dekat meja aku tak ada satu? Contenglah dekat meja aku satu…” Sumaiyyah memuncung.

                “Jeles aku dengan kau, Jannah!”

                Geram!!!

                “Tak ada maknanya korang nak jeles dengan aku.Tak berbaloi langsung. Ingat seronok ke meja kena conteng?” pembaris plastik aku keluarkan dari kotak pensel. Aku kikis contengan doodle itu sehingga habis. Kemudian aku tiup habuk putih liquid paper itu.

                Sekali dengan lukisan kelmarin, yang Asmi cakap cantik sangat tu, aku padam dengan pemadam. Tulisan dengan magic pen pula aku cuba kikis dengan pembaris lagi. Walaupun tinggal kesan sedikit, aku puas hati. Sekurang-kurangnya dah tak berapa jelas tulisannya yang menyakitkan hati.

                Budak form six mana lah yang duduk tempat aku ni?

                “Note ‘warning’ yang kau tampal kelmarin dah tak ada? Kena buanglah tu…” aku baru sedar yang note kelmarin memang dah tak ada bila Asmi cakap. Dia buang…?

                Memang dia ni jenis yang tak ambil kisah dengan apa yang orang cakap ya?!

                Aku keluarkan sebuku sticky notes, aku tulis di atasnya. Kemudian aku koyak sehelai, tampal lagi pada meja aku.

                Stupid! Jangan conteng meja lah!!!




BAB 3

“Hello? Assalamualaikum… ayah!” gagang telefon aku letakkan di tepi telinga.

                “Ayah? Ayah sihat?” riang aku bertanya.

                “Waalaikumussalam. Hmmm, sihat.” Mendatar saja suara ayah. Sedikit aku terasa hati.

                Lama aku diam di talian. Ayah juga tak berkata apa. Masing-masing diam. Aku jadi kekok bila bersembang dengan ayah. Niat aku, menelefon ayah malam ini untuk bertanya khabar ayah setelah hampir dua minggu aku di asrama.

                “Err… abang ada telefon ayah?” tak tahu nak cakap apa, nama abang pula aku kaitkan.

                “Ada. Dua hari lepas.”

                Mendengarkan abang ada menelefon ayah, hati aku sedikit berbunga. Aku rindu pada abang. Sudah hampir tiga tahun dia di Australia. Sambung belajar. Tiga tahun jugalah aku tak jumpa dia. Rindu…

                “Iyakah, ayah? Abang cakap apa?” beria-ia aku bertanya.

                Tapi… jawapan ayah mengecewakan aku. “Tak penting pun. Yang penting sekarang, belajar elok-elok. Jangan nak main saja.” Tegas suara ayah.

                “Hmmm… ya, ayah. Tak apalah kalau macam tu, Jannah nak pergi naik bilik. Kirim salam dekat abang kalau dia telefon ayah…”

                “Hmmm…”

                “Assalamualai…”

                Tutt… tutt… tutt…

                Hampir saja aku menangis di depan pondok telefon. Tapi aku tahan sahaja. Malu dengan orang lain lagi yang sedang menunggu giliran mereka untuk menelefon di belakang.



“AKAK! Akak dari mana? Lambatnya masuk dorm…” adik junior aku, Aliya dan Wilda bertanya. Aku hanya senyum. Mereka seolah perasan dengan mata aku yang memerah. Alahai, Jannah… kau ni… memang tak pandai sorok perasaan!

                “Call ayah tadi… dekat bawah.”

                “Ahah! Rugi akak tak ada tadi… Kak Reen cerita fasal kisah cinta dia.” Wilda seronok memberitahu aku. Mood aku berubah terus.

                “Iya?! Ruginya…!”

                Aku yang berada di pintu bilik berjalan masuk menuju ke katil dua tingkat yang berada di hujung sekali. Ramai yang berada di situ. Hmmm… ‘kedai kopi’ lagi!

                “Seronoknya bersembang!!!” aku sergah mereka. Qasreena tersengih-sengih melihat aku. Ada Asmi, Sumaiyyah, Fasha, Erin dan Damia dari bilik sebelah.

                “Kau pun ada, Asmi?” Asmi sengih. Cik Asmi ni, setiap kali orang bukak kedai kopi, dia wajib join sekali!

                Damia menarik tangan aku supaya duduk sekali dengan mereka. “Kau rugi, Jannah! Lambat… tadi elok aje dengar Reen cerita kisah cinta dia.”

                Mengekek aku ketawa. Inilah yang si Aliya dan si Wilda bagitahu aku tadi. Muka Qasreena dah memerah. Tersengih-sengih.

                “Siapa yang jadi pujaan hati dia ni?” aku mengusik.

                “Alah, dia cerita aje. Tak nak pun bagitahu siapa orang tu. Nak secret lah, katanya! Kononnya lah…” Damia mencebik pada Qasreena.

                Fasha kemudiannya ketawa mengejek. “Takkanlah kau tak dapat tangkap lagi, Mia? Si Reen ni cerita… obvious sangat! Aku tahulah siapa lelaki tu…” Qasreena nampak terkejut. Pantas sahaja lengan Fasha dicekak. Fasha terkejut.

                “Kau tahu?” Fasha angkat kening.

                “Irfan Muaz lah! Takkan korang tak tahu?” Qasreena menjerit kemudian mencubit peha Fasha. Baru kami semua tahu… memang betul siapa yang Fasha agakkan itu!

                Tapi… siapa Irfan Muaz tu?

                “Reen malu-malu pulak!” Erin menyakat.

                “Hah, Reen… for your information, si Jannah tu dah peluk pujaan hati kau tau!” mendengar kata-kata Asmi, mata aku membulat. Baru aku ingat, Irfan Muaz mamat yang aku langgar dekat pintu kelas tu!

                Menjegil mata Qasreena memandang aku. Cepat-cepat aku tarik rambut Asmi.

                “Mana ada peluk! Terlanggar macam tu aje!!!” aku nafikan cepat-cepat.

                “Betul ke…?” aku rasa macam nak sumbat mulut Asmi dengan cili padi banyak-banyak!

                “Ayoooo, Jannah! Reen dah cemburu tahap berapi tuuu!!!” muka Reen serius. Kecut perut, dehhh…

                Hati aku senang kembali apabila Qasreena senyum kembali.

                “Aku marah main-main aje! Walaupun aku tak tahu perasaan dia, mungkin aku syok sendiri. Tapi, aku tak nak orang lain dekat dengan dia. Dan aku yakin, Jannah takkan buat macam tu…”

                Aku gelak saja. Seolah-olah ayat Reen tak terkesan di hati aku. Buat apanya yang aku nak terkesan sangat?



7.30 PAGI.
Aku duduk macam biasa. Macam kelmarin jugak, sticky note yang aku tampal pada meja kelmarin hilang lagi. Memang sah dia buang!

                “Hah, hari ni lukisan apa pulak?” Damia menghampiri meja aku.

                “Kau tengoklah, Mia. Sakit hati aku!”

                Damia mengekek ketawanya bila melihat contengan yang menggunakan pen marker pula di atas meja aku. Contengan ‘smiley’ yang berwajah malas. Kemudian ditambah air liur di tepi mulut ‘smiley’ itu. Ada tulisan,

                ‘Ada aku kesah?’

                Mekkkk! Sudahlah guna marker permanent lagi tuuu!

                “Budak form six mana yang duduk tempat kau ni? Aku tak rasa macam perempuan…”

                “Memang aku tak rasa macam dia tu perempuan. Perangai macam apa lagi! Siapa lah malaun tu?” pagi-pagi pun hati aku dah terbakar.

                “Sabar ajelah…”



“CADANGAN diterima.”

                Aku menguap lagi. Bosan dengan perjumpaan kelab. Dari tadi apa yang diorang cakap, semuanya aku buat tak tahu saja. 

                “Jannah, macam mana? Ada apa-apa yang awak nak cakapkan?”

                Terkejut aku bila Ridhwan, pengerusi kelab bertanya pada aku.

                Aku jadi blank. “Hah, saya okey aje… elok jugak cadangan tu…”

                Cadangan apa pun aku tak tahu…

                “Kalau dah semua setuju… cik setiausaha pun setuju… kita pun on ajelah cadangan tu. Nanti kita bincangkan keperluan pada mesyuarat akan datang sebab saya rasa kita dah lewat petang sangat dah ni.”

                Hah! Sedar pun… tahu pun kau, yang sekarang ni dah lewat. Pengerusi kerek ni, beria-ia nak lanjutkan mesyuarat ni. Kelab lain dah lama habis. Ingat seronok ke dengar kau bercakap lama-lama? Waktu petang pulak tu… mengantuk, tahu?! Dah pukul 5.15 petang. Aku, solat asar pun belum lagi tau…?!

                “Jannah, siapkan kertas kerja.” Sedap gila si Ridhwan ni mengarah aku?!

                Apa nak dikata, sekejap lagi mula lah dia nak pertikaikan ; ‘Apa guna ada setiausaha untuk kelab ni?’

                “Okey, nanti saya siapkan.”

                Kena jugaklah aku cakap macam tu, nanti banyak songeh pula! Cakap aku ni tak pandai buat kerja pula. Aku kena tanya Suraya fasal hal perbincangan tadi. Nampak macam dia tekun saja mendengar dari tadi.

                Aku pun menonong keluar dari bilik kelab. Menuju ke asrama. Mahu solat asar di surau asrama. Malas mahu pergi ke surau utama yang jauh dari asrama.

                Aku berjalan melintasi koridor. Dari koridor yang aku berdiri. Aku lihat kelas aku di blok sebelah. Budak form six masih tak habis kelas lagi. Aku berjalan ke hadapan. Baru teringat akan siapalah yang duduk di tempat aku…

                Ke depan sedikit, dihalang oleh tangga ke perpustakaan. Ke belakang sikit. Okey, hampir nampak… tapi hanya nampak badan dia yang duduk di tempat aku di belakang sekali. Sah, lelaki yang duduk tempat aku! Aku rendahkan badan aku sedikit. Ahah! Dah nampak dah… siap duk conteng meja aku lagi?!

                Kejap… mamat tu?

                Ya Allah…!




BAB 4

DIA? Yang cakap aku ni moyang yang pakai cermin mata tak cukup power tu?! Dia yang si Reen tu minat sangat tu?! Dia yang duduk dekat tempat aku?! Yang conteng meja aku hari-hari?!

                Aku tengok, semua bebudak form six dalam kelas tu dah mula bangun. Sebaik kelibat cikgu keluar melepasi kelas aku, semua keluar. Ahhh… aku kena balik asrama cepat. Asar pun belum lagi!

                Aku berjalan laju. Sedar-sedar pulak, bahu kiri aku terlanggar besi penghadang di tepi tangga. Buku catatan aku jatuh. Habis semua sisipan-sisipan kertas aku yang aku sisip di antara muka surat buku itu terkeluar. Aku menunduk. Mahu mengambil buku aku.

                Buku aku terpelanting ke depan.

                Terkejut aku. Belum sempat aku mencapai buku aku, sudah ada kaki yang elok sahaja menendang buku aku terpelanting ke depan. Geramnyaaaaa!!!

                “Memang sah pakai spec tak cukup power, moyang! Bawak buku pun boleh jatuh.”

                Aku tahu itu siapa. Siapa lagi yang mahu panggil aku ‘moyang yang pakai spec tak cukup power’? Aku tundukkan badan. Mengutip sisipan-sisipan kertas yang berterabur. Kemudian pergi mengambil buku yang sudah jauh terpelanting.

                “Hesy… buat gengster pulak dekat sini. Sudahlah pakai serabai! Baju pun tak tuck-in. Rambut pula berserabut…” aku mengomel. Meluat melihat gaya si ‘Irfan Muaz’ yang Asmi cakap budak hot sangat tu!

                Macam ni gaya budak hot? Aku cepat-cepat beredar. Malas mahu berdiri di situ lagi. Mahunya cari fasal pula…



“ADUHH!” terjerit aku menahan sakit apabila sebiji bola mengenai batang tubuhku. Dari jauh aku lihat Marsha, berjalan menghampiriku. Kemudian dia tunduk mengambil bola yang berada di depanku. Bola yang tadinya dia baling pada aku.

                “Tak sengaja… biane.” Tanpa rasa bersalah dia pergi semula ke tengah padang. Memang aku malas mahu beriadah petang ni, tapi disebabkan semua wajib turun padang aku turun jugaklah. Setakat duduk tepi padang pun ada juga bola yang melayang pada aku!

                Elok saja dia pergi… Asmi menghampiri.

                “Biane konon! Bajet dia tu orang korea sangat! Kulit pun ala-ala hangit aje!” sedap Asmi menyembur.

                “Hangit-hangit dia pun, cun!” aku membalas balik sambil mengusap belakang badan yang terkena balingan bola tadi.

                “Eleh… cun lah sangat! Nampak sangat yang dia sengaja baling bola tu kat kau. Haiii, Jannah! Apa yang kau buat sampai dia dengki macam tu?” Asmi tak puas hati.

                Aku mencebik. “Manalah aku tahu! Aku rasa macam aku tak buat apa pun.”

                “Biarlah kat dia! Yang kau nak sibuk sangat kenapa?”

                Asmi mengecilkan matanya. Memandang aku tepat. “Aku sibuk ni sebab aku caring dekat kau, kawan!”

                Dah mula dahhh…

                “Merajuklah tu…” Asmi memuncung. Matanya menjeling. Aduhhh… tak larat nak pujuk lah macam ni…!

                “Aku belanja kau esok?” melebar terus senyuman dia. Melompat-lompat.

                “Okey, deal. Esok, kau belanja aku dekat kafeteria. Aku nak makan banyak-banyak!” aku sengih ajelah. Nak cakap apa lagi? Kalau minah ni merajuk hari-hari, memang kempis dompet aku! Makan kuat betul dia ni… tapi berat tak naik-naik.
               


“HAH! Makan lagi…”

                “Nak makanlah ni…! Dah kau belanja, memanglah kena makan banyak!” aku tengok saja Asmi yang sedang menyumbat makanan ke dalam mulut. Makan gaya tak senonoh pula tu. Qasreena dan Damia yang berada di sebelah aku jadi terkejut.

                “Kuatnya kau makan. Takut aku tengok…”

                Aku melihat pada meja belakang. Geng-geng Marsha ada dekat situ. Buat tak tahu sudahlah. Nanti cari gaduh pulak!

                “Jannah… yang kau belanja Asmi ni kenapa? Sudahlah dia makan banyak!”

                “Kalau aku tak belanja, mahu dia tak cakap dengan aku sampai sekarang!” Damia gelak

                Asmi tepuk meja. “Rezeki datang bergolek. Ada orang nak treat free! Buat apa nak merajuk lama-lama? Kita on sajalah!” seronok betul si Asmi ni habiskan duit aku. Memang dia suka makan banyak-banyak betul!

                Aku hadap pada makanan dalam pinggan yang tak terusik. Aku capai garpu dan cucuk fishball dalam pinggan aku. Mulut aku buka sedikit luas.

                “Eh, ada semut dekat fishball tu!”

                Hah? Semut? Tak mungkinlah…

                Aku jauhkan garpu yang tercucuk dengan fishball dari mulut. Mana ada semut! Tak ada pun… siapa yang cakap tadi tu? “Mana ada semut…”

                Nyammmm…

                Ehh? Mana hilangnya bebola ikan di hujung garpu aku? Aku tengok Asmi sudah berhenti makan dan memandang aku tepat dengan pandangan ; ‘I can’t believe this!’

                Damia sudah tercekik makanannya. Pegangan sudu  di tangan kanannya juga sudah terlepas. Ada juga orang dari meja sebelah curi-curi pandang, melihat apa yang berlaku di meja kami. Aku pula tak berani mengangkat muka. Terkejut pun ada. Gila, siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba ada seorang lelaki yang tak berapa betul tiba-tiba datang dekat kau, lepas makan makanan kau tiba-tiba.

                “Memang tak ada semut pun, moyang.” Selamba sahaja dia berkata. Aishhhhh, mamat ni memang teruk perangainya! Teruk amat!!! Suka hati, dia datang dekat area budak perempuan makan, lepas tu boleh berdiri dekat tepi meja kami dengan muka tak malu, makan pulak bebola ikan aku…! Kenapa tak makan makanan orang lain? Dia makan makanan aku jugak. Ya Allah… malunyaaaaaaa!!! Entah bila dia datang dekat sini pun aku tak sedar. Sedar-sedar dia dah telan bebola ikan aku.

                Dan… seolah aku pula yang suapkan dia…!

                Lepas tu, dengan selambanya dia belah macam tu aje. Okey, aku dah tak ada selera nak makan. Aku hulurkan pinggan aku pada Asmi. Mahu suruh dia habiskan. Aku memang betul-betul tak ada selera. Tapi Asmi pun nampaknya macam dah hilang selera. Dengan muka terkejut dia tu, makanan dalam pinggan dia pun tak habis lagi.

                Aku berpaling ke kanan. Damia yang sedang minum air beri isyarat mata pada aku. Melalui arah matanya, aku lihat Qasreena yang duduk di sebelah Damia. Alahai, aku lupa pula fasal Qasreena. Baru saja aku ingat yang Si Reen ni sukakan si mamat poyo form six tu! Sekarang pukul 1.30 tengah hari. Memang patut pun si mamat poyo yang serabai datang sekolah pun sebab sesi persekolahan petang mula pukul 2.

                Aku tengok muka Reen macam lain sikit aje. Takut pulak…

                Asmi yang baru elok dari muka terkejut dia tu, buat muka pelik pula. “Yang kau ni, Reen. Apesal muka cemik macam tu?”

                Aku pun tak tahu nak cakap apa, diam ajelah.

                Reen seolah-olah macam baru sedar, “Aku? Tak ada apalah… aku biasa saja!”

                Hmmm… aku tahu ada rasa yang tak biasa dalam hati kau, Qasreena. Bukan aku sengaja. Mamat serabai tu yang buat! Aku tak salah, tau!

                “Ini tempat orang makan… bukan tempat untuk orang bercinta sakan!” berdesing telinga aku. Dengar suara pun dah tahu… si Marsha hangit lah!!! Sedap aje dia main perli aku. Asmi berhenti makan. Kemudian dia memandang Marsha dengan muka tak puas hati.

                “Memanglah ni tempat makan, bukan tempat untuk mengutuk sakan!” muka dia merah. Kemudian dia pergi cepat-cepat dari situ. Asmi pulak nampak puas hati. Mungkin dia seronok lepas main perli balik dengan si Marsha tu…

                “Aku pergi dulu.” Reean tiba-tiba saja bangun. Laju langkahnya meninggalkan kafeteria. Damia mengeluh berat. Asmi buat tenang saja.

                Damia menepuk bahu aku perlahan. “Kau sabar ajelah dengan Reen… dia cemburulah tu…” cemburu? Sebab? Sebab mamat yang tak cukup saraf tu? Aduhai… Qasreena!



BAB 5

CUTI sekolah seminggu. Ayah ada kerja. Abang pula tak ada. Aku pula akan duduk seorang diri di rumah.  Jadi, aku lebih memilih untuk balik ke rumah tok wan di Kedah. Jauh memang jauh… tapi bila terbayangkan rumah tok wan yang dikelilingi sawah padi membuatkan aku rasa tak sabar pula. Sudah lama aku tak balik kampung.

                Pukul 7.30 pagi, aku sampai di Stesen Kereta api Gurun. Kelihatan tok wan yang sedang menunggu di bangku panjang. Aku tersengih. Seronoknya dapat jumpa tokwan!!!

                “Assalamualaikum, tok wan!” pantas aku menyalam tangan tokwan. Tokwan hanya tersengih.

                “Hamboih, cucu tok wan! Lama tak jumpak, makin segak noh!” sudah tok wan puji, aku sengih ajelah.

                Aku memandang tokwan atas bawah. Dengan serban di kepala elok terlilit, jubah yang hanya separas lutut bersama kain pelikat. Selipar pulak, selipar jepun aje! “Tok wan tunggu dari pukul berapa?”

                “Tak tau lah! Tak ingat. Habis balik masjid, pi minum kat kedai Pak Man sat. lepas tu, mai sini teruih.”

                “Hah, jomlah… tok hang kat rumah duk tunggu tu,” baru teringat fasal tok pula. Aku dan tokwan berjalan ke arah motosikal besar tokwan. Membulat mata aku bila melihat motor besar itu. Pantas saja mata aku menikam tok wan yang berjalan selamba sambil mengeluarkan kunci dari poket jubahnya.

                Aku menarik belakang jubah tokwan.

                “Kenapa tokwan bawa motor ni? Kenapa tak bawa kereta Saga tu aje?”

                Tokwan mencebik. “Ish… aku sesekali nak bergaya jugak lagu orang muda. Asyik naik kereta Saga cabuk tu ja… Kalau hang tak mahu naik, hang balik jalan kaki…”

                Mek! Jalan kaki makan masa satu jam kut! Nak dekat enam kilometer. Mahu tak mahu, aku mebonceng di belakang tokwan. Motor besar Yamaha tok wan ni, sudahlah berwarna merah menyala… Sekali start enjin, mahu mengaum satu pekan ni! Malunya…

                “Orang tak pernah tengok pun dekat pekan Guar Chempedak ni, ada pak lebai pakai motor singa ni tau!” aku berkata kuat pada tokwan apabila kami sampai di persimpangan menuju ke pekan Guar Chempedak.

                “Hang ni la, Yana! Biaq lain daripada orang, baru unik. Stylo…” aku menggeleng saja. Mahu kata apa lagi? Tokwan dengan motor besarnya, tak siapa boleh kompelin. Malu aku bila orang yang berada di tepi jalan di sepanjang pekan melihat kami. Sudahlah ekor serban tokwan asyik memukul dan menampar muka aku akibat ditiup angin laju. Kalau tak dikenangkan aku akan ditinggalkan di tepi jalan, mahu saja aku tarik ekor serban tokwan! Geram aku…

                Suasana pagi di Yan memang best! Udaranya nyaman. Sejuk memandangkan gunung Jerai, jelas kelihatan di sebelah kiri aku. Ini yang buat aku suka ni… tengah hari nanti, aku nak pergi mandi dekat air terjun bukit dekat kampung!

                “Alhamdulillah, sampai dah…” baru aku sedar, Yamaha tok wan dah elok terparkir di perkarangan rumah. Aku melihat rumah kampung di hadapanku. Rumah kampung dua tingkat yang tingkat bawahnya batu-bata manakala tingkat atasnya kayu-kayan sahaja. Memang tak berubah!

                Aku turun dari motor besar tok wan. Mendengarkan kecoh-kecoh dari rumah jiran sebelah membuatkan kening aku berkerut. Apalah yang kecoh sangat tu?

                “Hamboih, haji… cucu balik ka?” teguran dari Chek Na membuatkan tokwan tersengih.

                “Yalah… baru sampai budak ni…” aku pantas mendekati Chek Na. Menyalam dan mencium tangannya tanda hormat.

                “Hamboih segaknya!” sengih. Pagi ni, dah dua kali orang puji aku. Nak kata apa lagi…? Alhamdulillah saja…

                Tokwan memandang rumah bata berwarna kuning Chek Na yang berada di sebelah rumah tokwan. Hanya dipisahkan oleh rimbunan pokok magga dan pangkin kayu lama. “Apa yang kecoh sangat rumah hang pagi-pagi ni, Na?”

                Chek Na hanya tersenyum. “Anak cucu balik jugak, haji… baru sampai semalam. Musim cuti sekolah, ramailah orang balik kampung… si Hisyam, Ridhwan, Ain pun balik jugak. Dengan anak-anak depa lagi… tu yang meriah sikit pagi-pagi…”

                Tok wan mengangguk. “Tu yang kereta besaq sebijik kat depan rumah hang tu, kereta anak hang lah?” aku melihat sekali kereta besar Porsche Cayenne berwarna hitam di halaman rumah Chek Na. Mak aiii… besarnya kereta. Bukan kereta biasa pulak tu. Hitam berkilat cantik!

                “Kereta menantu. Suami si Ain tu…” Chek Na memberitahu.

                “Kaya betui suami Ain tu… kerja apa?” tok wan mula nak menyibuk.

                “Ada syarikat sendiri, depa kan duk KL… rezeki si Ain tu, haji…” aku sekali tumpang angguk. Fascinated! Seronok jadi orang kaya? Kereta besar… alah, setakat apa yang ayah dan abang sediakan untuk aku, sudah lebih dari cukup! Rumah kami di Shah Alam pun boleh tahan. Baju aku pun semua lebih. Tak ada pula yang aku susah tak pakai baju! Makan minum pun cukup. Alhamdulillah, bersyukur ajelah, Jannah!

                “Ain tu ada berapa orang anak?” tok wan tak habis lagi…

                “Sorang saja, haji… lelaki, tu pun pendiam amat… muka pulak macam perempuan. Jambu-jambu gitu!” Chek Na berkata. “Umuq dia lebih kurang si Yana lah ni… tua setahun kut.”

                Tok wan angguk lagi. “Dah besaq rupanya… hmmm, takpa lah… Na, aku masuk dulu lah. Hajah tu dah hingaq cari cucu dia ni.” Tok wan menepuk belakang aku. Chek Na pun meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

                Baru aku perasan. Ada kereta Mercedes Benz di hadapan rumah tokwan. Macam kenal kereta ni… “Kereta siapa ni tokwan? Ada orang datang?”

                Tok wan tak menjawab. Mungkin tak dengar kut. Aku yang membawa beg baju di tangan kiri melangkah ke belakang rumah. Mahu masuk ikut pintu belakang. Mesti tok tengah memasak dekat dapur. Terjengket-jengket aku berlari ke belakang. Melihatkan pintu belakang yang terbuka luas, aku yakin memang tok ada di dapur.

                “Assalamualaikum, tok!!!” aku menyergah.

                “Waalaikumussalam! Hesy, budak ni… mujuq tak terbalik belanga ni!” tok menepuk belakang aku. Hehe, seronok mengusik. Aku menyalam dan mencium tangan tok.

                “Hah, sampai dah…” baru aku perasan, mak long Idah pun ada dekat sini?

                “Mak long ada jugak? Sampai bila mak long?” aku mendekati mak long pula.

                Mak long mencium pipiku. “Sampai petang kelmarin.”

                “Afa ada tak, mak long?” beria aku bertanya akan sepupu aku, Farha yang muda dua tahun daripada aku. Rindu pulak dengan budak seorang tu!

                “Tau-tau cari Afa… dia tak mai, duk rumah dengan daddynya. Nak kena pi tuisyen lah dah budak tu periksa tahun ni. Alongnya ada lah.” Aku angguk saja. Mak long menyuruh aku meletakkan beg aku di dalam bilik yang sudah disediakan. Hmm… bilik mana lagi, bilik yang biasa aku duduk lah! Selalu aku balik kampung, memang bilik itulah yang aku duduk. Mak long cakap, itu bilik arwah ibu. Memang, aku tak pernah tengok wajah ibu. Setakat tengok dalam gambar. Ibu dah tak ada sejak aku lahir. Ibu meninggal kerana lahirkan aku. Seolah-olah aku telah membuat ayah dan abang kehilangan ibu.

                Pintu bilik ibu hampir kubuka. Tapi… bilik yang berada di sebelah bilik ibu, iaitu bilik pak su Wan macam mencurigakan saja. Macam ada orang… bunyi kipas dari dalam meyakinkan aku yang bilik itu ada penghuninya. Setahu aku, pak su Wan memang tak balik kampung sebab sekarang dia berada di Jerman. Habis, siapa yang ada di dalam?

                Aku meletakkan beg baju di sisi pintu bilik ibu. Kaki perlahan-lahan melangkah ke pintu bilik pak su. Nak bukak terus… macam tak sopan kut-kut ada orang kat dalam?

                Ketuk dulu lah. Belum sempat aku ketuk pintu sudah terbuka dari dalam.

                “Mummy, laparlah…” hampir melopong aku. Dia pula hanya berkata dalam keadaan mamai sambil matanya terpejam.

                “Abang Faris?” soalku. Dia seperti baru tersedar daripada mamai.

                Membulat matanya memandang aku. Dia dengan t-shirt dan kain pelikat malu melihatku.

                “Ya…Ya… Yaanaa…” meleret panggilannya.

                “Tak tahu pulak abang Faris balik sekali dengan mak long Idah?” haiyaa… abang sepupuku, Faris anak mak long Idah. Mukanya tak berubah. Sama macam dulu walau dah bertahun aku tak jumpa dia. Dia lah teman masa zaman kanak-kanak dulu.

                Dia tersengih malu. Pantas dia meraup mukanya.

                “Hah, hat tu pesyen tidoq lepas subuh. Pukui  lapan baru reti nak bangun. Hai laa, cucu aku!” tok wan yang berada di ruang tamu berkata kuat. Faris tersengih. Biasalah, dah namanya lelaki, tok wan! Lagipun… pukul lapan baru. Awal lagi. Selalunya orang kalau tidur lepas subuh mesti lajak sampai tengah hari.


“YANA baru sampai, ke?” soalnya apabila kami berdua elok duduk di pangkin kayu di bawah pokok mangga. Elok duduk menghadap rumah tok wan dan membelakangkan rumah Chek Na. Aku tersenyum pada Faris.

                “Waktu berdiri depan pintu bilik pak su tadi, memang baru sampai. Tak tahu pula ada orang dalam bilik tu…” Faris tersengih.

                “Abang mana tahu Yana nak balik rumah tokwan. Mummy pun tak bagi tahu apa-apa. Tokwan lagi lah tak cakap apa-apa. Tup-tup, Yana dah terpacak depan abang…” mengekek aku ketawa. Malu lah tu. Malu sebab aku tengok muka sememeh baru bangun tidur dia tu. Mujurlah handsome… kalau tak, mahu lagi aku gelak depan-depan dia tu.

                Aku menghayunkan kaki aku ke depan dan ke belakang memandangkan pangkin kayu ini boleh tahan tingginya dari tanah. Jadi bila aku duduk, kaki aku tak menjejak tanah. Faris pula hanya duduk sambil kaki kanannya diletakkan di atas peha kirinya. Nak buat gaya macho!

                “Nak dekat tiga tahun kita tak jumpa…”

                “Memanglah… selalunya bila Yana balik sini, abang bukan ada pun. Selalu ada Afa saja… itulah yang sampai tiga tahun tak jumpa,” aku mencebik. Faris pula mengangkat kening kanannya.

                “Habis tu, setiap kali Afa balik sini… sebenarnya Yana tunggu abang lah, ya?” usiknya. Aku jelir lidah.

                “Perasan! Tak tunggu pun…!”

                Faris tergelak. “Iyalah… sekarang dah tak jumpa tiga tahun… nanti bertahun-tahun pulak lah kita tak jumpa…”

                Pandangan aku alihkan pada dia. Melihat Faris yang tersenyum memandangku. Dahiku berkerut. Kenapa abang cakap macam tu? “Apa maksud abang?” mendengar soalan aku. Bertambah lebar senyumannya. Senyuman yang penuh dengan kenakalan.

                “Abang baru cakap yang nanti kita takkan jumpa bertahun-tahun, Yana dah mula rasa rindu?” terasa panas wajah aku. Memang dah agak yang dia nak usik aku. Aku pantas saja mencebik. Membuat ekspresi wajah ; ‘siapa nak rindu dia? Perasan!’

                Faris senyum lagi. Senyuman ikhlas. “Takkan nanti Yana tak rindu abang? Memang abang akan jauh dari Yana pun nanti…”

                Tiga tahun tak jumpa, perangai dia pun pelik! Geram aku, sekejap perangai mengusik, sekejap perangai buat sedih, main ayat pasrah pula! It’s annoying…!

                “Iyalah tu… buat ayat pasrah pulak… menyampah Yana!”

                “Cik Jannah Arianna, abang serius lah. Hari selasa ni abang nak bertolak ke UK…” terdiam. Okey, betul apa yang aku dengar? Serius? Tak main-main? Mata aku membulat memandang Faris. Susah jugak aku nak percaya. Kut-kut dia tipu aku…

                “Buat apa?”

                “Sambung belajarlah!” dia ketuk kepala aku perlahan menggunakan handphonenya.
                Aku diam. Otak mula mencerna. Faris, dah umur 18 tahun. Okey, tua setahun daripada aku. Dia cakap dia nak ke UK sebab nak sambung belajar… so? Apa masalahnya?! Itu pun otak kau lambat nak cerna! Lembap betul kau, Jannah…

                “Yana?”

                “Tahniah, ya!” beria aku mengucapkannya. “seronoknya dapat pergi UK… abang sambung course apa? Biasiswa atau sendiri aje…? Nanti abang tinggal dekat region mana? Wahh… seronoklah abang! Yana memang teringin tau pergi sana. Tapi, dah tak ada masa… ayah dengan abang sibuk. Takkanlah Yana nak pergi sorang-sorang?... abang nanti tinggal sana jangan lupa Yana tau! Nanti kut-kutlah terpikat dengan minah saleh mana pulak… manalah abang nak ingat Yana, kan? Kalau abang balik jangan lupa beli ole-ole tau!...” panjang lebar aku berceloteh. Memang jenis banyak cakap betul kau ni… so, what? Memang dah jenis aku…

                “Takkanlah abang nak lupakan Yana…” aku diam. Kata-kata dia langsung tak terasa di hati.

                “Kutlah… 365 days you’re thinking about women. Ingat Yana tak tahu?”


                “It’s just a woman.  Apa yang Yana tahu?” hmm… ikut suka kamu lah, encik Faris!



BAB 6

TUPPAWARE besar tok hulurkan pada aku.

                “Yana pi rumah Chek Na bagi hat ni sat… habaq kata tok bagi…” aku memebelek tuppaware besar itu.

                “Benda apa ni, tok?”

                “Bubuq kacang… dah, hang bawak elok-elok bagi kat Chek Na. Jangan duk bagi tumpah sudah…” aku angguk. Perlahan aku berjalan keluar dari rumah. Memakai selipar berwarna pink, menuju ke rumah Chek Na di sebelah. Elok aku keluar rumah, Faris yang sedang duduk rehat di pangkin memanggilku.

                “Yana…! Nak pergi mana? Jom kita jalan pergi sungai kat bukit sana, nak?” dengar fasal sungai dekat bukit, laju aku mengangguk. Lama tak mandi air bukit. Sejuk. Jadi excited pulak… Faris berjalan ke arahku.

                Dia mengambil tuppaware besar dari tanganku. “Ini untuk siapa? Benda apa ni?”

                “Tok suruh hantar dekat Chek Na. Bubur kacang…” aku berjalan seiring dengan Faris menuju ke rumah Chek Na yang berwarna kuning terang dindingnya. Berhati-hati kami meniti di atas batang kelapa yang tumbang, melintas parit kecil yang memisahkan rumah tokwan dan rumah Chek Na.

                “Assalamualaikum, Chek Na!” kami memberi salam. Terdengar sahutan dari belakang rumah. Pantas kami bergerak ke belakang rumah Chek Na.

                “Chek Na… ooo, Chek Na!”

                “Hah, Yana dengan Faris rupanya! Mai masuk dulu…” Chek Na menjengulkan kepalanya di pintu belakang yang menghubungkan dapur rumah. Kami berdua masuk ke dalam. Faris kemudian menghulurkan bekas tuppaware pada Chek Na.

                Chek Na buat muka pelik. “Apa dia ni…?”

                “Tok bagi… dia suruh kami hantar.”

                “Allah… terima kasih lah! Buat susah ja… hah, Yana… Chek Na lupa nak bagi kain yang tok hang upah suruh jahit tu. Ada dalam bilik jahit Chek Na… sat suruh cucu Chek Na ambilkan…” melihatkan Chek Na yang sedang terkial-kial bangun, tangan pula penuh dengan gentelan tepung, Chek Na memanggil cucunya.

                “Irfan! Oi, Irfan… hang tolong tok sat…” baru aku perasan, ada seorang lelaki yang sedang duduk di ruang santai sambil bermain dengan handphonenya. Cucu Chek Na lah tu…

                “Irfan, hang masuk bilik jahit tok… hang cari kain warna pink ada labuci-labuci sikit. Dalam beg kertas.” Si cucu mula bangun, bergerak ke bilik yang dimaksudkan. Lama juga kami menunggu. Chek Na sampai naik ‘cemuih’. “Hang jumpak ka dak, Irfan?!”

                Terdengar suara dari dalam bilik jahit Chek Na.

                “Tak jumpa, tok…”

                Chek Na menggelengkan kepalanya. “Budak ni, lah…” pandangan Chek Na beralih pada aku. “Yana, hang tau kan kain tu corak dia lagu mana?” aku angguk. “Hang pi tengok sat cucu jambu Chek Na dalam tu. Entah apa yang dia cari…”

                Faris duduk menemankan Chek Na yang sedang menguli tepung.

                Aku masuk ke dalam bilik menjahit Chek Na. melihatkan cucu Chek Na terkial-kial mencari, aku membantu. Mencari kain yang tok pesan pada Chek Na suruh dijahitkan bahagian tepinya. Mata aku teralih pada beg kertas di tepi mesin jahit. Aku mencapai beg kertas itu. Mungkin yang ini. Tapi, entah apalah yang aku ni lembik sangat, terlepas pegangan aku pada beg kertas itu. Jatuh ke bawah, jatuh di kaki cucu Chek Na.

                Terkeluar kain dari dalam beg kertas itu. Hah, memang inilah kain yang tok pesan!

                “Dah jumpa…” riang aku berkata.

                Cucu Chek Na menunduk ke bawah… mengambil kain itu dan memasukkan semula ke dalam beg kertas lalu diserahkan padaku. “Terima kasih…”

                Aku memegang beg kertas itu. Dia juga tidak lepaskan pegangannya. Dia ni, mahu beri pada aku atau tidak? Aku tarik sikit, dia pegang lagi kuat. Memang aku kenal cucu-cucu Chek Na. tapi aku tak pernah kenal cucu dia yang seorang ini! Pelik perangainya…

                Aku tarik lagi. Dia tarik balik. Aku dongakkan wajah aku. Memandang dia yang lebih kurang sejengkal lebih tinggi dari aku. Apa masalah cucu Chek Na yang seorang ini?!

                “Moyang…?”

                Boleh aku nganga sekarang? Memang aku dah ternganga sikit. Terkejut gila bapak!!! Dalam dunia ni, hanya ada seorang yang pernah panggil aku moyang. Moyang yang pakai spec tak cukup power. Dan… orang itu ada di depan aku. Gayanya tetap sama. Tapi kenapa awal-awal tadi aku tak dapat cam muka dia? Walaupun muka jambu, tapi dengan rambut dserabai macam Goku Dragonball… memang betul-betul gaya dia!

                “Irfan?”

                Itu saja yang boleh keluar dari mulut aku… aku tak tahu nak cakap apa lagi.

                “Moyang… tak sangka dapat jumpa moyang kat sini… moyang tinggal kat rumah sebelah tu, kan?” aku rasa dia lah cucu Chek Na yang Chek Na cakap pendiam amat tu! Pendiamlah sangat…

                Memang aku tak sangka gila yang dia ni cucu Chek Na. aku memang rapat dengan semua cucu-cucu Chek Na. tapi aku tak pernah tahu wujudnya yang seorang ini! Wow, memang hebat… masalahnya aku dah hampir tujuh belas tahun jadi cucu tokwan. Sejak aku kecik memang rumah tokwan jadi tempat aku membesar sehinggalah ayah bawa aku ke Shah Alam pada usia aku sepuluh tahun. Memang aku tak pernah kenal dia ni. Yang buat aku tambah terkejut lagi, dia bukan takat duduk sekampung… malah berjiran dengan rumah sebelah-menyebelah lagi!

                Cepat-cepat aku keluar dari bilik jahit Chek Na. Rasa macam tak percaya pun ada… kenapa sebelum ni aku tak pernah tengok muka dia kat kampung ni? Apa punya bala lah! Cepat sahaja aku mengajak Faris berlalu pergi dari rumah Chek Na. aku beritahu Chek Na yang kami ingin ke bukit di hujung kampung. Kalau ikutkan, memang Chek Na suruh kami duduk sampai makan tengah hari. Haishhh… tak mahu aku makan dengan mamat sewel tu.

                “Awat yang nak pi cepat sangat? Muka pun resah gelisah jaa… ni mesti cucu Chek Na hat jambu tu kata apa-apa kat Yana, kan?”

                Aku gelengkan kepala. Tapi Chek Na berkeras menyoal. “Hang kata apalah kat Yana ni, Irfan oiii! Aku cubit pipi gebu hang satgi!” marah Chek Na. dia? Dia pula hanya buat muka selanga. Buat perangai selamba badak dia. Sedangkan meja aku di sekolah pun dia conteng sesuka hati, sekali dengan apa yang neneknya cakap pun dia tak makan saman.

                “Kami pergi dulu, Chek Na…” Faris meminta diri.

                “Jom Yana…” Faris menarik  hujung baju di bahagian lenganku.

                “Iyalah, abang!” aku perhatikan dia dengan ekor mata aku. Sob-sob… mamat jambu tu jeling aku! Mentang-mentang mata kau cantik? Aku tak herannnlahhh! Korek mata tu, kang… aku tengok dia yang nampak macam tengah berapi. Seolah dikelilingi api. Aku pulak terbayangkan rambut dia yang serabai tu terpacak hebat. Tak pun, rentung! Baru hensem, yaaa? Hilang habis muka jambu kau…

                “Yana? Abang cakap dengan Yana ni…” Faris yang sedang menyarung selipar berkata. Menghentikan aku yang sedang ketawa sendiri.

                “Hah? Abang cakap apa?”

                Blur.

                “Hesy, dia ni… tak ada apalah…”
               


FARIS cakap yang dia letih. Habis balik dari rumah Chek Na, tokwan suruh Faris tolong kopek kelapa. Aku pula di dapur, tolong kukur kelapa. Mahu perah santan. Jadi aku beritahu Faris yang kami ke bukit petang nanti saja. Kesian dia, aku tengok tadi sampai merah mukanya di bawah cahaya matahari.

                “Penat, mummy…” Faris merengek pada mak long sebaik masuk ke dalam rumah. Aku gelak saja.

                Mak long mencebik. “Along… tak malu kat Yana, yang buat perangai gedik manja ni kenapa?”

                Tokwan turut masuk ke dalam rumah. “Hat tu namanya perangai gatai meqla! Orang baru suruh sikit, hang dah penat lagu nak pengsan!”

                Semua gelak. Sekali aku sakit perut gelak bila tengok muka Faris yang merah tapi masih nak kontrol macho.

                Tokwan meletakkan sejag air kelapa di hadapanku. Buah kelapa muda yang sudah terbelah dua juga tokwan letakkan di hadapan aku. Disuruh aku korek isi kelapanya. Aku pun buat ajelah… masukkan sekali dalam jag air kelapa. Aku bangun ke peti sejuk. Mengambil ais ketul dan masukkan ke dalam jag. Siap dihidang. Aku letakkan di hadapan tok wan dan Faris yang tengah ambil surat khabar untuk kipaskan diri dia.

                “Minum, tokwan… abang…” aku hulurkan gelas. Kemudian bangun ke dapur semula untuk menyediakan lauk tengah hari bersama tok dan mak long.

                Tokwan mencapai gelas air kelapa lalu meneguknya. Faris pula macam dah tak larat nak angkat tangan. Lembik aje bersandar dekat tepi dinding.

                “Faris! Minum lekas lah… satgi ais caiyaq tak sedap. Hang ingat nanti dekat negara mat saleh nu, ada ka aiq nyioq ni?” tokwan menepuk peha Faris. Berkerut muka Faris. Nampak sangat tokwan sengaja tampar peha dia kuat-kuat. Kesian kat dia, aku tengok dia memang selalu kena buli dengan tokwan.

                Mak long datang dari dapur. Duduk bersama kami di ruang tamu. Mak long meletakkan pinggan yang berisi cucur jagung. Memang tak padan, tengah hari makan cucur jagung… dah memang kami ni jenis main makan aje. Asal ada makanan yang bersih dan halal, dan makan pada waktunya. Mak long duduk di sebelah aku. Pandangan matanya pada Faris. “Along… dah kemas barang semua dah?”

                Faris hanya angguk lemah. Merah mukanya. Macam orang tenat!

                Pap! Kena tampar lagi…

                “Mak hang tanya tu…” tokwan gelak. Seronok dapat buli cucu. Faris pula muka macam nak menangis. Kesian dekat dia.

                “Dah, mummy…” lembik dia menjawab. Kalah orang puasa nampak? Teruk sungguhlah keadaan dia ni… buat over aje. Aku rasa macam nak jadi tokwan pulak. Mengata dekat Faris! Haha, despicable…

                “Pastikan tak ada apa yang tinggal. Along cek banyak kali…”

                “Abang Faris naik dekat mana nanti, mak long?” pelik aku bertanya. Barang-barang yang nak dibawa ke UK semua ada di sini. Walhal rumah mereka di Pahang. Mak long beralih pula pada aku. “Dia naik dekat KL lah… tapi dari airport Alor Setar dulu. Lusa kita hantar dia dekat airport Alor Setar. Alang-alang Yana ada dekat sini, kan? Saja mak long bawa dia datang Kedah. Sudah budak ni, tiga tahun tak balik sini. Sebelum dia pergi sana… baik jumpa tokwan dulu…”

                Aku angguk saja. Mahu kata apa lagi. Nampaknya aku yang paling lambat tahu yang Faris mahu sambung belajar ke luar negara. Lusa dia nak pergi, aku baru tahu pagi tadi… agak terasa, tapi… good luck, abang Faris! Aku pun teringin nak pergi sana. Lupa pula aku nak tanya yang si Faris ni universiti mana. Alah, kalau tanya pun… bukannya aku tahu rupa universiti dia macam mana. Sibuk aje aku ni nak tahu.

                “Hah, kejap lagi… Erni anak mak cik Yah nak datang tau. Nak tinggal anak dia dua hari kat sini. Sebab diorang nak ke Kuala Lumpur ada hal penting. Susah kalau bawak anak katanya…” mak long berkata. Aku kenal kak Erni. Tak tahu pula yang dia dah ada anak. Bila dia kahwin pun aku tak ingat. Dah lama dah kut, sebab menurut mak long yang anak dia tu umur empat tahun.

                “So, kena mengasuh lah ni?” aku gelak bila tok wan bertanya. Gelak bukan apa, sebab perkataan ‘so’ dekat awal ayat tok wan tu. Macam comel jer…

                Mak long mencebik. “Bukan ayah yang mengasuh pun… kalau ayah yang mengasuh, tak terjagalah budak tu… Idah lah yang jaga dia… tak pun kalau Idah sibuk, Yana yang jagakan, kan?” aku angguk saja. Aku tak kisah dengan budak kecil. Aku pernah jaga cucu-cucu Hajah Aminah yang tiga orang tu dulu… rasa macam jaga sepuluh orang. Tapi, aku tak pernah kisah. Seronok juga ada budak kecil yang menceriakan suasana.




BAB 7

ILMAN. Anak kak Erni. Comel sangat. Adorable. Macam aku nak picit aje pipi montel dia. Cakap dia pun pelat-pelat lagi. Aku ikat lidah dia, kang. Selesai aku solat asar, aku main sekejap dengan dia. Bawa dia duduk dekat pangkin bawah pokok mangga tu.

                “Ilman comel…” aku main pipi dia lagi.

                “Eman emang omel un…” huh, perasan! Baru aku puji sikit. Nasib baiklah dia budak… aku pun duduk temankan dia main buih sabun. Air sabun dalam botol bentuk superman berwarna hijau. Ini memang mainan zaman aku kanak-kanak lagi. Budak ni pun main jugak… benda ini bersepah banyak dekat Pantai Murni tu. Dekat area Yan Besar. Sebotol dua ringgit. Padanlah buat budak-budak main.

                “Eman suka akak laaa…” heh, kecik-kecik kau dah pandai mengayat. Belajar dekat siapalah? Aku layan ajelah. Budak-budak…

                “Iya ke? Suka sebab apa?” saja aku tanya. Tak berminat pun nak ambil tahu.

                “Sebab… akak baikkk… antik agi tuu…” okey, aku tahu tu. Haha, seronok dengar budak-budak puji pulak. Selalunya budak-budak ni memang beri jawapan yang jujur. Kembanglah sekejap.

                Saja nak buat gedik lagi, “Iya ke, kakak cantik?”

                Ilman angguk laju. “Antikantik angat…” hehe. Sengih melebar. Seronok pula dengar, orang memuji… kita, Alhamdulillah saja… jangan lupa tu!

                Angin kuat. Setiap kali Ilman tiup buih sabun, buih-buih itu berterbangan jauh ke udara. Mengekek dia ketawa. Memang inilah aktiviti kanak-kanak yang berumur empat tahun, ya? Samalah macam aku dulu, walaupun aku tak berapa ingat sangat memori zaman kanak-kanak aku. Ilman ralit bermain buih sabun. Aku pula ralit kenangkan kenangan dulu.

                “Eh… abang ensem!” dengar suara Ilman, aku tersedar. Apalah yang budak ni cakapkan. Aku gelak sikit.

                “Mengarutlah Ilman ni… tadi cakap kakak cantik, ini mai mana pula abang hensem ni?” aku jadi tak puas hati pula. Entah-entah tadi dia saja main puji aku. Kutlah… sebab budak-budak sekarang semua jenis mengikut apa yang orang dewasa katakan. Entah-entah lembu pun pernah dia puji cantik.

                Ilman buat tak endah bila aku tengok muka dia. Mata dia ralit tengok ke arah rumah Chek Na. “Tu… abang ensem!” aku ikut pandangan mata dia. Siapalah yang dia cakap hensem sangat ni?

                Melurut rahang aku ke bawah… dia yang sedang berdiri di hadapan rumah Chek Na hanya memandang aku dari jauh. Entah-entah dia tengok dari tadi apa? Yang si Ilman ni, boleh pulak puji dia tu hensem? Kalau dia dengar, mesti dia perasan sebab ada orang puji dia hensem. Aku pun dua kali lima jugaklah. Bug off…!

                Dia pakai selipar. Dia jalan. Dia datang sini? Mekkk! Janganlah datang sini… aku buat tak tahu sambil buat-buat tengok tempat lain. Sedar-sedar ada seorang anak teruna yang tak laku dekat sini dah duduk atas pangkin sekali dengan aku dan Ilman. Dia tak bersuara pada aku, sebaliknya bersuara pada budak Ilman ni.

                “Adik comel ni siapa? Cicit kepada moyang ni, ya?” tanpa rasa apa-apa senang saja Ilman mengangguk. Jatuh saham aku…! Tapi, buat apa aku nak kisah jatuh saham depan dia? Aku takkan jual saham aku pada dia. Never!!! … si Ilman ni pun satu, yang dia pergi angguk tu, kenapa? Aku rasa dia bukan faham pun apa yang si Irfan ni cakap. Main angguk aje. Bila Ilman tayang muka innocent dia, mulalah tak sampai hati aku nak marah dia.

                Anak teruna yang tak laku ni pun, mula gelakkan aku. Seronoklah bila ada budak kecil umur empat tahun berpihak pada dia?

                “jangan ajar Ilman benda bukan-bukan!” marahku.

                “Oooo… nama dia Ilman ya?” aku tak jawab. Dah tahu, tanya pula. Takkanlah aku cakap yang pokok mangga ni namanya, Ilman!!!

                Dia tengok aku. Aku buat bodoh saja. “Bukan ajar benda bukan-bukan, cuma tanya saja… lagipun dia yang angguk, kan Ilman?” dia tanya Ilman lagi. Ilman pula… angguk lagi?!

                Sekali lagi budak kecil ni buat macam tu, berpihak pada si Irfan ni, memang aku sekeh kepala Ilman! Geram aku… aku tak kisah nanti kak Erni nak marah aku. Marahlah… hisss… sejak bila aku jadi pemarah sangat ni? Tak pernah lagi aku berkasar dengan budak-budak. Kalau ikutkan, aku memang tak berkasar dengan orang. Tak baik, kan? Astaghfirullah…

                “Abang ensem…!” dua patah perkataan yang keluar dari mulut mongel Ilman buat perasaan aku untuk sekeh kepala dia membuak naik. Yang  anak teruna tak laku ni pulak… bukan main lebar sengihannya. Kemudian diorang berdua siap buat hi-5 depan aku? Tanda korang ni dah jadi geng lah ya?! Seronoklah tu, dapat pengaruh budak kecil ni benda pelik-pelik. Kenapalah yang si Ilman ni ikut cakap anak teruna tak laku tu?

                “Abang tahu… abang memang hensem. Macam Ilman. Sebab tu kita boleh jadi geng!” kuat dia gelak. Si Ilman pun gatal gelak sekali. Budak ni, dia memang lupa siapa yang sebenarnya mengasuh dia. Jaga dia, balik nanti aku mandikan kau, ya?!

                “Jangan nak perasan sangatlah, anak teruna tak laku!” aku menggumam.

                Macam manalah yang Chek Na boleh cakap cucu dia yang seorang ni pendiam amat? Memang Chek Na tak kenal betul perangai cucunya ini!

                “Siapa yang tak laku? Silap-silap yang dikata tak laku ni, sold out dulu!”

                Ek nya dia. Menyampah aku…

                “Oh ya? Siapalah yang dapat anak teruna yang tak laku dan sia-sia ni?” geram aku membalas. Entah kenapa lah aku boleh panggil dia anak teruna tak laku? Mungkin sebab gaya dia yang serabai… siapa nak buat suami? Macam tak ada masa depan saja. Rambut pun boleh kata panjang jugak.

                “Tengoklah nanti…” heh, tak ada jawapanlah tu. Selalunya orang yang bagi jawapan ‘tengoklah nanti’ macam tu, selalunya orang yang dah kehabisan idea nak cakap apa. Memang tak boleh masuk bahas. Memang kalah dulu, aku jamin!

                Aku macam nak tarik aje rambut dia. Gunting bagi pendek! Geram aku tengok. Nasib baiklah tak pakai subang ke rantai… kalau tak memang aku kutuk lagi. Sudahlah muka jambu, rambut panjang. Memang padan jadi perempuan.

                “Lovely boy…” aku gelak. Budak lelaki yang lawa. Memang padanlah dengan dia.

                Nampak dia macam sentap. Aku senyum herot.

                “Lovely boy yang suka conteng meja orang!”

                Kelekuk! Adehhh, sakit kepala aku dilukunya. Mujur diluku di atas tudung. Kalau tak memang aku bagi punch dulu. Suka cari fasal betul dia ni.

                “Lovely boy with ugly attitude!!!” geram! Aku tarik Ilman. Ajak nak masuk rumah. Tapi bila nampak Faris di muka pintu berjalan keluar, aku memanggil Faris. Tak jadi nak masuk rumah pula. Aku tinggalkan dia yang sedang duduk santai di pangkin kayu.

                Aku mendekati Faris sambil memegang tangan Ilman. “Abang, jom pergi bukit! Duduk sini tak best, panas!” aku jeling dia. Tapi dia buat tak tahu. Bukannya panas sebab terik mentari, panas sebab ada orang sewel buat hati kita ni menggelegak!

                Eloklah dengan cuaca, tak panas. Redup tapi tak ada tanda nak hujan. Faris bergerak ke muka pintu. Memberitahu mak long Idah yang kami mahu ke air terjun di bukit. Faris capai kunci motor yang mak long beri. Faris menghidupkan enjin. Aku membonceng secara mengiring di belakang sebab aku pakai kain. Ilman pula aku angkat dan letak dia di antara aku dan Faris. Aku peluk kemas tubuh kecil Ilman. Bukan main lagi budak ni seronok. Nampaknya aku perlu jauhkan Ilman dari anak teruna tak laku tu! Entah apa nanti dia ajar Ilman benda pelik-pelik.

                “Babai, abang ensem!” sebaik motor menderum keluar dari perkarangan rumah tok wan, sempat lagi Ilman bersuara kuat pada Irfan yang duduk di pangkin. Ilman melambai tangannya pada Irfan. Aku capai tangan Ilman yang sedang melambai itu. Aku genggamkan tangan dia, dan aku tunjuk penumbuk pada Irfan menggunakan tangan Ilman. Dia buat muka selanga saja. Buat macam tak nampak.

                Kenapalah aku boleh jumpa dengan si Irfan tu kat sini. Buat rosak mood cuti aku aje.

                Motor bergerak dengan kelajuan sederhana. “Yana kenal ke dengan cucu Chek Na tadi?”

                “Hah?” terkejut tiba-tiba dengan soalan Faris. Hesy, itu pun nak terkejut lebih!

                “Taklah… abang tengok tadi macam mesra aje. Kut-kutlah dah kenal. Masa pagi tadi dekat rumah Chek Na pun abang tengok lepas Yana cari kain dengan dia tu, muka Yana lain saja. Macam baru jumpa orang penting saja.”

                Mesralah sangat…!

                Aku gelak berterabur. Malas mahu kata apa, aku cakap saja. “Dia tu satu sekolah dengan Yana lah. Bukan Yana kenal sangat pun… dia tu sama umur dengan abang lah. Dia form six.”

                “Ooo… habis tu, Yana tak panggil dia ‘abang’? macam Yana selalu panggil ‘abang’ dekat abang…” aku gelak. Awal tu pening sikit. Ayat yang penuh dengan perkataan abang. Lambat sikit otak nak cerna. Tapi aku jawab juga soalan tu.

                Aku jawab, “tak ada maknanya nak panggil dia ‘abang’. Macam geli aje. Yerkkk…”

                “Habis tu, Yana panggil ‘abang’ dekat abang… geli lah ya?” soalan Faris aku jawab dengan gelak dulu. Nada suara macam jauh hati saja. Macam suara nak merajuk. Lagi aku geli bila lelaki merajuk.

                “Taklah! Abang lain… special…” aku gelak lagi.

                Skretttt…

                Kejap aku memeluk tubuh Ilman yang hampir saja melayang. Luruh habis jantung aku. “Abang?! Kenapa ni? Berhenti tiba-tiba pulak… nasib baik tak jadi apa-apa.” Suaraku sedikit berbaur marah. Geram jugaklah dengan sikap Faris yang lalai. Tadi elok saja dia menunggang, tiba-tiba pula brek mengejut walhal bukan ada apa pun di tengah jalan. Mujur saja tak ada kereta lain waktu ni. Kalau tak memang aku dan Ilman dah melayang masuk bendang.

                “Ini mesti tak tumpu perhatian sebab asyik bersembang sambil menunggang. Lepas ni tak payah cakap apa lagi!” aku bersuara tegas. Ini untuk kebaikan kami juga. Setakat bawa motor di jalan kampung sudah jadi begini, jangan bawa di jalan raya. Mengundang bahaya betul!


               
BAB 8
Berhati-hati aku turun dari motor. Luluh semangat aku tadi. Faris dengan muka serba salahnya yang tak habis lagi.

                “Muka seposen abang tak laku dekat sini… senyumlah sikit…” dia senyum. Aku lega.

                Seronoknya dekat sini. Dikelilingi rimba yang menghijau. Bunyi aliran sungai yang menenangkan. Bukan kami saja di sini. Ada juga penduduk kampung yang lain datang rehlah di sini. Kalau geng budak-budak memang dah main terjun dalam sungai yang jernih airnya.

                “Ilman… sentiasa pegang tangan kakak dekat sini tau!” aku pesan siap-siap pada Ilman. Takut jadi apa-apa. Kami turun berhati-hati ke aliran air sungai. Melangkah di atas batu ke batu. Hati-hati sebab takut jatuh. Azab gila kalau jatuh dekat sini! Pedih habis satu belakang badan ni. Waktu umur aku tujuh tahun aku pernah jatuh dekat sini masa datang dengan pak su Wan dulu. Perangai budak-budak excited. Last-last masuk Hospital Yan.

                “Abang nak mandi lah!” Faris dengan excitednya mengambil pegangan tangan Ilman daripada aku.

                “Jom kita mandi Ilman!”mereka dah terjun. Aku pula buka kasut dan letakkan di atas batu. Kaki aku celupkan ke dalam air sungai yang jernih. Alahaiiii… sejuk amattttt! Sampai aku tengok warna kaki aku nampak pucat dalam air sebab sejuk sangat.

                Aku hanya berjalan dalam sungai yang separas lutut aku. tak nak mandi lah sebab aku pakai kain. Jadi aku hanya biarkan skirt aku basah separas lutut saja. Nanti keringlah tu. Dah datang bukit, pakai blouse dengan skirt labuh pula. Memang tak padan. Aku keluarkan Nokia Asha dari dalam poket blouse. Aku gamit Faris yang seronok berenang bersama Ilman. Ilman diletakkan di belakangnya. Menjerit suka budak tu!

                “Kenapa Yana? Yana tak nak mandi…?” soal Faris apabila dia di depanku.

                “tak nak lah. Yana main air saja. Ni, Yana nak tangkap gambar kita.” Aku gelak. Lalu aku goyangkan handphone Nokia aku. Aku rapat sikit pada Faris. Ilman diletakkan di depan kami berdua. Aku halakan handphone ke atas. Menangkap dari atas.

                “Smile!” kachakk…

                Gambar kami bertiga tersenyum cantik. Ilman siap dengan sengihan lebar di mulut mongelnya.

                “Sekali lagi…” senyum lagi. Mereka berdua kembali bermain air. Alahai… sekali tengok gambar ni, macam keluarga bahagia sudah. Lawak sungguh. Aku jadikan gambar itu jadi wallpaper. Elok ‘on’ handphone terus nampak gambar tu.

                Lama jugaklah mereka berdua ni main air. Seronok si Faris tu melayan Ilman. Aku tengok jam. Nanti petang sangat pulak. Aku panggil mereka berdua. Ajak balik. Kami naik ke atas. Faris mengeluarkan tuala dan baju jersey dari dalam raga motosikal. Bila dia bawa pun aku tak perasan. Rambutnya yang basah dikirai dengan tuala. Aku minta tuala itu pada Faris. Bertuah betul dia ni, baju dia sendiri bawak, bukannya nak ambilkan baju si Ilman sekali di rumah tadi.

                Aku buka baju Ilman yang basah, aku perah sedikit dan aku masukkan ke dalam raga motosikal bersama baju basah Faris. Faris pula tak menyalin seluar. Hanya pakai seluar yang basah itu. Nanti di rumah dia mandi semula. Ilman pula aku hanya balut dia dengan tuala. Balik rumah nanti mandi dengan aku.

                “Seronok mandi?” aku saja soal Ilman. Laju dia mengangguk.

                Aku teringat pula pada sekolah bila melihat sebuah sekolah rendah dalam perjalanan balik. Tiba-tiba Faris berhentikan motornya. Mujur tak berhenti mengejut macam awal-awal tadi!

                “Kenapa, abang?” aku soal. Tapi Faris macam tak dengar. Matanya pandang ke satu arah.

                “Eh, abang Faris!” bukan aku yang panggil. Tapi suara perempuan juga.

                Faris mengalihkan pandangannya pada aku. “Itu junior abang tahun lepas. Sekolah sekali dekat Pahang.”

                Melurut lagi rahang aku ke bawah. Baru hari ni aku sampai kampung, macam-mecam kejutan aku dapat. Ini lagi satu… perempuan itu berlari keluar dari rumah. Terkedek-kedek dia berlari ke arah kami. Saat dia melihat aku, pandangannya menjadi tajam bersama senyuman sinis. Aku tak pernah tahu yang dia ni ‘junior yang muda setahun’ dari Faris…

                “Marsha… lama tak jumpa… elok aje abang keluar sekolah, dia dah pindah!” Faris kelihatan mesra sekali dengan Marsha. Gila, tadi aku jumpa Irfan. Sekarang Marsha pula?! Dalam satu kampung pula tu? Tak ada tempat lain ke nak jumpa? Buat rosak mood cuti aku saja!

                “Macam mana boleh ada dekat Kedah?” soal Faris.

                “Mak ayah datang jenguk sedara jauh. Alah, singgah dua tiga hari saja. Nanti balik Selangor terus…” tak pernah aku tahu yang ada jugak sedara dia dekat sini. Sekampung dengan aku pula tu. Apalah malang nasib aku balik kampung kali ni?

                Aku dengar jugaklah perbualan mereka. Marsha memang baru masuk sekolah aku tahun ni. Awal tahun hari tu. Elok-elok masuk dah cari fasal dengan aku. aku buat apa dekat dia pun aku tak tahu… baru-baru haritu aku ada dengar gosip orang yang dia tu sukakan Mizan. Mungkin dia dengki dengan aku sebab dia tahu aku suka tengok Mizan, kut? Eleh, bukannya aku serius pun. Dia pula, buat macam Mizan tu hak milik dia pula, tak nak bagi orang lain suka-suka. Entah si Mizan tu suka kat dia atau tak!

                Faris pula pada masa tu baru tahu yang si Marsha ni satu sekolah dengan aku. cuma dia kelas lain. Classmate Mizan. Marsha pulak baru tahu yang aku ni sepupu Faris. Kemudian duk jeling-jeling aku pula. Kenapalah Faris boleh kamceng gila dengan dia? Menyampah aku…

                “Tak pe lah… kami pergi dulu… nanti ada masa kita jumpa lagi ya?” Faris tak bagi tahu pun yang dia nak ke UK pada Marsha? Biarlah… aku lebih suka dia tak tahu perihal keluarga aku. biarlah aku buat-buat macam tak pernah jumpa Marsha dekat kampung ni.

                Haishhh… dari Selangor… boleh jumpak jugak sampai ke Kedah? Sama macam Irfan tadi!

                Kami balik ke rumah tokwan. Sampai saja di perkarangan, aku turun dan membawa Ilman masuk. Aku masuk ke bilik. Membuka tudung. Aku lilit kepala aku dengan tuala. Perkakas mandi aku di dalam raga khas aku bawa ke bilik air. Sekali dengan baju salin untuk Ilman. Mandi dengan budak kecil. Segan? Tak pun, sebab dia budak lagi. Walaupun dia lelaki. Lagipun aku mandi berkemban kain batik. Mandi air kolah… sejuk sama macam air bukit tadi!


               
RAPAT betul tok dan tokwan dengan keluarga Chek Na. Tokwan panggil satu keluarga Chek Na makan malam di rumah tokwan. Petang tadi tu, penat aku tolong tok dan maklong masakkan. Mujur si Ilman tu Faris tolong jaga. Itu pun ada jugak Faris datang dapur tolong sikit-sikit.

                Menu utama, itik salai masak lemak cili padi. Perghhh! Dengar nama saja aku dah ternganga. Itu tok dan mak long yang buat. Kesian lah dekat itik belaan tokwan. Dah jadi makan malam. Aku pula hanya tolong sediakan lauk-lauk sampingan. Sayur lagi. Ada ulam-ulaman untuk dicecah dengan sambal belacan.

                “Assalamualaikum…!” dengar sudah suara Chek Na. dengan anak cucunya yang serupa angkatan tentera banyaknya. Yang aku tahu, hanya si Irfan tu yang anak tunggal. Sepupu sepapat dia semua ada adik-beradik. Patutlah muka serupa orang kesunyian. Memang padanlah…

                Habis solat maghrib, mereka datang. Aku jenguk kepala ke luar. Menjemput Chek Na dan bala tenteranya masuk. Hah, meriah sungguh.

                “jemput duduk…” kami semua ke ruang santap. Rasa sedap pula makan ramai macam ni. Aku nampak Irfan duduk di sebelah Faris. Yang mana mak ayah Irfan pun aku tak tahu. Yang aku kenal hanya Pak Cik Hisyam dan Pak Cik Ridhwan yang sebelum ni memang kerap balik kampung bersama isteri-isteri mereka, Mak Cik Khai dan Mak Cik Imah. Apa yang pastinya, memang aku tak nampak batang hidung mak ayahnya.

                Semua mengambil tempat. Makan bersila di bawah. Pinggan mangkuk yang berisi lauk pauk semua diletakkan di atas kain saprah. Tok wan mula membacakan doa makan.

                Aku yang duduk di sebelah Chek Na mahu mula menyibuk. Tapi… macam tak sopan pula bertanya perihal orang masa makan. Nampak sangat tukang sibuk! Hmmm… perasaan nak tahu tu membuak-buak. Rasa macam nak menyibuk terus saja. Aku alihkan pandangan pada Ilman yang duduk di sebelah kiri aku. dia duduk di antara aku dan mak long.

                “Ilman nak sayur tu?” aku tunjukkan semangkuk sayur pada dia.

                Ilman menjelirkan lidahnya kemudian buat bunyi nak muntah. Tahulah aku, memang budak ni tak makan sayur. Tipikal budak-budak, memang tak minat sayur! Padanlah badan kemetot aje.

                Habis makan, aku mendekati Chek Na. masa yang sesuai nak menyibuk. Tapi… kenapa yang aku sibuk sangat nak tahu perihal dia tu? Ahhh… biarlah. Sekali-skala nak jugak tahu fasal dia sebab dengar cerita dekat sekolah dia tu anak orang kaya. Aku rasa kereta Porsche Cayenne yang depan rumah Chek Na pagi tadi, itu kereta mak ayah dia kut. Sebab kereta lain yang ada depan rumah Chek Na semuanya aku tengok biasa saja. Tapi, petang tadi aku tengok kereta tu dah tak ada.

                “Chek Na… mak ayah Irfan tu tak ada ke?” straight terus aku tanya. Mana aku fikir apa dah. Selalunya orang kalau nak tanya perihal orang lain, mesti buat-buat sembang fasal benda lain dulu kemudian baru melencong tanya fasal hal yang nak ditanya.

                Chek Na pula selamba saja jawab. “siang tadi ada lah. Tapi depa balik kolumpuq sana. Katanya ada kerja, sampai anak depa hat lemau jambu tu depa tinggai sini. Lusa budak Irfan tu balik kolumpuq jugak lah. Naik flight kat aloq setaq.”

                Aku angguk… oh, begitu?

                Tanpa aku minta, Chek Na sambung cerita lagi. “Yana, hang bukan kenai pun mak si Irfan tu. Dari kecik Mak Cik Ain tu Chek Na hantaq pi duk kat kolumpuq dengan pak cik dia. Bukan macam adik-adik dia, si Ridhwan dengan Hisyam tu. Depa duk sini dari kecik. Bila besaq dah, Ain tu menikah dengan Firdaus, ayah si Irfan tu. Anak orang kaya, depa duk kolumpuq sampai la…  si Irfan tu baru pertama kali mai sini, Chek Na pun lama tak jumpa dia. Sejak dia baby lagi. Itu pun, Chek Na yang pi jumpak kat kolumpuq. Kalau tak, memang Chek Na tak tau yang Chek Na ada cucu nama Irfan!” Chek Na tergelak. Aku sekali gelak. Selamba saja Chek Na cerita… Kadang-kadang Chek Na ni main cakap je. Lepas tu dia lupa apa yang dia cakap.

                Ooohhh, kiranya anak teruna tak laku tu baru pertama kali balik kampung lah ya? Patutlah muka dia tipikal budak bandar! Tak ada muka kampung pun. Muka dia yang jambu tu, berlagak hensem!

                “Chek Na tengok ayah Irfan tu bukan suka sangat balik sini. Muka pun kelat saja. Tu pun, nak cepat-cepat balik. Kelmarin sampai, hari ni balik.” Hah, sudahlah Chek Na… aku tak mahu tahu dah… rasa macam kaki penyibuk gila. Habis rahsia family dia aku tau. Kalau dia tau fasal ni, memang sah Chek Na dengan aku kena dengan dia.

                “Hmmm… tak apalah Chek Na. Yana nak pergi basuh pinggan. Tu, tok panggil Chek Na…” mujur tok panggil Chek Na. nak bincang fasal hal jahit-menjahit lah tu. Fasal kain mana yang lawa. Nak pergi beli kain buat baju baru lah… bla bla bla… malas. Mak long Idah pula bersembang dengan mak cik Khai dan mak cik Imah. Anak-anak mereka masih kecil lagi, yang paling tua pun sepuluh tahun. Sebab mereka pun umur lebih kurang lewat tiga puluhan. Anak-anak kecil bermain di ruang santai. Depan televisyen. Sekali dengan Ilman main sekali. Senanglah kerja aku… tak payah tengokkan Ilman sangat.

                Aku mulakan operasi dapur bersih! Pinggan banyak kena cuci. Mek… kasar habis tangan aku nanti. Lengan baju kurung disenteng sedikit. Aku pun mencuci laju pinggan. Cuci bersih-bersih, kemas, berhati-hati, dan laju. Biar kerja cepat siap.

                “Karang pecah pula pinggan tu…” rasa macam nak hempuk pinggan kaca ni dekat muka kau! Biar tak jambu dah… konfem jadi anak teruna tak laku Malaya!

                “Biarlah…” aku tak pandang dia pun. Hanya fokus pada pinggan-pinggan kotor yang mahu dicuci.

                Aku biarkan air paip mengalir di atas pinggan yang telak digosok dengan sabun. Tiba-tiba, “nah… cuci yang ni sekali.” Dia letakkan gelas kaca dia atas pinggan yang aku pegang. Memang rasa nak hempuk kepala dia.

                “Cuci-sendiri.”

                “Alang-alang… pemalas betul. Suruh gelas satu ni aje pun… itu pun nak berkira. Siapalah nak buat jadi menantu. Anak dara pemalas!” hampir kena batang hidung aku kata-kata dia. Tapi, tersasar sikit, ya cik abang! Ramailah orang nak buat aku ni jadi menantu. Tunggulah aku habis belajar nanti, berderet-deret rombongan tau!!!

                Sudahlah, Jannah. Sebab dia cakap macam tu, kau mula nak show off pula! Astaghfirullah… aiyark! Dia ni, memang bawa pengaruh buruk dalam kehidupan aku.

                Aku buat bodoh. Buat tak mahu ambil kisah apa yang dia cakap. Kerja kena cepat siap, okey? Dia pula, setia berdiri sebelah aku, tengok aku cuci pinggan mangkuk. Ingatkan nak tolong, baru aku nak puji sikit. Tapi dia hanya buat bodoh saja. Baik kau pergi berambusss! Kenapalah yang dia tak pergi bersembang dengan abang Faris? Aku rasa sekarang ni abang Faris kena bersoal jawab dengan pak cik Ridhwan dan pak cik Hisyam. Iyalah, orang nak sambung belajar luar negara, kan? Mestilah nak tanya, universiti mana… tajaan mana… nak duduk sana berapa lama… tapi, mak long Idah pun orang berada juga. Jadi tak ada masalah kalau Faris nak stay terus kat sana tanpa buat apa-apa.

                “Dia tu siapa?”

                Aku angkat kening dengan soalan tiba-tiba dia.

                “Dia siapa apa?” aku dah pening.

                Dia tunjuk guna ekor mata dia. Dari sudut kami di dapur, kami boleh lihat terus ke ruang tamu. Nampak Faris yang sedang disoal jawab. Seronok bersembang.

                “Sepupu…” aku bagi jawapan pendek saja. Dia macam tak puas hati dengan jawapan aku. dia renung aku lama. Tapi dia tak cakap apa. Nampak sangat muka dia tu demand jawapan lebih. Aku buat bodoh saja, tapi rasa tak selesa bila dia yang betul-betul sebelah aku, renung aku semacam.

                “Abang Faris. Anak mak long Idah. Umur sama macam ‘dia’ lah… lusa nak ke UK.” Perkataan ‘dia’ tu merujuk kepada makhluk aneh sebelah aku ni. Pandai pula aku bercakap dengan orang macam tu. Tak pernah lagi main bahasa ni.

                “Tak tanya pun.” Dush!

                Wah… tadi muka macam demand lebih. Sekarang cakap yang dia tak tanya pula. Aku rasa macam nak tarik muka dia, rendam dalam sink ni!

                Nak tutup malu, aku jawab juga… “saja orang nak bagi tahu dia. salah ke?” geram.

                “Rapat ke dengan Faris?”

                Apa yang dia nak tahu sangat fasal Faris tu? Aku sudahkan basuh pinggan yang terakhir. Aku tutup pili. Susun pinggan yang telah dibasuh di rak pinggan. Kemudian pandangan aku beralih pada dia. Dengan mata yang sedikit mengecil, aku jawab soalan dia.

                “Tunang.”



BAB 9

SELESAI kerja! Tapi, dia masih berdiri di situ. Tegak sambil memandang aku dengan pandangan tak percaya. Mata dia sedikit membulat. Terserlah sungguh muka lawa dia, lovely boy! Nasib baik kau buat muka terkejut tu nampak comel… kalau tak memang aku sumbat muka dia dalam oven. Biar cair, dan aku akan bentuk semula muka dia macam tanah liat. Seronok begitu…

                Mulut dia tak keluar apa. Tapi muka dia macam nak cakap ; ‘tunang dengan sepupu?!’

                Bla… bla… blaaa…! Biar dia tahu takut sikit. Cari fasal dengan tunang orang. Conteng meja tunang orang, bagi panggilan ‘moyang’ dekat tunang orang, makan fishball tunang orang, perasan hensem depan tunang orang...! muka dia lain. Alah, biasalah sekarang kalau dah tunang. Standard lah kan, Nurjannah Arianna dah jadi tunang orang. Aku cantik, pandai masak, rajin kemas rumah dan agak manja sikit cuma aku masih sekolah… tapi dah layak kahwin dah pun. Okey, ada unsur perasan dekat situ.

                Standard tak standard, abang Faris pun umur lapan belas. Kalau kahwin sekarang pun boleh. Faris hensem, pandai, baik, dan dari keluarga terhormat dan berada.

                “Tak percaya tanya abang Faris…” aku cakap macam tu sebelum berlalu pergi. Tapi aku ada dengar dia cakap perlahan saja. Seolah tak percaya nada suaranya.

                “Abang…?!”

                Serius aku nak gelak besar!

                Memang dia tak tahu yang aku panggil Faris ‘abang’. Aku tahu, dia takkan tanya Faris punyalah! Tapi… kenapa yang dia kisah sangat fasal kami? Kisah sangat fasal Faris? Dia hanya budak form six yang tengah tunggu nak ambil STPM, macam aku jugak cuma aku ambil SPM. Aku kenal dia pun sebab dia duduk tempat aku dalam kelas, sebab aku terlanggar dia saja. Sebab dia makan bebola ikan aku saja di kafeteria hari tu… ini pun kebetulan boleh jumpa di kampung. Kebetulan dia boleh jadi cucu Chek Na.

                Semuanya kebetulan. Kebetulan juga, kau jadi crush bestfriend aku! Kalau Reen tahu, aku di kampung jumpa dia… memang dia marah jugaklah aku rasa. Setakat si Irfan tu buat hal di kafeteria pun, muka dia dah cukup untuk gambarkan kemarahan dia. aku tahu dia cemburu, tapi itu hal Irfan… bukan aku yang saja nak layan dia.



AKU MASUK dalam bilik ibu. Penat gila. Keluarga Chek Na sudah pulang ke rumah. Berpeluh habis satu badan walaupun malam ni sejuk sikit. Aku buka tudung di kepala. Diganti dengan tuala di atas kepala. Mahu basahkan badan, mandi sikit. Biar segar…

                Habis mandi, aku salin longsleeves warna biru. Seronok berbaring di atas katil dengan rambut basah. Selesa berbaring di atas katil ibu, terasa seolah-olah aku sedang memeluk ibu. Tak pernah lagi aku rasa pelukan hangat ibu… Nurjannah, gadis yang membesar selama tujuh belas tahun tanpa ibu. Hanya ada seorang ayah yang tegas dan abang yang prihatin.

                Malas nak layan perasaan. Yang dah pergi, macam mana nak kembali. Aku buka beg galas aku dan keluarkan laptop HP aku. Cuti seminggu, mesti ramai yang pergi merata. Aku buka akaun skype. Rindu pula pada Asmi. Oooohhh, dia online sekarang…!

                Assalamualaikum…!!! Tk rndu aku ke?

                Aku hantar mesej pada dia. Selang tiga puluh saat. Ada balasan.

                Hah… waalaikumussalam! Rndu gila sbb tk ada ssiapa nk blanja aku mkn… L

                Iya  lah tu! Tau habiskan duit aku. selang beberapa saat, ada balasan lagi. Kali ni Asmi hantar gambar pada aku. Aku tunggu gambar itu masuk dulu. Kemudian aku tekan buka. Seronoknya dia… ceria bersama ayah, mak dan adik lelaki dia di Hanoi, Vietnam. Memang hari tu dia ada beritahu yang dia nak ke Vietnam. Seronok juga aku dengar, agak jealous juga. Biarlah, rezeki orang nak melancong. Takat balik rumah tokwan pun memang aku dah seronok walaupun ada banyak kejutan.

                Aku tekan button ‘video call’. Malas nak menaip. Selang beberapa saat pula, muncul gambar Asmi di skrin lappy aku.

                “Jannah!!!” seronok dia menjerit. Jeritan dari Hanoi…! Nampak suasana di belakangnya. Dia pasti di dalam bilik hotel.

                “Hah… perlahan sikit suara kau. Tak fasal-fasal tokwan aku sergah masuk nanti, aku jugak yang kena marah!”

                Asmi tersengih. “hehe… seronok tak balik kampung?”

                “Seronok jugaklah… sebab aku dah lama tak balik. Lagi satu abang sepupu aku ada. Seronok lagilah!” aku balas sengihan dia yang melebar depan skrin. Nampak senyuman Asmi dah berubah lain sikit. Dah jadi… senyuman gatal?!

                “Lelaki yang ada dalam profile picture akaun skype kau tu ke?” aku angguk. Gambar yang aku ambil di sungai petang tadi bersama Faris dan Ilman memang aku tukarkan jadi gambar utama di akaun skype tadi.  “Hensem gilosss! Kau tak pernah bagi tahu aku pun yang kau ada abang sepupu yang hensem macam tu!!!”

                Dia dah jadi gatal. Pantang tengok lelaki hensem, mahu menjerit riuh! “Kau tak payah nak gatal sangat…” aku bagi amaran.

                “Biarlah aku nak gatal sikit, kau tu bukan main gatal dengan Mizan? Abang sepupu kau umur berapa? Muka handsome gila…” tak habis puji Faris. Dan… bila masa pula aku menggatal dengan Mizan?

                “Aku tak menggatal dengan Mizan pun! Aku main-main aje. Sebab aku suka perangai dia. dia kan baik… ” nampak Asmi buat gaya gedik dan menyampah.

                “Sebab kau main-main tu… ramai dah orang tahu. Hampir satu batch kita tahu, tau! Ada yang ingat kau betul-betul suka dia. Aku rasa dia pun perasan. Hmmm… ada aku siasat sikit, mungkin sebab tu Marsha tak suka kau! Kau jangan main-main la dengan Marsha tu, aku tengok dia tu macam unpredictable aje…”

                Awal dengar ayat Asmi tu, memang panas habis muka aku. gila malu, weih! Tapi bila dengar ayat seterusnya, memang aku dah agak. Memang si Marsha tu sukakan Mizan. Tapi ayat Asmi yang last tu, memang aku nak tergelak. Apa yang seorang remaja tujuh belas tahun boleh buat? Unpredictable konon…

                “Alah… dia tak buat apa punya… lagipun aku bukan suka betul pun dekat Mizan tu. Main-main saja.” Cakap fasal Marsha, aku terus beritahu Asmi yang aku ada jumpa dia di kampung. Gila Asmi terkejut. Sampai ternganga habis. Tapi, aku tak beritahu pula fasal Irfan yang sekarang ni duduk di sebelah rumah saja. Nanti takut sampai ke pengetahuan Reen.

                “hati-hati, Jannah! Aku seram lah tengok dia tu. Aku dengar memang dia suka gila kat Mizan tu. Siap pernah cakap lagi dekat Mizan, tapi Mizan tak suka dia. orang kalau dah suka, apa pun dia sanggup buat. Nak-nak bila cinta monyet macam ni. Lagi lah tak boleh berfikiran matang. Tau dia saja yang menang dan puas!” gila. Aku percaya takkan jadi apa-apa.

                “Mengarutlah kau ni… bukannya dia nak buat apa pun! Setakat cinta monyet. Apalah yang dia nak meluat sangat kat aku. Mizan tu ramai peminat. Tapi kenapa dia nak serang aku seorang saja? Si Fira kawan baik dia pun bukan minat Mizan jugak? Kenapa tak serang kawan baik dia?” geram jugak aku dengan perempuan seorang itu!

                “Aku rasa sebab Mizan suka dekat kau… dia mana suka peminat dia yang lain…” haha! Pecah perut. Aku main-main minat dekat Mizan, dia pulak suka betul-betul? Gila! Tak ada maknanya… banyak lagi perempuan lain.

                “Sudahlah… aku tak percaya. Daripada aku fikir fasal ni, baik aku tidur. Kalau ayah aku tahu jugak fasal ni, memang habis aku kena, tau?!”

                Semuanya tak logik. Marsha cinta mati dekat Mizan. Reen cinta gila dekat Irfan. Baik aku fikir fasal Faris, tak ada sesiapa nak marah! Apa yang dirasakan Marsha dan Reen, bagi aku bukan cinta. Hanya mainan perasaan gadis berumur tujuh belas tahun… tak perlu ambil serius.

                MIZAN. Aku minat kau saja-saja aje. Serius, aku tak pernah serius dengan kau! Perasaan itu hanya main-main. Biasalah jiwa remaja. Aku juga seorang perempuan. Mesti ada rasa nak minat sesiapa, kan? Minta maaflah kalau kau salah sangka yang aku sukakan kau. Lagi aku rasa bersalah kalau kau suka dekat aku betul. Dalam mengharungi alam remaja hari aku juga perlu hiburan. Minta maaf sekali lagi, kalau kau dah jadi permainan aku secara tak sengaja. Bukannya apa, aku memang suka dengan sikap kau. Baik dan lemah lembut tutur kata kau. Nampak sangat gentleman. Itu saja sebab aku minat kau. Minat dengan perangai kau sebenarnya. Tapi sebab aku buat macam tu, aku dah dapat seorang musuh, tau? Musuh yang bagi aku berfikiran tak matang. Memang kita semua ni otak tak berapa matang lagi. Tapi, masalahnya… musuh tu ‘cinta beruk’ mati kat kau… aku pulak yang disalahkan…!

                IRFAN. Sorry panggil kau anak teruna tak laku lah, mamat sewel lah… aku minta maaf betul ni! Aku panggil kau macam tu sebab perangai kau yang tak berapa betul tu. Dan gaya kau yang merimaskan mata aku. Geram aku. antara kita, semua kebetulan saja… kenapalah aku boleh kenal kau? Itu hanya kebetulan, okey?! Macam yang aku cakap… kau conteng meja aku, aku sabar. Kau panggil aku moyang, aku sabar. Kau makan fishball aku depan semua orang dekat kafeteria, memang itu aku tak boleh sabar. Kau tahu tak betapa malunya aku masa tu? Semua orang pandang seolah kau dan aku ada apa-apa. Aku cuma harap, dalam hari-hari aku nanti… kau takkan ada dalam tu dan buat benda pelik-pelik dan memalukan lagi. Kawan baik aku crush dengan kau. Mungkin kau tak tahu perasaan dia… tapi aku dapat rasa yang dia salah faham pada aku. aku dapat rasa yang suatu hari nanti aku akan kehilangan kawan baik aku kalau kau terus buat benda pelik pada aku. Dan… aku minta maaf lagi sebab aku tipu kau. Aku suka-suka saja main tipu kau… sebab mungkin kau tak cari fasal dengan aku kalau aku mengaku yang aku ni tunang orang. Nak-nak bila ‘tunang’ aku sendiri ada dengan aku. mesti kau tak buat benda pelik lagi kan? Jangan disebabkan datuk nenek kita berjiran, kita juga macam dah rapat dan kenal lama. Aku baru kenal kau, okey?
               
                FARIS. Okey, abang. Minta maaf sebab Yana main nama abang jadi tunang palsu Yana okey? Entah dia spontan aje keluar dari mulut sebab tak nak mamat tu kacau Yana lagi… Abang memang abang terbaik dalam dunia ni! Kalah Abang Ariff, abang kandung Yana sendiri. Abang memang care fasal Yana. Yana tahu tu… abang baik, pandai dan agak manja dengan mak long, kan? Apa-apa pun, Yana harap abang berjaya nun jauh di sana. Kedua-dua abang yang Yana ada, dua-dua sudah ke negara orang. Memang abang layak untuk ke sana. Harap abang tak lupa Yana. Yana pun teringin nak pergi sana, belajar sama-sama dengan abang. Tunggu Yana, tau! Tapi… sekali lagi memang Yana minta maaf fasal hal tunang tu…

                Semua luahan hanya terluah dalam hati aku. nak buat macam mana… kalau nak luah depan mereka, memang tunggu aku pengsan dulu, malu sampai aku sanggup toreh muka aku! Tak sanggup, deh! Sekurang-kurangnya aku ada rasa bersalah jugak tahu. Bukannya aku ni muka tembok sangat…!

                Dan aku baru sedar yang luahan aku pada Irfan yang paling panjang sekali. Banyak betul benda aku tak puas hati dengan dia. Gila…!



BAB 10

TOK! Tok! Tok!

                Bunyi ketukan di pintu. Aku bangun dari katil. Habis sei luahan hati bersama diri sendiri tadi. Ingatkan tok… aku selamba saja dengan tak pakai tudung mahu pergi buka pintu. Tapi bila dengar suara seseorang, “Yana? Dah tidur ke?”

                Cepat sahaja aku tarik tudung dan sarungkan. Mujur aku tak buka pintu lagi.

                Pintu dibuka… terjengul muka Faris di hadapan pintu. Aku jadi pelik. Apa yang dia kacau aku malam-malam ni? Aku kerutkan dahi.

                “Kenapa, abang?” soal aku.

                Faris hanya menggeleng sambil tersenyum manis. Kemudian dia hulurkan sesuatu. Kotak hadiah. Aku buat muka blur. Huluran hadiah itu tidak aku sambut. Masih lagi blur… dia pula buat isyarat mata suruh aku ambil. Perlahan-lahan aku sambut hulurannya. Apa ini? Kenapa dia bersusah untuk siapkan hadiah buat aku?

                “Kenapa?” sepatah aku bertanya. Masih dengan muka blur aku rasa. Sebab otak aku pun blur jugak!

                “Hadiah untuk Yana. Lepas ni kan lama tak jumpa…” dia senyum lagi. Wah… gila aku terharu kut! Memang daebak! Aku jadi segan pula nak ambil. Sepatutnya aku yang bagi hadiah pada dia sebab dia yang nak pergi jauh. Bukannya aku! ini dia pula yang berikan pada aku… serius aku segan.
             
             
                Aku buat muka segan pula. Faris tengok aku pelik. Kemudian aku cakap, “buat susah abang aje. Macam menyusahkan pulak…” dia senyum saja. Tak cakap apa-apa. Aku pun naik lagi segan. Lastly, aku nak buat pertukaran. Aku buka jam tangan aku di pergelangan tangan. Jam tangan kesayangan aku. taklah macam jam tangan perempuan sangat. Dan tak macam jam tangan lelaki sangat. Habis, jam tangan sesuai untuk pondan?! Taklah… sesuai untuk lelaki dan perempuan.

                Aku memang sayang jam ni. Tapi aku mahu berikan pada Faris. Faris menolak. Dia tahu yang itu jam kesayangan aku. Aku suruh dia ambil juga.

                “Abang jaga jam tu… jaga elok-elok. Tunggu sampai Yana pergi tuntut balik jam tu dekat UK!” beria sungguh aku berkata. Tapi kata-kata aku buat Faris tersenyum lagi. Lagi manis daripada tadi.

                “Abang tunggu.”



RASA sedih jugaklah sebab aku akan kehilangan seorang abang lagi. Tiga tahun tak jumpa, baru duduk sekali tiga hari… sekarang dia nak pergi empat tahun pula! Aku hanya duduk di kerusi yang tersedia di airport. Duduk sambil memangku Ilman di atas riba aku. Tengok dari jauh mak long yang sibuk tolong check-in kan barang-barang Faris. Aku pun buat tak tahu saja. Aku duduk cover ayu sikit sebab aku pakai skirt labuh warna hitam bersama batwing-top warna hijau tua. Macam tak sesuai aje kalau nak duduk ganas sikit.

                “Yana…” Faris ada di depan aku. aku sengih saja. Mahu buat apa lagi?

                “Nanti jangan rindu abang tau!” dia gelak sikit. Aku mencebik. Tak ada maknanya…

                “Iya lah…! Sepatutnya abang tu jangan rindukan Yana!” aku balas balik. Geram dengan dia. main rindu-rindu pulak. Dia duduk di sebelah aku. Kemudian Iphone dikeluarkan.

                Kachakkk… dah masuk muka blur aku dalam lensa kamera Iphone Faris. Ilman pula elok saja mukanya dengan senyuman lebar. Gambar kami bertiga lagi. Aku tengok Faris yang sibuk pula dengan Iphonenya. Kemudian dia tayangkan Iphone di depan muka aku.

                “Ini buat ubat rindu…!” dia gelak. Gambar tadi dah selamat jadi wallpaper dia. macam Nokia Asha aku. aku buat gambar kami bertiga juga sebagai wallapaper. Tapi gambar yang waktu kami di sungai di bukit hari tu.

                Aku buat gaya menyampah. Aku keluarkan handphone aku juga. Tayang di depan mukanya. Dia nampak terkejut. Kemudian mukanya merah. Kemudian dia senyum. Kemudian dia gelak. Banyak sungguh ‘kemudian’ aku ni! “Yana pun ada lah! Ingat abang sorang aje ke?” aku buat muka berlagak depan dia. dia gelak lagi.

                “Nanti kirim salam dekat pak ngah tau!” Faris pesan pada aku, menyuruh aku mengirim salam pada ayah. Okey… no prob… insya-Allah.
               
                Saat untuk masuk ke balai berlepas. Dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke Heathrow, London. Aku senyum pada Faris. Dia bersalaman dengan tokwan, tok dan mak long. Ada aku dengar pesanan mak long padanya. Menyuruh dia belajar bersungguh-sungguh.
                “Belajar elok-elok… balik nanti buat mummy bangga…” Faris angguk.

                Kemudian tokwan menyambung, “baru hang boleh menikah dengan Yana!”

                Semua tergelak. What?! Memang aku rasa macam nak tarik serban tokwan. Mak long pun dah tersenyum lain macam pada aku. Aku buat tak pandang. Malas nak ambil tahu dengan gurauan mereka. He’s my brother, okey?

               
AKU kayuh basikal tanpa perasaan. Boring gila. Baru tadi hantar Faris, baru tadi kak Erni datang ambil Ilman. I’m all alone… such boring! Kayuh basikal di jalan kampung. Petang ni pun nampak kampung macam sunyi aje.

                Kayuh… kayuh… kayuh…

                Bedebuk!

                Melayang… aku jadi macam sekeping kertas yang dikeronyok kemudian dicampak jauh. Nampak macam bayangan orang di depan aku, kemudian secara refleks aku tertarik baju dia. aku terjatuh ke belakang sambil tangan elok menarik tubuh orang itu. Blur, kalut, gelabah, tak sedar!

                Sedar-sedar aku dah mendarat dalam semak. Ada badan yang menghempap aku. baru aku sedar…! Aku tolak cepat-cepat jauh dari aku. rasa takut. Dia pula dah tergolek sebab aku tolak dia kuat.

                “Hesy! Dia yang tarik orang… lepas tu tolak orang. Dahlah bawa basikal tak tengok jalan. Berangan saja tahu! Sedar-sedar dah langgar orang!” dia marah. Baru aku sedar siapa yang marah tu. Malu pulak fasal hal yang berlaku tadi, seolah kami berpeluk pula. Eeii, yuckss!

                “Sorry lah… tak sengaja…” mujur tak ada orang di sini. Kalau tak mesti riuh sekampung. Iyalah… mulut orang, nampak kejadian yang pelik macam tadi… mulalah jadi buah mulut. Kemudian, aku rasa macam ada nampak seseorang di sebalik semak di sebelah sana. Semak yang agak jauh dan bertentangan dengan kami. Apa aku tak salah tengok? Memang macam ada orang. Kemudian kelibat itu hilang. Siapa itu? Apa dia sedang mengintai?

                Dia jeling aku. “Baik tak payah bawa basikal… sudahlah pakai kain…”

                “Hmmm…” aku malas mahu jawab balik. Aku tayang muka tak bermaya aku. Tapi otak aku fikirkan hal orang yang berada di sebalik semak itu. Siapa? Kenapa dia di situ? Mencurigakan. Sangat…!

                Aku malas dah nak kayuh. Aku tuntun basikal. Mahu berjalan balik ke rumah tokwan. Jauh jugak aku kayuh sambil tak sedar… malas pula mahu lama-lama di kampung. Rasa macam nak balik Shah Alam pula. Esok aku ambil tiket train.

                Tiba-tiba basikal yang aku tuntun dirampas. Dia memanjat naik. Siap elok di tempat pengayuh. Aku kerut dahi. Rasa macam nak tendang dia jatuh basikal tapi tak larat. Lepas tu dia buat isyarat mata suruh aku naik di belakang. Dia ni, dalam pada masa aku duk berharap yang dia tak muncul depan aku… lagi lah dia muncul. Aku balas dengan renungan ; ‘tak nak! Turun dari basikal tu sekarang!!!’

                “Nak balik kan?” aku angguk. Memang aku nak balik rumah tokwan sekarang.

                “Kita sehaluan… so, naik sekali.” Entah kenapa aku pulak sesedap aje naik di belakang. Duduk secara mengiring. Kaki pula aku letakkan pada besi yang melintang pada diameter tayar belakang basikal. Rasa tak larat nak bertekak. Kalau aku ada mood, memang dah lama aku tendang dia ni jatuh basikal.

                Dia kayuh… kayuh… kayuh…

                “Tadi hantar tunang?”

                Hah? Oh… Faris.

                “Hmmm…” aku minta maaf dalam hati, okey? Maaf sebab bohong kau lagi!

                “Patutlah muka sedih semacam. Tak bermaya…” aku tak bermaya sebab bosan, tahu? Macamlah aku ni cinta mati dekat Faris pula.

                Dia tanya lagi. “tunang bila? Dah lama dah?” banyak tanya betul dia ni. Tolak jatuh sungai, kang! Aku ber‘hmm’ saja dengan dia. malas nak jawab. Kalau aku jawab, tambah lagi dosa menipu. Dah selalu menipu, nanti sebati jadi darah daging pulak. Nauzubillah, aku tak nak!

                Sedar-sedar dah sampai depan rumah tokwan. Aku pula lebik saja melangkah masuk ke dalam rumah tokwan. Aku sedar dia sedang perhatikan aku. muka dia nampak lain. Tak nampak jambu sangat kali ni, nampak muka MAN sikit. Sebab dia buat muka serius tahap Tera. Aku pun buat derk saja. Biarlah… bukan ada kaitan dengan aku pun, yang aku nak ambil kisah kenapa?





:. okey , sampai bab10 untuk page ni . tak leh la buh semua kat page ni . tapi , setakat ni cam na ? okey ? kalau sambungannya , tunggu nanti . . . kalau ada page 'LILY' sebelah fellah dekat atas tu , klik LILY tu . itu lah sambungannya . kalau tadak lagi maknanya memang eden tak update lagi tau ! 



GADIS CENGENG

No comments:

Post a Comment